Terubat Kerinduan

11:01:00 am Yana Yani 43 Comments

Bila lama tak dengar berita dari rakan alam maya walau tak pernah bersua muka, terselit kerinduan. Pelik hubungan itu. Tapi ianya hakikat. Dapat sedikit berita pun sudah terubat kerinduan.

Inilah luahan yang pernah YY zahirkan dalam satu entry khas mengenai Rakan Blogger Yang Menghilang. YY ada senaraikan lima blogger dan salah seorangnya adalah Kak +rohalili hassan

Nak dijadikan cerita, lately YY agak aktif di Instagram.

Sejak terjadinya peristiwa yang tak menyenangkan di Facebook tak lama dulu, YY memang tidak lagi upload gambar anak-anak di sana. Alternatively, YY gunakan Instagram.

Di situlah ditakdirkan YY bertemu kembali dengan blogger yang memang YY adore masakan dan teknik photography dia. Of course sikap dia yang humble dan kelakar antara faktor tambahan.

Surprisingly kehilangan Kak Roha selama ni adalah kerana dia alahan teruk ketika hamil. Yes! Kak Roha ada baby baru. Kali ni juga perempuan. Dah setahun lebih pun usia dia.

Tayang sikit gambar anak dara Kak Roha ni. Comel! Geram tengok pipi tu! (^_^)

Terubat Kerinduan

Sepertimana di blog dia sebelum ni, Kak Roha masih lagi aktif berkongsi resipi masakan. Gambar masakan dia memang akan buat sesiapa pun akan terlekat.

YY kalau ke IG dia pun memang aim nak sekodeng gambar masakan dia aje. Disebabkan kemalasan yang menebal, resipi dia setakat hari ini YY belum pernah sekali pun cuba. Hehe!

Korang kalau ada masa, pergilah jenguk IG dia. Confirm terus melekat! Lagipun Kak Roha buat setting public. So sesiapa pun boleh access dengan hanya klik link di sini.

Terubat Kerinduan

Sekarang ni memang kami selalu bertegur sapa di IG sahaja. Tak mengapalah kan. At least terubat juga kerinduan. Moga ikatan persahabatan di alam maya ini berkekalan.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

Update: YY uploaded cerita ni dekat Instagram YY. Berikut adalah komen Kak Roha dan dia kirim salam sayang pada semua yang berkirim salam especially buat +Hainom Haryani Suratman (^_^)

Terubat Kerinduan

43 comments:

  1. O iya.. Pernah juga chat dgn sis Roha ni. Pasal header blog. Hehehe.. Sis tolong sampaikan salam kathy buat sis Roha ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah kak, nanti saya sampaikan ye =)

      Delete
  2. comel anknya berbaju kurung hehe

    ReplyDelete
  3. Untunglah sis roha ada orang buat entry khas untuk dia...hehehe...Geram jer kalo bukak IG dia tau. Mesti kecur ailio.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...
      tulah kan. IG dia buat saya jadi lapo!
      agaknya2 gemuk dak kalau tengok gambo masakan dia =)

      Delete
  4. Awak di tag di giveaway ini - http://akuyangpostkauyangpanas.blogspot.com/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. insya allah, ada masa nanti saya join ye

      Delete
  5. Itulah indahnya ukhuwah di alam maya YY
    Tak jumpa di blog dpt dipertemukan semula di IG

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak. terubat juga kerinduan
      sebelum ni memang tertanya-tanya ke mana hilangnya dia

      Delete
  6. Oh, masa dia menghilang, kami baru aje berkenalan mesra tanpa batasan di alam maya! Lama sungguhkan tak dengar khabar berita. Rupa-rupanya kehilangan di alam maya selama ni disebabkan berita gembira. Padanlah lama menghilang. Saya pun suka juga tengok hasil masakannya. Memang best. Gambar-gambar pun semuanya cantik. Nampak pro sungguh!

    Tak mahu aktif lagi ke dia di blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tanya aritu dia kata dia rindu juga nak aktif balik
      tapi ada banyak kekangan lain
      dia lebih selesa aktif di IG aje

      tulah kan, gambar dia ambil memang pro betul nampak
      bikin lapor aje!

      Delete
  7. Ye betulllll si Puan Roha yg kelakar dan peramah tu.....
    Memang pun rindu dengan komen komen dia yg sempoi tu...Tulah tu..... masa tu tgh syok berblog tetiba dia menghilang ...potong betullah makcik tu..... YY hang kirimkan salam mak pada makcik tu nanti ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan OKje...saya pun rindu dengan komen dia yang kadang buat pecah perut
      dia menghilang sebab ada orang baru...comel pula tu =)
      insya ALLAH...nanti saya sampaikan salamnya ye

      Delete
  8. alhamduliillah, bertemu kembali:)

    ReplyDelete
  9. tak leh nak masuk IG dia, nanti lapar.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang betullah
      banyak sangat godaan =)

      Delete
  10. oooo ada baby baru... patut la... tapi betul lah yana, persahabatan alam maya ni memang akrab dia lain macam sikitkan?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nora kenal juga ke denga kak roha ni
      tulah kan kak, dia punya perasaan tu lain sikit =)

      Delete
  11. itulah silaturahim..walau berpisah jauh..akhirnya bertemu jua..alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu kak
      walau kami tak penah bersua

      Delete
  12. Oo.. akak ni saya ingat lagi.. baru berjinak2 kenal blog dia dia dh tak aktif berblog.. ada baby girl baru ya? Wah..bestnya gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu AN kenal ye
      dia tiba-tiba hilang ni
      tetiba muncul, sape saya kata IG =)

      Delete
  13. Apa yang pasti, satu hari nanti...BM juga kan hilang, hehe
    Tak ada IG sebab hp tak berapa nak smart le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang akan "hilang" BM
      tapi selagi masih mampu bertahan, bertahanlah
      sayanglah blog stabil terbiar gitu aje

      Delete
  14. tak sempat berkenalan di alam blog nih...memang la sis, saya pun ada a few rakan blogger yang menghilang. ni idea entry yang bagus, tapi nantilah ada masa baru buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia hilang sebelum sal sempat kenal
      tapi seriously orangnya sangat peramah n kelakar
      tulah kan, bukan apa...terasa sangat hilang sebab selalu berkongsi cerita

      Delete
  15. saya pun lbh suka simpan gambar dlm ig berbaning menayang kat fb ataupun dlm blog . nanti saya cuba cari ig YY ... nanti saya tgk ig roha . saya mmg suak cuba esepi baru .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan vee...kat IG terasa cam selamat. cehwah!
      padahal kalau dah published tu, takdenya selamat mana
      cuma rasa selesa sikit sebab kita tahu sape yang tengok kan
      bak mai IG vee...nak sekodeng juga =)

      Delete
  16. Baru nak terjah ni... Tak pernah kenal lagi. Moga ukhwah berpanjangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjah IG dia maria
      blog dia dah setahun lebih tak aktif

      Delete
  17. Kalau kita bebetul berkawan, x kira la d mana, pasti akrab.
    In shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak roha ni lain sikit
      karakter dia saya rasa semua orang senang
      sebab tu kehilangan dia ramai terasa

      Delete
  18. banyak diana
    tu yang tahu dia ada anak baru tu =)

    ReplyDelete
  19. semoga hubungan silaturrahim itu terus berkekalan...akak tak aktif sangat dekat IG...hahaha org ada ig akak pun nak jugak tapi tak aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah harapan saya juga kak
      sebenarnya ada banyak cara kita nak stay in touch kan =)

      Delete
  20. semoga ukhwah terus berkekalan walau di IG.. aiza je takde IG lagi.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn
      mudah-mudahan. tak apa kalau tak ada IG
      ada banyak laman sosial lain =)

      Delete
  21. SJM pun kurang aktif di FB..jarang upload gambar n update status...x nk kes seperti YY terjadi pada SJM..itu sbb lebih aktif di IG gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan JM
      saya lepas kena tu, serik dah upload gambar anak-anak kat FB
      memang lebih prefer guna IG atau blog aje =)

      Delete
  22. x kisah lah kan which medium yg akan di gunakan sama ada IG atau blog dengan ada two way communication pasti hubunga silaturrahim berkekalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan JM
      mana-mana medium pun sama aje
      asalkan matlamat asal untuk mengekalkan silaturrahim tu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...