Blog Review | Cerita Tentang Kita
Salam Jumaat dan selamat berpuasa bagi yang berpuasa sunat 10 Muharram yang jatuh pada hari ini. Anyway, hari ini YY teruskan review blog yang ketujuh yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM).Blog kali ini dimiliki oleh seorang Mama yang mempunyai tiga orang cahaya mata yang sangat comel belaka. Dia menggunakan nama pena +aryan azra, nama gabungan ketiga-tiga anak dia. Nama penuh dia, dia tak pernah reveal dalam blog so tak adil pula kalau YY share walau YY tahu nama penuh dia (^_^)
Yang pasti YY sangat suka tengok penampilan blogger yang YY panggil Akak AA ni. Penampilan dia buat dia tak kelihatan seperti seorang Mama kepada dua orang hero dan seorang heroin. Nampak cantik dan lembut aje orangnya. Kalau banding dengan YY, YY cantik sikit aje. Hehe! Muntah hijau orang yang membacanya!
Klik banner untuk ke blog cerita tentang kita |
Sekali pandang blog yang diberi nama Cerita Tentang Kita ni, kita dah boleh agak ianya blog berbentuk peribadi. Akak AA kita ni memang banyak bercerita tentang kehidupan seharian dia terutama melibat ketiga-tiga anak yang semakin membesar. Kadang coretan yang dia tulis seolah menggambarkan yang dia sedang bercakap dengan anak-anak dia. Teremosi juga YY ni bila baca tu.
Blog Akak AA ni sangat simple, tidak begitu berat dan sangat mudah untuk diakses. Tak banyak yang boleh YY perkatakan. Stuck juga YY dibuatnya. Hehe! Overall nampak okay aje blog Cerita Tentang Kita pada pandangan mata YY. Lagipun dia ada semua widget seperti yang disyorkan oleh saudara Hasrul Hassan di sini.
Blogger Aryan Azra bersama keluarga |
Untuk makluman, Akak AA kita ni sebenarnya bukan orang baru dalam dunia blogger. Dia lebih senior dalam dunia blogger ni berbanding YY. Cumanya blog dia yang sebelum ini telah "dilupuskan" atas sebab-sebab tertentu. Dia juga merupakan blogger yang tinggal sama daerah dengan YY. Malangnya sehingga ke hari ini, kami belum berjodoh untuk berjumpa.
Lagi satu Kak AA sangat hebat bab memasak. Tiap kali dia letak gambar masakan dia, meleleh air liur juga dibuatnya. Hehe! Dia juga khabarnya ada buat bisnes membuat kek secara kecil-kecilan.
So bagi sesiapa yang belum mengenali Akak AA yang sangat gorgeous ni, silalah berbuat demikian. Tak rugi mengenali dia. Dia ni pun agak rajin menghantar skuad mengebom ke blog YY ni.
YY rasa sampai di sini sahaja blog review untuk kali ini. Lagipun YY tak tahu nak mengomel apa dah. Hehe! YY minta ampun dan maaf khususnya buat Akak AA sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Akak.
Tinggal lagi tiga blog yang masih belum YY review. YY ada sehingga penghujung bulan Oktober untuk lunaskan janji YY. So blog siapa seterusnya? Tungguuu...
Tuan empunya blog yg direview belum komen bagi kakak komen dulu YY
ReplyDeleteBlog yg santai dan simple tapi mampu menarik ramai kawan bertandang inilah dia.
hehe...tak apa kak
Deletedia mungkin tak perasan lagi time ni =)
tulah pasalnya...kadang tak perlu meriah sangat
janji isi yang cukup buat orang addicted
Berkenalan dan mengenali hanya melalui blog pun dah terasa kemesraannya, tapi kalau dapat berjumpa mesti lagi kecoh dibuatnya! haha...
ReplyDeleteTidak kiralah bagaimana rupa dan gaya blog, jika empunyanya mesra dan pengisiannya best dan tersendiri... pasti mendapat perhatian.
hehe...kadang selalu juga berwhatsappa kami ni BM
Deletemasing-masing ada keluarga yang buat susah sikit berjumpa
siapa tahu dalam masa terdekat ni berpeluang jumpa =)
kecoh? mungkin tetiba saya jadi pendiam...hehe
ok..nanti nak terjah.nak tengok betul ke kak YY lagi cantik...haha
ReplyDeletedah terjah lum ni? mana lagi cantk? haha
Deletesudah pastinya akak lagi cantik sal wei! hehe
Deletedia dah ada jawapan tu syida
Deletesegan nak cakap aje...hehe
speechless ni nak jawab..hahaha.dua-dua pun ada kecantikan sendiri, yang penting cantik di mata suami. gitewww.. *jawapan Melodi*
Deletehehe...ayat selamat =)
DeleteBestnya kalau kena review.....hihi....
ReplyDeleteOkje macam belum kenal lagilah dgn blogger ni, boleh jugak menerjah nanti...
best ye? kalau saya...tatut! hehe
Deletep la berkenalan OKje...blogger lama ni
cuma orangnya low profile
saya suka, boleh tahu pendapat orang tentang blog kita..kalau review blog takpe, jangan review blogger...tu ye takut
Deleteada ke review blogger sal? hehe
Deleteakak takut..sebab tak tahu camne pandangan orang...hehe
blog akak kena review...alamak malu akak ni yana hehehe, gorgeous ke? mana ada pandai masak pun yana, biasa2 je..
ReplyDeleteapapun terima aksih ye review blog akak,akak suka semua apa yang yana tulis tu..tiada yang menyinggung perasaan pun
semestinya akak gorgeous!
Deletemana pula biasa-biasa aje...luar biasa tu kak
bukan semua boleh buat macam akak. sayalah terutamanya =)
alhamdulillah akak suka. bimbang aje ada yang buat
akak terkecil hati =)
Cuba aturkan dinner together2 ke.. hehe.. mesti meriah kan nanti..
ReplyDeletejadi mak-mak ni susah sikit syida
Deletetengoklah nanti kalau berjodoh untuk berjumpa
mana tahu boleh berbesan.eh...
Deletekan...
Deletekebetulan anak dia ada sebaya aisyah...hehe
Belum sempat terjah lagi ni sis. sibuk layan GA GMBm dan novel antu. Hehehehhee.
ReplyDeletehehe...novel hantu kan kak...akak bagi percuma pun
Deletesaya belum tentu baca...hehe
dasar penakut!
hehehehehhee.. jangan takut. baca review je la yer nanti k.
Deletebaca review insya allah
Deletejangan kasi unsur keseraman sangat ok =)
wah, ada bisnes buat kek ye. syoknyaa!!!! comel gambar dalam tu hehe. happy family
ReplyDeleteye dia ada buat bisnes kek
Deletep terjah blog dia...dia ada blog khas untuk bisnes tu
sweet kan gambar tu =)
bagus riview yana buat.. insyaAllah nak terjah blog beliau.. ;)
ReplyDeletesaya rasa malu aiza kata gini
Deletepadahal biasa-biasa aje review ni
kak yan suka singgah di blog Aa...banyak cerita tentang 3 anak nya yang comel2
ReplyDeletesaya selalu juga nampak akak kat sana =)
Deletemau terjah jap :)
ReplyDeleteterjah aida...jangan tak terjah =)
Deleteanum ni sweet lah =)
ReplyDeleteraya aritu dah nyaris nak berjumpa
ReplyDeletetapi tulah diana, bukan berjodoh =)
Blog yang inikan dah beberapa kali jugalah saya cuba nak berkenalan tapi biasalah dapat baca separuh pastu terpaksa balik rumah :) Ada aje kengkangannya. Tapi tak ingatlah sebenarnya saya dah betul-betul sampai ke tidak ke rumahnya. Saya kalau datang menziarah, mesti nak bawa bom komenkan! Kalau takda tu memang tak pernah sampailah gamaknya!
ReplyDeleteNantilah kalau dah free berblogwalking saya terjah. Saya pun selalu nampak namanya di sini. YY, anak AA ni ada tak sebaya Aisyah? Yang itu saya dah booked lama tau. Saya cancel dari senarai baru boleh keluar dari list. Hahaha!
memang tak penah nampak MD di sana
Deleteso confirm belum penah terjah...hehe
p la berkenalan...ada anak dara juga tu
kot lah nak panjang list senarai besan...
anak dia memang ada sebaya aisyah...suka hisap jari juga tu
tak tahulah sekarang ni hisap jari ke idak
eleh...cakap ajelah tak nak. tak payah berbasi2
kita pun kalau orang dah tak sudi...boleh aje cari hak lain
kan aisyah kan...hehe
Saya baru je jadi 'kawan' blogger AA ni... belum sempat menyelak lembaran dan catatannya yang lepas-lepas.
ReplyDeleteyeke? ada masa belek cite lama dia ye =)
DeleteMemang selalu terjah blog AA ni ☺
ReplyDeleteselalu juga nampak fiza kat sana =)
Deletedah lama x k blog ni
ReplyDeletenanti singgah ye =)
DeleteTerjah semata2 nak tengok siapa lagi cantik... hahaha.... comel kak aryan ni rupanya :)
ReplyDeletehehe...tapi akak pun cute kan?
Deleteperah santan betullah kan? hehe