Air Tangan Mak! (^_^)

12:02:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aku ada dua cerita nak cerita dekat readers semua. Satu bad news and satu lagi good news! So mana satu dulu readers nak tahu dulu? Apa dia? Bad news?

Okay, bad news nya ialah...besok aku dah kena kerja balik! Uwaaahhh! Kejab betul cuti ni! Tak puas hati betul! Hehe! Dah macam-macam buat, lagi cerita tak puas hati kan kan?

Good news nya pula, hari ini Mak masak nasi lemak! Hehe! Apa ke pelik makan nasi lemak ye tak? Tapi apa yang buat dia lagi special ialah ia datang dari air tangan Mak! Special beb!


For your information, ni bukanlah first time Mak masak nasi lemak! Cuma bila anak-anak semua dah ada kehidupan sendiri, masakan macam ni memang dia dah jarang masak. Ikut mood kata orang tu!

Bila semua anak-anak dah ada berkumpul, baru semangat dia nak masak tu berkobar-kobar! Tu yang kita orang dapat makan besar aje 2-3 hari ni! Semalam dia masak roti canai, malam tadi mee goreng!

Aku rasa, air tangan Mak memang terbaik dekat dunia! Tak ada siapa boleh challenge! Hehe! Tapi semua anak dekat dunia ni akan kata benda yang sama, betul tak?

Tapi itulah kasih seorang Mak! Apa sahaja untuk anak-anak dia! Janji yang dia sayang semua ada depan mata! Besok aku dah tua pun macam tu lah agaknya! Hehe!

Apapun buat Mak tersayang, terima kasih untuk semuanya! We love you so much! Muaahhh! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...