It Won't Bring You Down! (^_^)

11:13:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aku tengah nak check email yang dah lama aku tak check tadi sebelum mata aku tertarik dengan satu news.

Ia mengenai gadis di gambar sebelah, Kaitlyn Collins seorang bekas ketua sorak bagi Green Bay Packers menghadapi pembuli siber.

Apa tu pembuli siber? Menurut Wikipedia, pembuli siber melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang dilakukan secara berkumpulan atau berseorangan dengan niat untuk memalukan atau mengganggu seseorang.

Bagi sesetengah orang, cyberbully is nothing! Tapi bagi mereka yang pernah melaluinya, ia sesuatu yang amat menyakitkan dan menjatuhkan self esteem seseorang dan mungkin mengambil masa untuk pulih!

Ceitanya bermula apabila Chicago Bears Fan Facebook Page telah meletakkan gambar Kaitlyn di wall mereka dengan caption "Like if you are agree The Packers have the worst cheerleaders in the NFL"

Terlau ramai pengomen yang memberi komen negatif terhadap gambar tersebut dan kebanyakkan berniat untuk memalukan gadis tersebut.

Apa yang menarik perhatian aku adalah cara dan keberanian gadis ni menghadapi pembuli siber. Beliau telah memuat turun sebuah video bagi membalas segala penghinaan terhadapnya.  


Bagi aku tindakan gadis tersebut memuat turun video tersebut adalah satu tindakan yang berani! Beliau berani menghadapi pembuli-pembuli beliau dengan cara beliau yang tersendiri! Bravo!

Ia juga patut dicontohi oleh mereka yang lain terutama mereka yang menjadi mangsa buli. Bak lagu Christina Aquilera, Beautiful.
"You are beautiful  no matter what they say, words can't bring you down!"


Sumber: Yahoo! Sports

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...