Part 1: Aktiviti Di Kampung! (^_^)

10:17:00 pm Yana Yani 0 Comments

Dua tiga hari ni tak berapa nak sihat. Mood pun agak down bila tak sihat ni. Tadi pergi jumpa doktor sebab dah tak larat tahap gaban!

Baru sampai depan muka pintu dia dah kata, "Lama tak nampak?"

Dia perli ke apa tu? Nampak sangat muka aku ni selalu sangat sakit sampai dah kena aimed dengan doktor. Tapi ni Alhamdulilah, beransur pulih!

Let's move on to the story!

----------------------------------------

Sebenarnya dah agak lama aku balik ke kampung kelahiran aku di Kuala Lipis, Pahang ni. Dah lebih daripada sebulan pun, tapi baru sekarang berkesempatan untuk bercerita.

Walaupun dah lambat, aku tetap nak cerita juga untuk diabadikan dalam blog a.k.a dairi aku ni. Hehe!

Kindly take note ye, disebabkan terlalu banyak sangat benda yang nak dicerita, so aku terpaksa buat beberapa siri. Tak larat nak buat sekali gusReaders just check out aje lah eh! Hehe!

Aku mulakan dengan time kita orang bertolak. Kita orang bertolak dari Klang lebih kurang pukul 10 malam hari Jumaat dan sampai lebih kurang pukul 2 pagi hari Sabtu gara-gara takutkan bas yang mengila!

Boleh klik sini kalau nak baca pasal pengalaman berdepan dengan kegilaan bas!

Pagi Sabtu tak banyak sangat aktiviti yang dilakukan sebab kepenatan! Aku dan Encik suami banyak habiskan masa di rumah aje sebab Aisy pun bantai tidur dari pagi sampai petang!

Dah petang baru kami bergerak ke kedai Atuk. Biasanya segala aktiviti banyak dilakukan di sini. Contohnya macam memasak dan yang paling penting sekali nak jumpa Atuk.

Atuk memang tak pernah lagi balik ke rumah dia yang terletak di seberang sungai. Dia lebih banyak habiskan masa di kedai sejak kematian Nenek. Kedai tu lah segalanya pada dia sekarang.

Tapi dalam ramai-ramai orang tu, yang paling seronok adalah anak bujang aku. Ada aje aktiviti dia dekat sini. Semua dia nak teroka.

Maklumklah orang pekan! Nampak sangat batak bila ada dekat kampung niHehe!


Balik kampung kali ni juga buat pertama kalinya dalam hidup aku ni jumpa pokok gaharu. Aku memang sedia maklum bahawa pokok gaharu adalah salah satu bahan dalam pembuatan minyak wangi.

Tapi aku first time jumpa! Nampak tak unsur-unsur batak di sini. Hehe!

Atuk kata dia boleh dapat ratusan ringgit untuk sekilogram pokok gaharu ni. Tapi nak dapatkan sekilo tu sikit punya lama. Kata Atuk lagi jalur yang hitam tu aje yang akan dijual, lain buang!

Klik sini kalau nak tahu lagi pasal pokok gaharu


Petang tu kami sekeluarga ke pasar yang terletak di Padang Tengku. Menurut Atuk, pasar ni di monopoli oleh peniaga daripada Kelantan. Dekat sini banyak benda aku tak pernah jumpa ada dijual.

Pasar di sini bermula dari petang Sabtu dan berlanjutan sehingga ke pagi Ahad! Kalau hari Ahad lagi penuh manusia dekat sini!

Makanan dekat sini agak mahal. Tapi banyak makanan pelik dekat sini. Encik suami borong banyak makanan dekat pasar ni! Nampak sangat batak!
Walaupun cuaca mendung ia tak menghalang orang berpusu-pusu membeli barang keperluan
Afif kalau nampak Ultraman aje, mulalah dia!
Bila tiba malam, aktiviti yang biasa dilakukan adalah berkumpul sambil bergosip! Hehe! Maklumlah jarang dapat jumpa so macam-macam ceritalah yang keluar. 

Tapi malam tu topik paling hangat adalah PRU dan of course ada unsur-unsur politik di situ. Jangan tak tahu, orang dekat kampung lagi hebat bab politik!

Malahan dia orang lagi patriotik dari kebanyakkan orang di bandar. Biasa orang dekat bandar tak tahu apa-apa sebab dia orang dah senang! Orang di kampung berpegang kepada KEDAULATAN MELAYU!

Sebab tu aku agak berkecil hati dengan beberapa coleagues aku yang pro pembangkang bila dia orang mengatakan orang kampung BUTA dengan memberi kemenangan kepada kerajaan sekarang.

Biarlah aku menyokong di dalam diam. Tapi Puan Bos pun dah pandai dok mengatakan gitu dan gini. Nak diam lagu mana ni. Pantang sungguh aku ni kalau ada orang mempersoalkan HAK MELAYU.

Belum menang dah berani mempersoalkan Perkara 153! Nampak gayanya hingga hujung nyawalah korang tak akan dapat undi aku!   

Ewah, berani sungguh kau ni Yana dok kutuk bos dalam blog ni. Eleh! Ada aku kisah! Bukan baca pun dia orang tu blog aku ni. Kalau yang baca pun Fiza Ismail aje! Tapi kita kamching kan Fiza kan? Hehe

Alright, habis dah gosip! Nak cerita pasal aktiviti di kampung jadi gosip pula ye! Tak ngapa, kita sambung cerita pasal aktiviti aku di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang kemudian ye!

Check it out
  

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...