Santai Cara Kami (^_^)

11:45:00 pm Yana Yani 24 Comments

Petang tadi time nak ambil Afif dan Aisy dekat rumah Mak, Annur tanya kenapa aku tak publish new entry. Annur memang pembaca setia blog ni walau dia hanya selesa menjadi silent reader.

Sebenarnya aku berazam untuk menulis satu hari satu entry. Tapi disebabkan kekangan masa, aku memang tak berpeluang melunaskan azam walau idea sentiasa datang mencurah.

Ada banyak benda yang aku nak cerita, tapi entah bila boleh diceritakan. Nantilah.

------------------------------------

Hari ni aku nak cerita aktiviti yang kembali dilakukan oleh kami sekeluarga selepas kehadiran Si Putih. Apa lagi kalau bukan bersantai!

Bersantai cara aku sekeluarga mungkin tak sama dengan korang, tapi itulah aktiviti yang paling dinanti setiap hujung minggu! Keseronokkan yang sukar digambar (^_^)

Hari minggu baru ni aku anak beranak rasa excited bila Encik suami ajak kami keluar walau hakikatnya kami tak tahu ke mana hala tuju. Hehe!

Sebelum nak gerak keluar, sempat lagi berselfie dengan anak-anak. Hehe! Tapi nampak sangat yang aku terlebih excited. Hehe!


Encik suami bawa kami ke kawasan letak kereta di Stadium Shah Alam. Pelik juga apa hal dia bawa aku ke sini. Rupanya dia nak tengok macamana aku drive kereta.

Getar juga lutut bila dia tiba-tiba suruh aku drive. Lain entry aku akan ceritakan in details pasal ni ye.

Afif dengan Aisy dok pelik tengok aku drive sebab selama diorang hidup, memang baru ni lah diorang nampak aku memegang steering kereta.

Aisy siap sibuk nak ambil gambar, kononnyalah. "Nak bik abar" - Nak ambil gambar.


Lepas tu Encik suami bawa kami ke Aeon Bukit Raja. Dekat sini tak buat apa sangat pun, saja dok cuci mata. Baru perasan ada perubahan beberapa seksyen dekat sini, tapi selesa!


Afif dengan Aisy bukan main seronok dekat Molly Fantasy sampai dah tak ingat nak balik. Berapa kali aku ajak balik, diorang buat tak tahu aje! Sabar ajelah!

Mujur ada Encik suami. Dia senang aje, bila bahasa lembut tidak diendahkan maka bahasa kasar adalah jawapan kepada setiap persoalan.  

Disebabkan yang menarik diorang adalah big boss, menurut perintah aje diorang. Cuba kalau aku yang buat gitu, mau ada adegan berguling atas lantai Aeon tu


Pusing punya pusing, sampai pula dekat seksyen mainan. Dekat sini pun diorang susah nak balik. Mujur tak minta apa-apa. Mungkin sebab ajaran daripada kecil.

So diorang behave sikitlah.


Lepas dah penat keliling Aeon, kami pergi makan dekat restoran Mamak. Dah lama kami tak makan dekat restoran Mamak sebenarnya. 

Biasa kalau nak makan roti canai, pergi dekat Restoran Sri Has yang merupakan port favourite kitorang aje. Tapi entah apa mimpi Encik suami hari tu bawa kami ke situ pula.

Saja bertukar selera agaknya. 

Kalau tanya pendapat aku in term of rasa, lagi sedap Sri Has! Memang tak boleh challenge! Atau mungkin sebab dah terlalu biasa makan. Hehe!

Aku orderkan Afif roti tisu. Tak sangka dia suka. Siap pesan kalau pergi tempat yang sama, dia nak makan roti tisu lagi. Sedap katanya.


So begitulah cerita mengenai santai cara kami sekeluarga. 

Yang pasti besok cuti, yabba dabba doo! (^_^)

24 comments:

  1. Replies
    1. saya tak berapa suka sangat
      tapi afif suka sebab manis kan =)

      Delete
  2. santai yg sihat serta menggembirakan banyak pihak . bila difikir , mmg perlu membawa anak keluar dihujung minggu untuk dedahkan kpd mrk dunia luar . sekrg2nya mrk tak bosan dok umah jer . Salam Rejab .

    ReplyDelete
  3. Mmg santai.. apa pun roti tisu tu mmg sungguh menyelerakan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe
      bab roti tisu tu, saya tak berapa doyan
      tapi afif suka =)

      Delete
  4. memang seronok jalan2 kan sis?apatahlagi dengan sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betulkan kak
      apa sahaja aktiviti dengan keluarga memang seronok bagi saya =)

      Delete
  5. Hehe....okje kalau drive sebelah tu suami mmg tak suka.... rasa tak tenteram je hehe...
    Budak budak mmg cenggitu YY...kalau pusing AEON tu tempat mainan gak yg disinggahnya... sama jer mcm anak dara paling kecik kat rumah ni hehe
    Kenyang ke makan Roti Tisu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu lah pasalnya okje
      boleh pula dia tengok camne saya drive, mau tak getar lutut
      dengan cikgu tak ada pula gitu, dengan dia aje...hehe
      mujur dia kata okay

      bab kenyang tu tak berapa tahu, tapi memang habis dia makan orang =)

      Delete
  6. Salam ukhuwah Sis,

    Best ye jejalan sejak ada si putih ye... lepas tu boleh isi perut di kedai mamak.. sedap akak tengok roti tisu tu :)

    akak follow U #68 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhuwah, terima kasih follow ye =)

      hehe...anak saya suka sangat kak =)

      Delete
  7. Samalah macam siZarif..kalau dah pergi taman mainan ke...tempat mainan kat Aeon tu ke mmg susah nak ajak balek...
    Kalau ternampak mainan tunggang2 tu siap mintak syiling lagi nk masukkan sendiri...
    Nama pun budak2 kan...main jerlah yg mereka ingat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, betullah bunda
      pandai pula nak minta duit bila nak main dekat situ
      sekali sakala tak mengapa kot
      kalau selalu, koyak! hehe

      Delete
  8. Lama tak meronda ke AEON Bukit Raja tu... Itulah tempat melepak masa muda belia...hehe
    Besau sungguh roti tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. BM dulu dok klang ye, kat mana?
      saya pun selalu lepak aeon bukit raja tu
      sampai sekarang pun lepak lagi...hehe
      roti tisu tu memang gitu...hehe

      Delete
  9. Santai camni yang best, tapi tempat santai kami anak beranak kat belah Mutiara D'sara sini... Sesekali nanti jom santai sama2... ^__*
    Budak2 kalau nampak mainan, jenuh pujuk nak ajak balik...
    Afif, sedap yer roti tisu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak, memang lagi best sebab dapat menghabiskan masa
      dengan family! =)
      ha'a, boleh juga. tapi saya tak penah lepas ke sana =)
      hehe...biasalah kan kak, nama pun budak =)

      Delete
  10. Dulu pelik juga bagaimana roti tisu ni. Bila dah oder baru tahu bentuknya. Memang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tahu camne rupa dia time belajar dulu
      sebelum ni tak pernah kenal
      akak tak berapa suka, tapi jenuh nak habiskan =)

      Delete
  11. zura suka gak roti tisu tuh..ranggup dan tk muak..lemak2 manis sbb ada susu pekat kan...terliur plk

    ReplyDelete
  12. Sesekali keluar bersantai walau xde arah tujuan best jugak...anak anak.memg seronkkkan kalau dpt main kereta berlagu tuh...sy lpe llak ape nme die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang seronok sangat mimi
      yang penting bebudak suka!
      ha'a, saya tak tahu juga nama dia apa
      bebudak suka =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...