Aku Dan Masak Lemak! (^_^)
Aku Dan Masak Lemak! | Sebelum aku kahwin, aku memang jarang makan masak lemak. Mungkin disebabkan Mak orang Melayu dari Pahang, so disebabkan tu kami jarang dapat makan masak lemak. Tapi kalau masak tempoyak memang kerap! Hehe! Dalam sebulan boleh kira dengan tangan berapa kali kita orang dapat makan masak lemak, tu pun bila Abah buat special request!Abah kata, masa dia kecil dulu arwah Nenek selalu masak lemak. Antara makanan wajib ada dalam komuniti masyarakat Jawa menurut cerita Abah. Aku hanya mengiakan aje time tu bila Abah bercerita. Sebab tak dapat nak sahkan cerita tu singgahlah aku berkahwin dengan Encik suami yang juga berketurunan Jawa.
Mula-mula kahwin dulu memang aku melalui detik paling mencabar sebab tak berapa tahu nak masak lemak. Lagipun aku ni kalau disuruh masak, macam kena hukuman mati! Paling aku tak suka memasaklah! Masa anak dara dulu pun aku jarang ke dapur. Mak membebel pun buat tak tahu aje! Tapi bila dah kahwin baru tahu!
Kahwin pula dengan lelaki yang suka makan dekat rumah aje, ambik kau! Dia pula cukup suka masak lemak! Boleh kata hari-hari dia nak makan masak lemak plus tempe! Owner kedai runcit dekat tempat aku ni pun dah tahu! Bila nampak aje muka aku dia mesti kata, "Kelapa separuh ye kak?" Tak payah cakap dia tahu dah!
Aku pun dari tak tahu, sampai dah kategori expert dah masak lemak ni! Sebutlah masak lemak apa, semua aku boleh buat! Bak kata pepatah, practise make perfect! Hehe! Tapi aku masih "hampeh" bab masak ni!
Masak lemak ayam |
Masak lemak pucuk paku |
Ni antara sebahagian masak lemak yang biasa aku masak! Tapi sebenarnya hari ni aku nak share dengan readers semua cara nak bagi tak pecah minyak dan mendapatkan santan yang pekat. Kalau masak lemak kita pecah minyak, bukanlah tak boleh dimakan! Cuma agak tidak cantik rupanya bila dihidangkan! Silap hari bulan boleh kembang tekak!
Berdasarkan pengalaman aku untuk mengelakkan masak lemak kita jadi pecah minyak, kita jangan terlalu kerap kacau dan jangan juga biarkan tanpa dikacau. Api pun pastikan perlahan aje. Walaupun dah matikan api, kacau seketika sebelum dihidangkan. Insya Allah, tak akan pecah minyak!
Next, aku share pula cara nak mendapatkan santan yang pekat. Ni petua dari Mak aku. Caranya adalah dengan blender kelapa tu. Macam gambar dekat bawah.
Masukkan aje kelapa dalam mesin blender dan tambah air sampai tengelam kelapa tu. Lepas tu, tapis aje! Time nak perah pun kita tak perlu gunakan tenaga yang banyak! Kalau tak percaya, cuba readers try buat!
Begitulah ceritanya aku dan masak lemak! Sekian, terima kasih! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿