Hari-Hari Tanpa Afif dan Aisyah (^_^)
Hari ni dah hari ketiga tanpa Afif dan Aisyah. Malam tadi pula dah malam ketiga tanpa diorang sebab aku dah tinggalkan diorang berdua sejak malam Isnin dekat rumah Mak aku.Susah sebenarnya hidup berjauhan dari dua permata aku ni. Semua benda yang ada dekat rumah buat aku teringat dekat diorang even laptop yang aku gunakan sekarang.
Semua benda ada memori tersimpan dengan diorang.
Nak tidur malam teringat diorang, bangun pagi pun teringat dekat diorang. Nak makan minum aku boleh teringat dekat diorang.
Biasa kalau tinggal diorang pun masa aku pergi bekerja aje. Lain waktu memang aku akan seret diorang sama walau kemana sahaja aku pergi.
Aku memang tak pernah tinggal anak-anak. Kalau Encik suami, aku memang dah biasa tak ada dia sebab dia bekerja dalam tiga shift. Setakat tak tidur satu bilik tu aku okay lagi.
Tapi berjauhan dengan anak-anak tu yang buat aku rasa susah sangat.
Masa aku mula-mula dapat tarikh untuk buat rawatan radioactive iodine tu, aku beritahu pada Afif dan Aisyah yang aku tak boleh jumpa diorang untuk beberapa hari.
Reaksi pertama Afif adalah dengan berkata, "Alah, macamana Afif nak makan? Mama masak sedap"
Dalam rumah ni memang Afif seorang aje yang aku selalu dengar dia kata aku masak sedap. Tak tahulah kot dia nak ambil hati aku atau memang aku masak sedap. Hehe!
Aisyah pula belum pandai nak menunjukkan respond. Tapi bila berjauhan ni, dialah paling banyak bertanya pasal aku menurut cerita Mak.
Tu yang buat aku bertambah teringat dekat dia.
Aku sendiri pun bila disarankan buat rawatan ni, benda pertama yang aku fikir adalah macamana nak berjauhan dengan anak-anak.
Aku dah boleh nampak kesusahan tu bila diorang tak ada di sisi aku. Tapi aku gagahkan juga buat rawatan ni sebab memikirkan masa depan diorang.
Kalau aku berterusan sakit, impact di kemudian hari adalah diorang ni. Dah lah dua-dua masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang aku dan Encik suami.
Nak melalui hari-hari tanpa diorang ni memang secara jujurnya buat aku rasa susah tapi aku gagahkan juga.
Hari Jumaat ni nanti aku dah boleh jumpa diorang. Kami nak kena menghantar sepupu aku nikah di Pulau Pinang, Doktor dah bagi permission and I just can't wait.
be strong ye yani..
ReplyDeleteingat nk sihat..nk blk cepat2 jumpa ank.. cept sihat..
terima kasih PB
Deletetulah yang cuba aku lakukan
Sabar ye sis.. Moga segalanya selesai dengan baik..
ReplyDeletesaya memang mengharapkan begitu
Deleteterima kasih kak
in sha Allah..tak lama je lagi tu..bertahanlah ye..kuatkan semangat..
ReplyDeleteye betul, besok aje dah
Deletekalau bernasib baik, mungkin hari ni pun dapat jumpa
apapun terima kaish mar
Untuk anak2, kena kuat Yani...
ReplyDeleteTapi tulaa, bila x pernah berpisah ngan anak2, serba x kena rasanya walau sehari tak jumpa...
Ps: lupa lak bgtau, k nurul dah terima cenderahati tu... comel... terima kasih ye... :)
tulah kak, saya kena kuat untuk mereka
Deletesaya yakin saya boleh =)
p/s-dah dapat ye, glad akak suka
Sedih pulak baca entri ni... saya pun dah rasa berjauhan dengan anak2 masa saya sakit hari tu.... mmg tak boleh tahan rindunya... nangis je boleh... huhu take care yana... moga Allah kuatkan semangat dan tabahlah jalani rawatan yea...
ReplyDeleteP/s: yana, saya mmg 'akak'... heheh umur saya thn ni 34... ;)
DeleteJaga diri tau!!
ni lebih kepada entry melepasakna perasaan rindu pada diorang
Deletetak dapat jumpa, dapat tengok gambar pun jadilah rasanya )
apapun terima kasih ye kak
saya sebenarnya kurang yakin nak berakak...hehe
apapun dah lega bila akak dah confirm kan
Bear in mind - you are strong!
ReplyDeleteHari ni dah Rabu, esok Khamis then Jumaat. Dah boleh jumpa anak-anak :) Jangan tengok jam, buat-buat sibuk je. Kemas rumah mana yang tak patut. Buat apa sahajalah janji tak terlalu terkenangkan mereka. Nanti jadi sedih.
Boleh bayangkan keadaan sekarang ni. Dulu masa bersalinkan Adik di hospital, tiga hari je kat sana tapi berbulan sebelum tu tak terfikir macamana Abang tak dapat tidur dengan Mommy selama tiga hari. Syahdunya hati....
Okey jangan sedih....sehari setengah je lagi dah boleh jumpa Afif dan Aisy ya!
komen ni memang buat saya meleleh air mata..waaaa
Deleteterima kasih buat i feel good about myself
memang tu yang buat sejak beberapa hari dulu
hari ni pula dah tak lalu, cakap berjam dengan anak-anak
rindu betul rasanya
apapun terima kasih MD
Yana, salam kenal..
ReplyDeletemoga cepat sembuh ya, dan dapat bersama diorg kembali..:)
love your blog
Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , Terima kasih..
salam kenal
Deleteterima kasih kerana singgah,
saya dah pun membalas kunjungan
semoga cepat sembuh...
ReplyDeletekan? bukan senang nak tinggalkan anak kat orang huhu... mesti jadi rindu-rinduan..
ReplyDeletememang tengah rindu-rinduan
Deleteterus kuatkan semangat . dulukan kesihatan . insha Allah , anak boleh tunggu ... thanks beritahu pasal vertification words tu . udah tukar . heh heh
ReplyDeletesedang mencuba untuk terus kuat...hehe
Deletetak juga vee, anak tak boleh tunggu
manalah ia mungkin masa-masa terakhir kita dengan dia
Salam perkenalan dari blog nora...
ReplyDeleteSedih pula baca entry ni..
Moga Yana diberikan kekuatan semasa berjauhan dgn anak-anak..
untuk kebaikan mereka juga di masa depan...
Be strong dear....
salam perkenalan nora =)
Deletesaya dah okay sikit berbanding hari pertama
terima kasih ye
Ohhhh awak dah buat yeh YY.....Tak pe....berjauhan bukan selamanya pun beberapa hari jer kan.
ReplyDeleteFikirkan yg gembira selepas rawatan....inshaallah hati jadi tenang...lagipun mereka bukan dgn org lain pun , nenek dan atuk...confirm terjamin kasih sayangnya
susah juga nak buat OKje
Deletemaklumlah tak pernah berjauhan
saya memang mencuba untuk tak terlalu memikirkan
tapi sukar melaksanakannya
Akhirnya akak JM berjaya masuk blog ni..setiap kali klik..access denied ntah tak tahu kenapa
ReplyDeletepastu dpt tahu Yana perlu buat rawatan radiactive iodine pulak..Yana x sihat ye..sakit apa nih..risau akak..so skrg mcm mana keadaan kesihatan..ok ke..Apa-apa pun semoga semua urusan berjalan lancar je. Dlm apa suasana pun amalkan 'Rabbi Yassir Waa Tuassir, Robbi Taman Bilkhoir' aminn
Kalau akak ada anak pun mesti x boleh berjauhan..rindu nak main2 dgn mereka..so sabar lah ye seok dah khamis :-)
patutlah dah lama tak nampak akak JM =)
Deletesaya ok secara fizikalnya, cuma rawatan ni yang memerlukan saya berjauhan
dengan anak-anak buat saya rasa susah
tu aje...hehe
tapi saya dah okay sikit nak banding memula dulu
semoga awak kuat dan tabah dear, kami di sini mendoakan kesejahteraan anak-anak awak yana.. mama memahami sangat apa yang yana rasa.. sabar ye, sekejap je lagi nak jumpa mereka..
ReplyDeleteterima kasih mama
Deletesaya memang memerlukan kata-kata seperti tu
terima kasih ye
Mmg rindu bila anak2 ni berjauhan.. semoga cepat sembuh & semoga segalanya dipermudahkan ye... aamiin.
ReplyDeleteterima kasih en khir
DeleteBanyakkan bersalah ye yana... mula2 memang kita rasa susah... sebab kita tak biasa... tapi nak buat macam mana kan... demi untuk anak2 juga... insyaallah... semoga dipermudahkan...
ReplyDeleteterima kasih acik idah
Deletememang rasa susah memula tu, tapi sekarang saya dah much better
lagipun besok jumpa dah...hehe
rasa seronok dah ni
saya mencuba...hehe
ReplyDeletetapi tulah, susah sebenarnya bila nak laksanakan =)
Insha Allah setiap dugaan ada ganjarannya... Insha Allah... Anak2 akk pun mesti kuat sbb ibu dia kuat dan tabah...
ReplyDeleteuwaaaah! rasa nak meraung baca komen ni
Deleteterima kasih cikgu maria
alhamdulillah, saya dah dapat lepaskan segala rindu dendam =)
Wa doakan moga segala urusan dipermudahkan...wa pun pernah berjauhan dengan anak-anak, masa tu kena warded ..dah tak tahan sangat ..t/tangan surat , pas tu keluar dari hospital ...hehehe
ReplyDeleteterima kasih wa ye,
Deletecam saya ni tak ada option, terpaksa juga berjauhan
Memang sedih bila terpaksa berjauhan dengan anak. Saya pun pernah tinggal sorang + berjauhan dengan anak pada tahun 2009/2010. Azab rasanya. Asik menangis saja. Asben pun tggal kat lain. Anak mak yang jaga:(
ReplyDeletetulah kan sebab kita bukan jenis biasa berjauhan
Deletebila terpaksa berjauhan tu, alahai seksanya
saya pun sama, nasib ada suami dan blog...hehe