Kembali "Berkaki"! (^_^)
Sejak pemergian si Merah, kami anak-beranak susah nak bergerak ke mana-mana. Cuti hujung minggu pun banyak dihabiskan di rumah berbanding sebelumnya.Untuk kaki berjalan macam kami, situasi tu sukar.
Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Semua tu berubah awal bulan April hari tu. Si Putih pula muncul menggantikan si Merah yang telah sekian lama berbakti.
Alhamdulillah kami juga dapat meneruskan semula rutin yang telah lama tidak dilakukan. Semenjak kehadiran si Putih memang senyum sampai ke telinga! Hehe!
Malam minggu hari tu Encik suami bawa kami meronda! Perjalanan dimulakan dengan ke Giant Setia Alam. Saja cuti mata pun sebenarnya.
Satu yang menarik di Giant adalah taman permainan mereka adalah percuma berbanding tempat lain. Tak perlu aku melaburkan duit. Tu yang seronok! Hehe!
Tapi of course yang paling seronok adalah Afif dan Aisy.
Selepas tu kami ke Uptown Shah Alam. Pertama kali ke sini dengan si Putih. Lagipun Uptown Shah Alam bukan tempat asing bagi kami.
Memang biasa sangat ke sini walau hanya setakat "cuci mata"
Kami ke sini dengan makcik kesayangan Afif dan Aisy, Acu. Acu atau Anis adalah adik aku yang paling bongsu, berusia 12 tahun. UPSR tahun ni.
Ke mana aje kami pergi, Anis pasti diherat bersama. So bila dah berjalan sama, ramai yang ingat Anis anak aku. Even kalau ada yang bertanya, memang aku akan mengiakan aje. Hehe!
Sebelum menjelajah ke lebih 400 buah kedai di sini, kami mencari dulu sesuatu untuk dijadikan tenaga bagi menempuhi perjalanan "jauh"! Hehe!
Aisy pula beberapa kali mengetuk meja sambil kata, "Nak atan!" - Nak makan!
Sambil menunggu makanan yang diorder sampai, kami dihidangkan dengan otak-otak. Jujurnya kami suka sangat makan otak-otak. Boleh habis sebakul yang mengandungi sepuluh otak-otak.
Tapi Afif takut-takut nak makan. Dia panggil otak-otak tu, ikan busuk. Ni semua gara-gara dia di masukkan wad disebabkan scarlet fever tahun lepas.
Kalau rajin, singgahlah baca pengalaman Afif di hospital melalui Part I, Part II, Part III dan Part IV
Tapi bila dia tengok kami semua makan, dia makan juga walau mengambil masa yang cukup lama untuk menghabiskan otak-otak tu.
Bila makan yang diorder dah tiba, Aisy adalah orang yang paling berselera! Suka betul bila tengok dia makan. Boleh ganti Maria Tunku Sabri jadi hos JJCM. Hehe!
Lepas dah kekenyangan, sempat lagi berselfie (^_^)
Lepas tu baru kami meronda di sekitar Uptown Shah Alam ni. Jenuh juga nak keliling kesemua kedai, tapi digagahkan juga.
Afif dengan Aisy dok pow aku beli cermin mata hitam. Layankan ajelah. Bukan selalu kehendak diorang dipenuhi. Biasa aku cakap no no aje! Hehe!
Tengoklah tu, siap bergaya masing-masing dengan cermin mata hitam! Hehe! Kalah Papa diorang yang sememangnya penggemar cermin mata hitam.
Penuh koleksi cermin mata hitam Encik suami dekat rumah!
Time ni pula si Afif dengan Aisy tengah pandang dengan penuh minat patung tentera yang ada di salah sebuah kedai di situ. Lama diorang dekat sini sebab menunggu Encik suami beli sticker.
Encik suami tengah dok pilih sticker untuk bini nombor dua dia. Habis setiap jenis sticker yang ada dekat kedai tu dia belek. Berpeluh dok menunggu dia shopping.
Tu lah dia bila dapat orang lelaki shopping. Hehe!
Anak dara aku pun tak kurang hebatnya bab shopping ni. Sikit masa lagi kalau dah pandai minta, mau pitam Mama dengan Papa. Hehe!
Sekarang ni pun bila dipakaikan baju atau kasut yang dia tak berkenan, dia akan kata tak best!
Setelah beberapa ketika di sini, kami berangkat pulang. Lagipun masing-masing dah kepenatan sebab dok keliling Uptown ni. Fuhhh! Hilang lemak! Hehe!
Anyway dapatlah juga beli beberapa helai baju dan seluar untuk Afif dan Aisy.
Dekat sini nak kata murah pun tak juga, nak kata mahal pun tak juga. Dia dekat tengah-tengah! Yang pasti memang rambang mata dengan pelbagai pilihan barangan.
Dari haiwan peliharaan sehingga ke aksesori kereta, semua ada di sini! Pendek kata, macam-macam ada. Kena rajin berjalan aje!
Jom singgah ke Uptown Shah Alam!
klu saya tak larat ... lenguh kaki weh ... enjoy semuanya nampaknya .
ReplyDeletekalau dah kaki berjalan
Deletelenguh kaki pun diabaikan aje..hehe
alhamdulillah, dh ada kereta semula dh korang..pasni sakan berjalan la... mmg org kaki berjln kalau tkde transport trus rs cm patah kaki kan...
ReplyDeletezura dh lama tk merayap kt mana2 downtown, padahal ada dua downtown dkt ngn umah..satu kt dpn the mines, satu lg dkt hukm cheras tuh... tujuan utama gi downtown biasanyer nk mkn stimbot tepi jalan tu jerk..
tulah zura, rezeki anak-anak
Deletealhamdulillah, syukur =)
hehe...memang sakan berjalan zura wei...
Amboi sakan berjalan noo..hehehe - farah pn sama kalau otak2 ada depan mata sebakul pn boleh habis..=D
ReplyDeletehehe...memang farah wei
Deletebila dah berkaki semula, macam nilah jadinya...hehe
kan, sedap pada saya otak-otak ni =)
assalam...maaf la lama akak tak singgah,bizi sangat2 skrg nih, uptown shah alam, hari2 akak lalu pegi keje balik keje, tp pernah pegi sekali dua je..hehehe
ReplyDeletewalaikumsalam wbt kak
Deletetak apalah kak, faham kesibukan akak tu
saya kerap jugak kak wei, dah kata kaki berjalan kan =)
balas dendam bila terpaksa bertabah dok kat rumah.. tahniahlah dengan kehadian si putih.. ;)
ReplyDeletepsstt: awak dok mana ek.. kite dok area Meru.. ;)
lebih kurang gitulah...hehe
Deleteterima kasih, rezeki anak-anak tu
syukur alhamdulillah
saya dok dekat klang utama
dekat sangat dengan meru tu =)
Wahh betul2 jln ni.. alhamdulillah.. mmg seronok jln2 sekeluarga mcm tu kan.. penat pun berbaloi sgt2.. :)
ReplyDeleteitu saya memang setuju!
Deletebila dapat menghabiskan masa dengan keluarga memang priceless
seronok sangat kan =)
Anak-anak semakin membesar.
ReplyDeletetulah, cepat betul masa berlalu =)
Deleteehem..bila nak snap gambar si 'putih' ni?theheh.best jalan² kan sis?
ReplyDeletehehe...seganlah kak =)
DeleteMacam bawang putih bawang merah lak ye sis?
Deletehehe...ada-ada aje akak ni tau
Deletetapi yelah kan, saya pun tak terfikir =)
Nih betul betul pnya jalan bila dh dpt kaki
ReplyDeletehehe...nampak gayanya gitulah =)
Deletebest sesekali berjalan bawa anak-anak.. syukurlah sudah ada si putih menggantikan si merah..
ReplyDeletememang seronok aiza
Deletesyukur alhamdulillah adanya si putih
yang penting dapat menghabiskan masa dengan yang tersayang =)
Kembali berkaki... hehe
ReplyDeleteDah lama juga K nrl tak pegi uptown , kalau yang dekat ngan k nrl kat sini Uptown DKota, Kota Dsara... ^__^
hehe...tu yang seronok kak nurul
Deletesaya boleh kata kerap ke situ
uptown damansara tak p lagi =)
Comel tengok gelagat anak-anak akak.
ReplyDeletebudak kecil memang biasa comel cikgu =)
Delete