Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam | Sejak bermula puasa, antara entry yang paling popular di dalam Diari Seorang Mama adalah Iftar Di Dataran Shah Alam. Ramai rupanya mencari maklumat mengenai iftar di tempat terbuka ni.Iftar atau berbuka puasa secara santai di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bukanlah sesuatu perkara yang baru di dalam kehidupan YY. Ia sesuatu yang rutin atau lebih tepat, tradisi. Even sebelum berkahwin pun YY dah agak kerap melakukannya. Bezanya dulu dengan kawan-kawan, sekarang pula dengan keluarga kecil kami (^_^)
Kalau nak ikut pengiraan tahun, dah cukup sedekad YY berbuka di sini. Dalam sebulan puasa tu, mesti kena ada sekali berbuka di sini. Kalau tak, rasa macam tak seronok. Dulu orang tak ramai, kosong aje. Hanya ada segelintir yang berbuka di sini. Tapi sekarang tempat ni penuh dengan orang terutama ketika cuti hujung minggu.
Persedian utama untuk ke sini adalah korang perlu buat decision sama ada nak masak sendiri atau pun membeli di bazar yang terletak di kawasan berhampiran. Kalau keluarga YY, kami lebih suka membeli di bazar. Mudah dan sekaligus meringan kerja YY. Hehe! Bazar paling hampir dengan Dataran Shah Alam ini adalah di Kompleks PKNS.
Tips seterusnya adalah menyediakan peralatan asas seperti alas untuk duduk sama ada tikar atau paling mudah, gunakan sahaja surat khabar lama. Kalau YY memang biasanya hanya menggunakan surat khabar lama. Tak payah rungsing nak cari tikar yang ada kemungkinan perlu di cuci selepas penggunaan.
Tapi tahun ni kami hanya duduk atas rumput sebab berbuka di sini tanpa dirancang (^_^)
Selain itu, korang perlu sediakan air mineral secukupnya untuk memudahkan korang basuh tangan. Ada tempat untuk basuh tangan, tapi agak jauh. Tak berbaloi kalau setakat nak basuh tangan aje. Korang juga boleh sediakan sudu, garfu, pinggan mangkuk, cawan dan sebagainya. Ikut kesesuaian makanan yang korang beli atau bawa.
Sekarang kalau beli makanan di bazar ada disediakan makanan atau minuman di dalam bekas. Senang. Kalau dulu, susah giler! Nak beli air dalam cawam macam mission impossible! Mungkin peniaga sekarang sudah alert dengan konsep berbuka secara santai ni.
Tolong juga sediakan plastik sampah. Di kawasan sekitar memang ada banyak tong sampah disediakan. Tapi dia tak dapat menampung sampah yang terlalu banyak. Kadang kesian dengan azab yang terpaksa dilalui oleh tong sampah. Mulut dia dah penuh, korang sumbat juga! Kalau dia boleh bercakap, memang habis segala kata carutan keluar. Confirm!
Bab kawasan untuk bersolat, tak usah risau. Masjid Negeri terletak dekat sebelah aje. Boleh sangat nak berjalan kaki. Tapi kalau rasa susah juga, kawasan untuk solat ada disediakan. Telekung dan sejadah juga ada disediakan. Agak selesa sebab semua kemudahan dijaga dengan baik. Tinggal nak buat dengan tak nak buat aje (^_^)
Kalau sesiapa yang belum pernah cuba berbuka dengan cara begini, YY sangat recommend korang buat sebab ia sememangnya seronok! Tapi semua ni bergantung kepada individu. Kadang keseronokkan YY belum tentu keseronokkan yang sama pada korang. Level kepuasan untuk berseronok adalah berbeza bagi setiap individu. So find your own happiness (^_^)
Gambar bawah ni YY sengaja tempek sebab nampak macam cantik aje. Pandaikan YY snap gambar? Pujilah! Pujilah! Hehe! Guna kamera cap ayam aje tu (^_^)
P/S - Ramadhan dah semakin hampir meninggalkan kita. Entah ketemu ke tidak Ramadhan yang akan datang. Terbaca status di Facebook isteri jiran YY yang meninggal baru-baru ni. Dia letak gambar dia dan keluarga lengkap berbaju raya pada tahun lepas dengan caption, "Tak sangka raya tahun lepas adalah raya terakhir kita bersama"
Tiba-tiba mata YY masuk habuk. Sedih!
salam ramadhan, meriahnya buka puasa kat padang tuuu ;p
ReplyDeletesalam ramadhan
Deletememang meriah tau. sonok =)
great sharing :)
ReplyDeletebest juga berbuka santai macam ni kan, akak tak pernah lagi berbuka macam ni, nanti kalau ada rezeki kita boleh la berbuka sama-sama disini kan...inshaAllah andai umur panjang
ReplyDeletebest kak. saya memang biasa buat macam ni
Deletesesekali sekala cubalah.
great idea! boleh sangat! arrange date =)
mychintahati keja shift, bukan semua hari dia ada =)
ala,sedihnya baca ending entry ni..apa-apa pun, nak puji kak YY tangkap gambar, memang cantik..sila kembang! bab solat tu setuju sangat-nak dengan tak nak je kan?
ReplyDeleteko buat akak senyum sampai ke telinga pepagi ni sal
Deletehehe...ni nak kena bagi duit raya ke apa ni?
tulah kan, kesian isteri dengan anak-anak yang dia dah tinggalkan
dulu kerap nampak dia dekat luar dengan anak-anak, sekarang dah tak ada.
akak tu banyak terperap dalam rumah. kesian.
bab solat tu, yup! tanya hati, nak p neraka ke nak p syurga =)
bestnya berbuka santai cmni..lagi2 ada anak2 kecil seronokla diorg..open air sesekali mmg best!!
ReplyDeletebest! cuba sekali sekala
Deletenanti boleh tau nikmatnya. rasanya kalau dah p sekali
nak p lain kali...hehe =)
penulisan akhir tu :'-C
ReplyDeletehargai lah masa bersama keluarga tika ada kesempatan bersama kan...ajal tak kenal usia...kita hanya pinjaman..
kan...ajal maut di tangan tuhan
DeleteAduh, YY ni... tengah ralit menongkat dagu sambil baca cerita tetiba buat hidung kita merah pulak! Yalah, ajal maut, jodoh pertemuan bukan dalam tangan kita!
ReplyDeleteKalaulah dekat dengan rumah, teringin juga merasai pengalaman berbuka beramai-ramai di tempat lapang begini. Segala kemudahan pun ada, takdalah susah hati itu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Antara nak dengan tidak je bak kata YY tadi.
tulah kan, takdir sesorang. ALLAH dah tentukan segalanya
Deletesapelah kita nak persoalkannya
memangs egala kemudahan ada MD
nak dengan tak nak aje buat =)
Bestnyer sis..sukanya kalau dapat buat mcm ni.
ReplyDeletecubalah buat kak
Deletekalau dekat kawsan akak tu, cari kawasan reaksi
seronok tau berbuka camni =)
asben saya tak berapa minat berbuka tempat terbuka camni so takde change la nak rasa berbuka kat padang macam ni tapi kalau picnic tu ok pulak kat padang2 camni hahaha
ReplyDeletehehe...lain orang lain keseronokkan dia suria
DeleteTak pernah lagi berbuka tempat terbuka camni.. Tunggu anak besar sikit la kot kan... Anak kecik ni tak sesuai plak g tempat camni waktu maghrib..
ReplyDeleteada masa nanti cubalah
Deletesaya dulu anak kecik pun hurung juga maria...hehe
tapi yelah, orang tua kata tak elok
best jer tgk berbuka ramai2 cenggini kan..ala2 berkelah gitu....tpt nk solat pun dekat....yg ptg..sama2 kena jaga kebersihan kat situ kan......
ReplyDeletepssttt...gbr dr camera cap ayam tu chantek....hehehehhe
best deanna! terasa seronok sangat n meriah!
Deletekemudahan semua ada sebenarnya. cuma kalau tak biasa, mungkin kekok
betullah tu, kebersihan tu tanggungjawab bersama =)
cantik kan? dah agak dah! hehe...ketawa takbur! =)
Assalamualaikum…
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat yana sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….
Terlebih bias tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti akan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….
waalaikumussalam lieya
Deleteselamat hari raya buat lieya dan keluarga juga ye.
alamak lieya jual pantunlah! ok...saya cuba jawab ye
salah jangan gelak tau =)
sebulan sudah kita berpuasa
syawal dinanti bakal menjelma
mohon maaf juga atas segala dosa
ikhlas dari saya yang comel sentiasa
wahaha! macam tak kena! tapi lantaklah!
selamat hari raya lieya and have a safe journey ye =)
wah! menarik nyer....
ReplyDeletetak pernah lagi aida & mr.asben berbuka gini tau.
may be tunggu izzat besar skit.
ditakuti kalau gi skang, busy mengejar dia aje ha ha :)
memang meriah aida
Deletekalau saya memang saya biar aje anak-anak saya berlari
sebab tempat ni luas. diorang pun tak berapa berani jauh dari saya =)
one day nanti cubalah ye =)
Cantiknya gambar.. I kalau kat sini, buka tepi pantai.. syok ja, berbuka ramai2..
ReplyDeleteni yang buat senyum meleret ni! hehe
Deletei dah kata...i pandai snap gambo...hehe! ketawa riak lagi =)
buka tepi pantai tak penah, jauhlah kat sini
paling dekat pantai remis, tapi takut plak ke sana kalau malam =)
tapi memang seronok kan =)
saya alahmadulillah, sekepala dengan mychintahati dalam banyak hal
ReplyDeletememang biasa buka tempat gini
tapi kalau kat restoran dia tak suka =)
=)
ReplyDeletemmg seronok sesekali berbuka tmpat terbuka mcm ni..thn ni lya x bkesempatan lgsung bebruka kat padang... lg pon kat sini kerap hujan petang...
ReplyDeleteSalam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
kan lya? rasa meriah sangat!
Deleteyeke? sini panas aje. last couple of days yang start hujan
selamat hari raya buat lya dan keluarga juga ye =)
kalau tau kak YY mai sini leh jumpe sini
ReplyDeleteayu pon sllu gak datang sini
cume tahun ni tak singgah pon sebab susah cari masa nak buka luar dgn asben
ayu selalu ke sini ke?
Deleteakak memang selalu juga kat sini ayu
suka dok tengok orang reramai camni =)
sebak baca pasal jiran yana tu... kita ni pun tah bila n macam mana perginya... :,(
ReplyDeletedulu masa duduk di kuantan ada juga berbuka di padang cam gini... mmg syok la ramai2. yg tak best tu mmg satula.... tang sampah... kesian tong yg dah penuh still disumbat sampah. huhuhu
gambar last tu mmg cantik...
kan kak. ajal dia gitu tinggal isteri dan anak-anak yang maish kecil
Deleteseronok kan kak? ye bab sampah tu setuju sangat. selagi boleh sumbat dia sumbat
padahal tak salah pun kalau bawa balik. tak pun ikut elok2 letak tepi
mudah kerja orang nak lakukan pembersihan nanti
yeke? ni yang kembang semangkuk ni dibuatnya. hehe
ramai gak yg berbuka di situ . dah lama tak gi PKNS yg meriah bila nak raya tu ...
ReplyDeleteramai vee! memang kompleks PKNS meriah tiap kali raya
Deletekalau bukan raya, sunyi sikit =)
Gambar last tu memang cantik.
ReplyDeleteklu kat kelantan, sy lebih suka join madinah ramadhan.
buka puasa ramai2 then solat jemaah beramai2.
tradisi di kelantan. :)
cantikkan? hehe...mula nak melompat aje rasanya ni =)
Deleteyeke? kat sini pun ada. akak tak penah cuba aje =)