Seronok Korang Main Air! (^_^)

7:34:00 am Yana Yani 52 Comments

YY dan anak-anak tak berapa sihat weekend sebelum ni. Cuma Afif aje yang dah nampak tanda-tanda pulih, Lagipun dia akan menduduki final exam keesokkan harinya (minggu lepas).

Encik suami pula adalah orang yang agak kebal dalam rumah ni. Jarang dia jatuh sakit. Rasa boleh kira dengan tangan berapa kali dia sakit dalam setahun. Tapi kalau dah sakit, dia paling teruk!

Petang tu, YY terdengar Encik suami berkata dengan Afif, "Afif, jom tolong Papa basuh kereta"

"Papa, boleh tak Afif basuh motor Afif juga? Yesss!" kata Afif pula bila Papa dia bagi permission.

Dari dalam rumah ni dah terdengar dah bunyi riuh rendah Afif apabila dia disiram air oleh Papa dia. Naughty juga Encik suami ni tau! Tapi tu lah cara dia melayan anak-anak.

Aisyah yang asalnya baring di sebelah YY, tiba-tiba bangun. Dia pun mungkin tak tahan mendengar keseronokkan Abang dia walau dia tak berapa sihat.

"Mama, yeh tak? - Mama boleh tak?" tanya dia pada YY minta keizinan.

"Nape? Aisyah nak keluar juga ke? Pergilah. Buka kain tu, nanti susah nak bergerak" kata YY pada dia sambil dok buka kain yang dia pakai masa menghadiri kenduri doa selamat tengahari tu.

Aisyah buka aje pintu, terus terdengar bunyi suara Abang dia, "Adik, sini cepat kita main air!"

Asalnya YY tak berganjak dari pembaringan, kepala terasa pening. Tapi bila dok dengar suara keseronokkan anak-anak dan Encik suami, rasa jealouslah pula (^_^)

"Ish, tak boleh jadinya" kata YY sendirian.

Masa YY keluar tu, YY nampak Aisyah dan Afif dah habis basah lencun! "Wah, seronok korang main air ye?" kata YY sambil dok snap aksi mereka.


"Papa yang bagi! Kitorang mainlah kan Aisy?" jawab Afif bagi "menghalalkan" aktiviti yang mereka lakukan pada petang tu.


Lepas tu diorang sambung kembali aksi diorang dengan air. Tapi "kepala" dalam aksi ni adalah Afif, Aisyah lebih kepada Pak Turut atau mangsa.

Mungkin disebabkan dia tak berapa sihat hari tu. Kalau tak, dia juga antara mastermind (^_^)


Tapi hari tu dia asyik kena buli aje dengan Abang! Tengok ajelah muka dia bila terkena percikan air, dah macam rupa anak kucing kena air!


Abang dia pun bukan main seronok dok main siram air dekat Adik.


Tak lama lepas Afif dok main siram-menyiram tu, Encik suami ambil getah air dari Afif. "Kejab Afif, Papa nak siram sabun ni" kata Encik sumbil sambil terus ambil getah air tu.

Afif "bengang" (^_^)


YY tanya Aisyah yang dah basah kuyup, "Masuk nak tak? Basah dah ni?"

Aisyah hanya menggelengkan kepala.


YY tak lama dekat situ sebab kepala dah kembali berat. YY tinggalkan mereka berdua dengan Encik suami. Lama juga diorang dekat luar tu.

Masa masuk rumah, masing-masing dah menggigil kesejukkan. Walaupun dah menggigil, masing-masing sibuk dok cerita keseronokkan dok main air.

Afif siap kata, "Papa, lain kali kita basuh kereta lagi ye?"

"Ko bukan basuh kereta, ko basuh diri ko aje tadi" kata Encik suami sambil mendukung Aisyah yang sedang kesejukkan.

"Memanglah, sebab tu Afif seronok!" jawab Afif pula.

"Dah-dah, pergi mandi" kata YY pula pada Afif.

"Lah, tadi kan dah mandi tak akan nak mandi lagi? Berapa kali nak mandi?" tanya Afif pada YY.

"Kan tadi ko main air kotor, nanti gatal!" kata Encik suami sambil terus menarik Afif ke bilik air.

Dia ikut aje tu! Cuba kalau Mama dia yang tarik masuk bilik air, mesti tak habis lagi sesi soal jawab tu. Ni Papa, semua arahan diikuti tanpa banyak membantah (^_^)

Tu lah perbezaan antara Mama dengan Papa. Anak pun tahu mana satu yang boleh diajak berbincang dan yang mana tak. Hehe! Rasanya tu ajelah bebelan untuk hari ni.

See you all in the next entry, Assalamualaikum (^_^)

52 comments:

  1. rasanya semuanya mcm tu lah.kalo dgn mama mmg dorg x tkt.tp kalo dgn ayah, xpyh jerit2 dorg dh tkt hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betullah tu, saya tak nafikan
      saya dulu pun takut sangat dengan abah
      kalau dengan mak boleh lagi cite...hehe

      Delete
  2. sesi yang cukup seronokla buat anak-anak ya.. kena buat selalu, itu diorang kata, kita lak tak nak mengemas dan membasuh banyak2 kan...

    aktiviti yang bagus, budak2 dengan air kan?

    YY, guna templete baru ke apa ya? saya tak boleh komen kat sini kalau guna hp.. sekali sekala guna laptop untuk buat kerja barulah boleh bagi komen kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, kalau dapat peluang
      bukan main diorang, lupa jab dunia ni, memang "hantu" dengan air

      eh, saya tak sentuh apa-apa pula
      tak boleh tinggal komen kalau guna handphone ke?
      saya baru ni tahu ni, nanti saya check ye

      Delete
  3. budak2 kalo dapat air camtulah kan..happy kemain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sebenarnya bukan budak aje
      mak dengan bapak budak pun seronok =)

      Delete
  4. La... motorbike pun tak sempat basuh! Cepat sangat aktiviti mandi-manda di depan rumah ni ^_^. Budak-budak memang sawan airkan... Kalau jumpa air je, seronok bukan main lagi mereka. Lencun pun takpa janji best dapat main air.

    Anak-anak dengan bapa mereka memang kurang 'mesra' kot. Cuba dengan emak, macam-macam kerenah kena layan. Tapi takpa, kita mak-mak yang untung. Bapak-bapak nasiblah kalau tak mesra alam gitu *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, sambil basuh
      sambil tu diorang dok main air tu selagi tak kecut kaki tangan
      yang pasti diorang tak nak lepaskan peluang

      betul juga kan, bapak ni dia tegas sikit
      so biasa bebudak tahu mana yang boleh cite lagi
      mana yang kalau putih, putihlah kena ikut...hehe

      Delete
  5. haha..habis basah lencun..
    budak2 mmg suka sgt main air..sama mcm asya.. hehe

    tq coz singgah blog lya..salam perkenalan dari lya ;-)
    sori..bru smpat bw ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis lencun lya!
      seronok sangat sampai tak ingat dunia
      terima kasih follow and singgah sini ye

      Delete
  6. hahaha..kalau papa cakap semua ikut ye...
    sama macam anak2 saya la.kalau ayah cakap apa pun semua ok,,semua betul..ikut je..kalau ibu cakap,dok ulang 3,4 kali tak ikut.2..sebab nya ayah diaorang suka melayan,.manja dengan ayah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan,
      diorang tahu kalau dengan bapak, tak guna cite panjang
      kalau mak ni cakap banyak mana pun, diorang tak ada hal punya

      Delete
  7. Aktiviti yg simple macam ni pun dah boleh merapatkan ukhwah keluarga kan kak Yana..
    Suka tengok ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sekali sekala kan
      tumpang juga rasa seronok tu

      Delete
  8. Huhuhu... lencunnn... :D main air memang seronok...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang basah lencun
      tapi kita seronok tengok diorang seronok =)

      Delete
  9. Bebudak.. Memang suka sangat main air. Yang sakit pun terus jadi sihat.. Comel je bebudak berdua tu.. >__<

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, budak mana yang tak suka main air =)

      Delete
  10. Wahhh... saya ni pun sampai ke tua pun masih seronok klu dpt main air mcm tu huhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kurang sikitlah KK
      tumpang seronok anak aje =)

      Delete
  11. seronoknya..budak² dan air memang tak dapat di pisahkan. asal saja tak demam dan selsema oklah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya si aisyah time tu selesama dan batuk
      tapi saya bagi aje dia main, kejam tak? =)

      Delete
  12. Okje pun tgh seme dan batuk ni....tp syukur tak demam, jangkit si anak dara....

    Budak budak kalau jumpa air mmg suka, sanggup bangun walupun tak sihat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun masih lagi selesama dan batuk
      jumpa doktor baru ni kata saya ada sinus, patutlah muka sakit semacam

      tulah aisyah, tak sihat pun sanggup! air punya pasal

      Delete
  13. ooo...seronok yer main air...tolong papa ke tolong kacau papa? hehe , budak2 memang camtu lah YY...suka main air...samalah macam zarif...nak ajak mandi bukan main liat...dah masuk, main air pastu liat pulak nak klua... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan anak-anak saya bunda
      suruh mandi, macam-macam alasan dia boleh bagi
      dah masuk, nak keluar pula susah =)

      Delete
  14. Nampak macam dah menggigil tu.
    Sejuk sangat dah ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya
      suruh masuk, tak nak

      Delete
    2. Anak saya lama dulu pernah saya letak kolam yang inflatable tu.
      Tapi, tak sempat nak observe dorang.

      Delete
    3. saya pun ada, tak penah guna aje

      Delete
  15. sy yang dah tua pun ralit main dengan air kak yana.haha. kalau dah main air susahnya nak berenti. ini kan pulak afif dan aisyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan
      entah kenapa main air ni satu keseronokkan =)

      Delete
  16. bebudak dapat main air memang best lah

    ReplyDelete
  17. Budak2 dengan air memang tak dapat dipisahkan....
    Pantang jumpa air, mula lah main puas2...
    Kat sini walau menggigil sebab suhu sejuk, tapi tetap nak berendam jugak dalam air....
    Tapi saya biarkan aje, nak tengok selama mana mereka tahan... Biasanya tak sampai 10 minit semua mulut dah biru dan mintak salin baju... hihihi, kalau tak rasa, mereka tak tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan saya pun
      saya pun akan biarkan sampai kecut jari
      selagi tak puas, selagi tu mereka menuntut =)

      Delete
  18. comel je haha. Happy family :)

    ReplyDelete
  19. adik2..lain kali cuba main air hujan pulak ya..lagi seronok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kak!
      saya tak boleh nak snap aje...hehe

      Delete
  20. hehehe budak2 kecil mmg mcm tu kalau dpat air sehari bermain x per hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangatlah tu KA
      saya setuju sangat! selagi mereka tak gigil
      selagi tulah tak berhenti! =)

      Delete
  21. saya juga spesis yg kebal dr demam . dah tak ingat bila kali terakhir demam . rasanya dah berthn x demam . sama juga dgn batuk n selsema . satu umah kena tapi saya cool jer . bila saya kena selsema n batuk , se isi rumah cool lah pulak ... heeee . sbb nak main air , sihat jadi sakit si afif n aisyah tu ... tu lah kegembiraan mrk ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...hebatlah vee, ultraman apa ke..hehe
      saya pula tahun ni kerap pula sakitnya
      tulah budak berdua tu, lupa diorang tak sihat semata nak main air

      Delete
  22. Haha. Saya pun eksaitd kalau dapat main air. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akak pula kurang sikit
      dah tua gamaknya =)

      Delete
  23. ohh...minta nak basuh kereta lagi tu...ada maksud di sebaliknya tu hiihhi...so cute

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ada udang disebalik batu permintaan tu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...