Afif Di Sukaneka 2014 (^_^)
Tahun ni adalah tahun terakhir Afif menyertai sukaneka di tadika. Parasaan aku lebih excited berbanding sukaneka tahun lepas. Hehe! Klik sini untuk cerita sukaneka tahun lepas ye.Cuma kalau tanya aku perbanding kemeriahan, aku lebih suka tahun lepas. Lebih happening berbanding tahun ni. Kalinya punya macam kurang preparation.
Tapi tak apalah, yang penting Afif happy! That's the most important thing (^_^)
Tak payah membebel panjang-panjang, meh layan kesemua 18 gambar!
Jangan pengsan ye! Hehe! (^_^)
Yang ni semua classmate Afif!
Baju kuning tu Hakimi (awat kau buat muka gitu Kimi wei?), hijau pula Amirul dan yang pakai sama warna dengan Afif tu adalah BFF Afif, Haziq Haikal nama dia.
Yang budak perempuan tu pula aku tak kenal. Time aku suruh semua posing, tiba-tiba dia muncul. Secret admirer Afif agaknya. Hehe!
Empat gambar dekat atas ni adalah masa upacara perbarisan. Seronok dok tengok pelbagai ragam bebudak time perbarisan ni. Jenuh juga cikgu nak mengawal. Hehe!
Tahun ni Afif mewakili rumah UNGU! Go ungu! Go ungu! Hehe!
Sebelum menunggu acara bermula, kami berselfie!
Semua ungu! Lagipun kami memang dah berpangkat pakai purple sebagai tanda sokongan untuk rumah sukan yang diwakili Afif! Hehe!
Tahun ni Encik suami tak dapat hadir sebab ada urusan dengan pemaju perumahan. Dia muncul kejab aje tadi sebagai tanda sokongan.
Mujur juga ada Anis meneman, kalau tak pening juga aku nak melayan kelincahan Aisy!
Ini adalah acara pertama yang dinamakan mengutip mutiara. Tapi sebenarnya mengutip gula-gula. Acara yang paling dinanti sebab Aisy pun boleh turut serta. Hehe!
Tengok tu sikit punya penuh baju Aisy dengan gula-gula. Tapi sebenarnya semua tu atas bantuan Acu dia. Aisy boleh pula dok leka tengok orang berebut. Hehe!
Gambar yang seterusnya pula adalah gambar Afif dengan classmate dia. Muhamad sebelah kiri dan Haziq Haikal sebelah kanan.
Tiga gambar dekat atas ni pula adalah sebahagian gambar dalam acara sukan yang disertai Afif. Nampak seronok aje dia (^_^)
Time kami semua dah tahu yang rumah Ungu menduduki tempat kedua untuk keseluruhan acara. Bangga Afif bila dia dapat tahu rumah sukan dia dapat nombor dua. (^_^)
Sempena menunggu upacara penyampaian hadiah, Afif bergambar dengan BFF dia lagi untuk kesekian kalinya, Haziq Haikal!
Ni lah hadiah yang Afif dapat sebagai naib johan. Yeah!
Ni pula acara untuk ibubapa. Korang tengok betapa khusyuknya aku mengupas kulit bawang dengan jarum peniti. Siapalah yang boleh terfikir nak buat acara gini ye?
Satu penyeksaan sungguh! Hehe!
Anyway aku menduduki tempat kedua! Tapi dari belakang! Hehe! Jadilah kan. Sekurang-kurangnya bukan nombor last! Hehe!
Time ni dah nak balik. Aku hilang Afif, rupanya dia tengah seronok main tepung dengan kawan-kawan dia. Sabar ajelah!
So itulah ajelah gambar yang aku nak kongsikan untuk acara sukaneka Afif tahun 2014 ni. Tahun depan dah masuk primary school. Kejab aje kan?
Okaylah korang, aku nak bersiap untuk ke kelas driving ni. Sebut aje kelas driving, terasa macam ada butterflies in stomach pula! Hehe!
Till we meet again korang! Assalamualaikum!
Wahh.. acara yg sgt menyeronokkan. Gembira melihatnya... salam sabtu Yana.. :)
ReplyDeletememang menyeronokkan =)
Deletedah isnin ni, salam isnin saudara khir =)
wah..cahiyok purple team..best pulak tengok sukan ni..makin hensem pula anak teruna sis tu..
ReplyDeletehehe, dapatlah juga jadi naib johan team dia =)
Deleteyeke kak handsome?
ni yang buat bangga ni...hehe
sporting betol korang ya, satu team pakai purple sbb nk sokong afif..tahniah afif dpt nombor dua...teringat ari sukan atau apa2 pertandingan masa skolah rendah dulu, hadiahnye kompom tupperware... mak zura la paling seronok kalu zura menang sbb blh tmbh koleksi tupperware.... hhaahaahah !!
ReplyDeletekata menyokong, mestilah jadi supporting zura =)
Deletesamalah zura, saya pun bila suka betul bila dapat tupperware
boleh menambahkan koleksi...hehe
Ohhh yelah tahun depan Afif dah darjah satukan...
ReplyDeleteRajin jugak awak ambik bahagian yeh YY.... bukan main lagi megopek bawang hehe
ha'a, darjah satu dah dia
Deletecepat aje masa berlalu, rasa cam baru semalam dia dok dalam perut...hehe
rajin okje, walau kalah! hehe
wah...terbaik.
ReplyDeletekan? hehe =)
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletesaya edy, saya nak tanya secara detail mengenai scarlet fever... anak saya ada simptom yang hampir sama... tapi doktor kata bukan...
saya masih risau dan agak paranoid sebab 3 tahun lepas pernah kena mcm nie jugak... boleh tak call saya 010-2675872.
terima kaseh
waalaikumsalam
Deletewoo, saya bukan doktor encik edy
consult dengan doktor lagi bagus. kalau dia dah kata bukan
maknanya betul bukan
kalau ragu, minta pendapat doktor lain pula...second opinion
kalau dah penah kena kan, rasanya encik edy ada lagi better pengetahuan
sorry, tak boleh bantu
Wah, siap ada perbarisan lagi. Selalunya, ibu bapalah yang lebih terujanya.
ReplyDeleteyup betul! memang teruja dok tengok afif berlari =)
Deletecantik la color baju sukan afif.. purple lagi tue.. my fav color..hehehe
ReplyDeletesaya pun suka purple! sep sikit! =)
DeleteMelihat gambar2 ni terkenang pula masa sukan di tadika dulu... hehe tapi sekadar diingatan. Dulu2 mana ade kamera...huhu
ReplyDeleteSaat manis buat Afif dan best nya ada gambar buat tatapan dimasa hadapan!
adalah BM kamera zaman dulu
Deletecuma penggunaan dia tak meluas cam sekarang
saya ada gambar time sukan tadika dulu
mak abah saya suka menyimpan gambar untukk kenangan anak-anak
saya pun tengah praktik kan benda yang sama
cuma bezanya dalam blog aje...hehe