Take A Good Care of Yourself! (^_^)
Hari ni mula masuk kerja lepas dapat MC dua hari! Kerja dekat office macam tu, tak pernah nak surutnya! Ada aje, macam tak pernah settle!Tapi honestly ni lah satu-satunya pekerjaan yang paling aku suka dalam tempoh hampir 10 tahun pengalaman aku bekerja. Aku jatuh dan bangun di sini.
Hampir kebanyakkan pengalaman aku perolehi di sini. No doubt tempat ni menyimpan seribu satu memori bagi aku. Di sini juga merupakan satu-satunya tempat yang aku boleh MARAH bos secara berdepan!
Bos dekat tempat lain sebelum ni, aku tak berani nak angkat muka pun. Tapi dekat sini terbalik sudah!Apapun, bos is always a bos! Tak kiralah berapa close kita dengan dia! Hehe!
Tadi bila Puan Bos call dan bertanya keadaan kesihatan aku, aku dah dapat nak agak apa yang dia akan bebelkan. Biasanya aku dah standby standard script seperti okay, I will dan yes.
Tapi hari ni, aku agak tergamam dengan apa yang dia katakan. Tak terkeluar langsung standard script aku.
"Hey woman, please take a good care of yourself! You are still young and remember your kids need you! What ever you do please think about them. What's going to happen to them if anything bad happen to you? Who's going to take care of them? Remember Yana, the world will still spining with or without you. Don't make a same mistake like me!"
Automatik fikiran teringat Afif dengan Aisy dekat rumah.
Entah kenapa, apa yang dikatakan oleh Puan Bos tadi menusuk terus ke hati aku. Betul kata dia! Apa akan jadi pada permata hati aku ni if anything bad jadi dekat aku.
Ya Allah! Berilah aku kekuatan untuk mengharungi segala ujian-Mu!
Aku percaya tak akan adan insan di dunia ni yang boleh menyayangi mereka sebanyak aku menyayangi mereka. Merekalah segalanya pada aku!
Bila Puan Bos kata macam tu, aku mula terfikir cara-cara nak atasi masalah bahagian belakang aku ni. Apa yang pasti, something must be done!
Terima kasih Puan Bos kerana menyedarkan aku dari dunia khayalan!
Balik rumah tadi, aku disambut dengan gelak tawa Aisy dan senyuman manja Afif. Hilang segala kesakitan bila lihat "penawar" hati ni.
Anyway, malam ni Encik suami suruh masak lauk yang Mak dia biasa buat! Asam pedas ayam! Tapi versi aku! Hehe!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿