Kepimpinan Melalui Tauladan (^_^)

4:53:00 pm Yana Yani 20 Comments

Kepimpinan melalui tauladan, 
Disiplin gerak maju, 
Bersih cekap amanah, 
Itulah cogan kata kita, 
Masa kini, mari ikuti

Dulu lagu tu selalu ke udara dekat RTM. Aku pun sebenarnya ingat-ingat lupa bait lagu tersebut. Apa yang tertulis di atas adalah berdasarkan apa yang aku ingat.

So cerita hari ini adalah berkisar mengenai kepimpinan melalui tauladan. Isnin minggu ni aku tak bekerja sebab kurang sihat.

Tapi kalau dah nama Mama dan juga memegang status isteri ni, istilah MC tak begitu wujud. Tak ada siapa yang memaksa aku melakukan kerja rumah, tapi nak juga buat!

Hari tu Encik suami tak ada dekat rumah sebab bekerja di shift pagi. Afif pula bersekolah macam biasa. Yang tinggal hanya aku dan Aisy, peneman setia aku.

Banyak kerja yang aku lakukan hari tu adalah hasil pertolongan Aisy.

Nak dijadikan cerita, aku nak keluar menyidai kain baju yang dah siap dibasuh. Sejak mengetahui batas aurat, memang aku agak particular sikit walau hanya keluar di laman rumah.

Cuma aku agak malas nak memakai cardigan bagi menutupi t-shirt yang aku pakai. Aku biasanya hanya memakai tuala mandi yang labuh menutupi kepala, dada dan juga tangan.

Siapa sangka perbuatan aku tu telah diperhati oleh seorang insan kecil. Dia menyeret tuala dia sambil berkata, " Nak atai!" - nak pakai!    


Untuk seketika dia seronok pakai benda yang sama macam aku. Tersengih aje. Lepas tu dia mula menunjukkan tanda rimas especially dengan cuaca yang membahang.

"Mama, nak tak!" - Mama, nak buka.
  

Lepas tu dia mengemas laman rumah pula. Nak sidai kain pun tak tenteram dengan kelincahan anak dara sorang ni. Sini dia usik, sana pun dia usik, pening Mama dia.

"Mama, jom aik tor" - Mama, jom naik motor.


Ish, ada-ada aje budak Aisy ni tau. Hilang sakit Mama sebab kau! (^_^)

------------------------------------------

Yang ni pula cerita si Afif yang berkisar pasal topik yang sama, kepimpinan melalui tauladan!

Hanya pada waktu Maghrib kami dapat berjemaah bersama. Biasanya masuk aje waktu solat, aku adalah orang yang pertama bersuara mengajak semua bersolat.

Cuma bila aku uzur, aku tak begitu kisah sangat pasal orang lain. Aku sibuk menyiapkan juadah makan malam. Nak dijadikan cerita, sedang aku dok sibuk tu aku didatangi Afif.

"Mama, kenapa kita tak sembahyang?" tanya dia sambil memerhatikan aku membersihkan ayam.

Bila soalan tu keluar, aku baru teringat. "Afif ajaklah Papa, Papa lupa agaknya" jawab aku pula mengharap tiada lagi soalan susulan.

Lepas tu aku terdengar derapan kaki Afif berlari mendapatkan Papa dia yang aku rasa sedang leka membaca newspaper ketika tu.

Dari jauh aku terdengar Afif berkata, "Papa, jom kita sembahyang"

Encik suami pula membalas, "Jom! Allah dah pukul lapan rupanya!"

Kemudian aku lihat mereka berjemaah bersama. Aisy pula mengikut dari belakang dengan cara tersendiri. Aku pula memerhati dengan mengharapkan semua yang aku nampak hari tu berkekalan.

Terasa sejuk hati especially bila melihat anak lelaki aku begitu kuat membaca bacaan dalam sembahyang mengalahkan Papa dia yang menjadi imam.

Sejak dia mengikuti kelas tahfiz di tadika, dia memang lancar membaca beberapa surah dan juga bacaan dalam sembahyang. Saham aku di akhirat besok!

Yang pasti, hati begitu teringin menjadikan Afif sepertimana arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam yang syahid di bumi Turki. Kisah Ammar pernah menggemparkan negara tak lama dulu.

Segalanya tak mustahil. Ya, aku yakin itu. Yang penting aku dan juga Encik suami harus ingat bahawa kepimpinan melalui tauladan!

20 comments:

  1. inshaAllah sis..kathy mendoakan aisy dan afif akan berjaya dalam hidup mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn, terima kasih
      semua mak bapa dekat dunia ni mengharapkan perkara yang sama =)

      Delete
  2. Saya membaca entri sampai habis. Mulanya lucu juga denga telatak anak dara akak tu, kemudian terkesima sekejap dengan anak teruna akak tu, alhamdulillah. Moga didikan dari kecil akan membuahkan hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harapannya cikgu
      terima kasih atas galakan tu =)

      Delete
  3. Alhamdulillah... sejuk perut mak mengandung :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... semoga apa yg dipelajari & difahami anak-anak menjadi bekalan yg baik utk kejayaan dlm kehidupan di dunia & akhirat... aamiin..
    Comelnya Aisy berhijab.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn =)
      saham saya den suami di akhirat kelak
      hehe...cam mama dia kan? =)

      Delete
  5. Bagusnya si Aisy ni. Moga jadi anak soleh ya.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, semoga Afif & Aisy jadi anak yang soleh & solehah ... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harapannya kak nurul
      insya ALLAH kena pantau jalan aje lepas ni =)

      Delete
  7. Alhamdulillah... Budak blm baligh masih suci fitrahnya dan mudah mengikut sbb tu kna tnjuk yg baik2 aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, time ni mereka cukup mudah dibentuk dan dicorak =)

      Delete
  8. holoh holoh holoh, comey nye aisy tutup badan ngn tuala gitu... anak2 kn mcm span, absorb je segala perbuatan mak ayah [astu ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak macam kain putih biasa dengar,
      macam rebung pun penah dengar
      macam span ni, baru first time...hehe
      tapi maksudnya lebih kurang sama =)

      yebetul tu zura, time nilah mereka mudah dibentuk dan dicroak =)

      Delete
  9. Memang apa yg kita buat ank ank akn perhatikan dan ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ni kan contoh ikutan mereka
      sebab tu kena bagi contoh elok-elok aje pada anak-anak =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...