Hadiah Untuk Kejayaan (^_^)
Baru-baru ni aku ada terbaca di surat khabar mengenai seorang artis yang menghadiahkan sebuah kereta mewah di atas kejayaan cemerlang anak dia dalam SPM.Dalam dunia materialistik seperti hari ni, perkara macam tu bukannya pelik. Siapa sahaja boleh melakukan pekara macam tu, janji duit tinggi melangit! Hehe!
Cuma ianya menjadi hangat disebabkan populariti artis tersebut.
Kesian juga. Dia hanya berbangga dengan kejayaan anak dia sepertimana orang lain. Mungkin hadiah tu adalah ekspresi perasaan bangga dia.
Ibubapa mana yang tak berbangga dengan kejayaan anak sendiri, ye dak?
Aku teringat kisah tentang diri aku sendiri. Sejujurnya aku bukan seorang yang pandai dalam pelajaran. Tak kiralah betapa teruknya aku belajar, result tetap begitu.
Walau result aku agak teruk, Mak dan Abah aku tetap berbangga dengan aku. Paling terharu ketika aku diberikan hadiah untuk keputusan PMR yang tak seberapa.
Mereka menghadiahkan aku seutas jam berjenama Casio. Jam tu mungkin tak setanding kereta BMW tapi nilai sentimental pada jam tersebut yang buatkan ianya mahal bagi aku.
Kerana hadiah itu, ia membuat aku bertambah bersemangat untuk terus membanggakan Mak Abah dengan cara aku sendiri.
Hadiah tu secara jujurnya amat bermakna dan sehingga sekarang aku masih menyimpan jam tersebut.
Aku memakai jam tersebut lebih dari sepuluh tahun sebelum ianya ditukarkan dengan jam pemberian Encik suami sempena hari jadi aku.
Time beli jam baru pun aku cari jam yang hampir sama dengan jam pemberian Mak Abah. Nampak tak betapa berharganya jam tersebut pada aku?
Result aku tetap GALUS (antara gagal dan lulus) dari zaman sekolah rendah hingga masuk ke universti.
Alhamdulillah, aku tetap berjaya menggenggam segulung Diploma walau tak pernah memenangi sebarang Anugerah Dekan apatah lagi Anugerah Naib Canselor.
Hadiah pemberian Mak Abah walau kecil tetap menjadi pemangkin semangat untuk aku meneruskan usaha aku sehingga ke tahap sekarang.
Mungkin tak setinggi orang lain tapi aku tetap berbangga. Sekurang-kurangya hadiah itu pernah menjadi sebab untuk aku tersenyum lebar di hari konvokesyen aku (^_^)
P/S - Jangan lihat nilai harga sesuatu hadiah yang diterima, tapi nilailah keikhlasan si pemberi hadiah. Itulah yang membuatkan ianya priceless!
memang bermakna..sis merasa jugak study kat U,kathy hanya mamu ambik stpm jer..
ReplyDeletep/s gambar kat bawah sekali tu,sis nampak tembam la..hehehe..
tu rezeki masing-masing kak
DeleteALLAH dah tentukan, alhamdulillah bersyukur
STPM lagi tinggi level dari Diploma apa =)
hehe, jubah tu kot kak besar gedebak
saya 40kg aje time belajar dekat UiTM, sekarang aje yang besar...hehe
betul.... sangat setuju dengan entri ni... jangan sogokkan anak2 dengan hadiah yang mewah... sebaliknya hargai setiap pencapaiannya... :D
ReplyDeleteLike... like... like... entri ni...
hehe...comellah akak ni kata gitu =)
DeleteMmg betul tu, terima pemberian dgn ikhlas & menghargainya pun satu keberkatan juga... semoga terus berjaya... aamiin.. :)
ReplyDeletetulah kan saudara khir
Deleteyang penting keikhlasan, tu yang mahal =)
aminnnn =)
kak yana..assalamualaikum..selamat berkenalan..saya baca entri akak dari blog Tetamu Istimewa.
ReplyDeletewaalaikumsalan
Deleteselamat berkenalan, terima kasih singgah ye =)
Dari blog Tetamu Istimewa? hehe
Deletehehe...sungguhlah
Deletenape? tak pecaya ke? =)
mak bapak mana yang tak bangga kalau anak dapat kelulusan cemerlang kan..btw, saya pun ada dapat jam tangan hadiah PMR dari parents. sampai sekarang saya simpan elok2. sayang sangat nak pakai takut rosak...hehe
ReplyDeletetulah kan, diorang tumpang bangga dengan kejayaan anak-anak
Deleteyeke? samalah kita ye
bezanya saya dah pakai, dah rosak pun
cuma masih simpan sebab terlalu mahal nila sentimental pada jam tangan tu =)
Btl. Yg kecil lg bermakna drpd yg besar.
ReplyDeletebukan tu aje, keikhlasan pemberian tu yang mahal =)
DeleteEh eh samalah kita ex student utim la...
ReplyDeleteyeke? samalah kita! sep sikit!
Deletehadiah sempena kejayaan anak2 dlm exam mmg dibolehkan, tp jgn la dok bagi hadiah yang terlampau mewah cthnye cm kereta... bg zura biarlah anak2 belaja susah nk dptkn brg tu br la diorang hargai smp bila2...jeles plk anok cik ta free2 je dpt kete.. huhhuhu
ReplyDeleteye tu saya setuju sebab ianya merupakan satu dorongan
Deleteitu yang saya cuba sampaikan sebenarnya
hadiah mewah pula sebab mungkin dia mampu
cuma pada saya, bila dah terbiasa senang, kita tak reti susah
tu aje, saya punya pendapatlah =)
Ijazah ke Diploma tu YY....konfius mak....
ReplyDeleteHehe....lebih kurang jer awak dengan OKje YY... cuma mungkin bezanya OKje tak pernah dapat hadiah dpd mak abah ... sedar diri sebab result bukannya bagus sangat pun haha lagi pun org kampungkan mana ada hadiah hadian mcm sekarang ni... Budak sekarang mmg beruntungkan...
Diploma aje okje, time saya ni diploma dah start pakai topi
Deletesebelum tu degree aje...
merasa juga pakai topi tu okje...hehe
saya pun result tak bagus
tapi abah mak bagi juga something sebagai pendorong =)
Ibu bapa saya tidaklah juga menghadiahkan sesuatu yang luas biasa, tetapi melihatkan senyuman mereka tatkala saya mencapai sesuatu keputusan itulah hadiah paling istimewa saya kira untuk saya dan mereka.
ReplyDeletetulah kan cikgu
Deletesebenarnya hadiah ni perlu juga sebagai dorongan
tapi jangan dipandang pada nilai
pandang pada keikhlasan, tulah yang jadi dorongan =)
alhamdulillah... :)
ReplyDelete=)
Deletehadiah mahal atau murah tak penting yang penting moral support tue kan.. =D
ReplyDeleteyup betul! teramat setuju! =)
DeleteGalakan dan hadiah dari ibu bapa itulah yang sebenarnya menaikkan semangat anak-anak.
ReplyDeleteBeruntung mereka yang mempunyai ibubapa yang begitu memahami.
saya teramat setuju! sep sikit! =)
DeleteWalau xmeriah sgt tp asalkan afif dan kwn kwn seronokkan
ReplyDeletesalah entry nak komen ni kot..hehe
Delete