Oh, Baru Tahu! (^_^)

11:41:00 pm Yana Yani 26 Comments

Selama ni urusan berkaitan pembelian rumah memang aku tak begitu ambil tahu sebab aku tahu ada orang yang akan menguruskan segalanya a.k.a Encik suami

Hanya selepas membaca perincian dalam Blog Mrs Secretary mengenai tips yang pelu dilakukan selepas menerima kunci daripada pemaju, barulah aku sibuk nak ambil tahu.

Time tu juga baru aku dok sibuk mencari perjanjian jualbeli yang selama ni aku baca tapi sekali lalu tanpa begitu memahami isu kandungan perjanjian tersebut.

Baru juga perasaan yang kami dah menandatangi perjanjian tersebut lebih daripada dua tahun. Time tu lah baru aku dok kelam kabut beritahu Encik suami.

"Eh sayang, rumah kita ni kita dah tandatangan lebih dari dua tahun. Sepatutnya kita dapat rumah dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kita tandatangan S&P" jelas aku panjang lebar.

"Ni bukan S&P lah!" kata Encik suami pada aku.

"Habis kalau dah bukan S&P, ni menatang apa pula?" tanya aku sambil membuka setiap helaian yang ada dalam S&P.

"Ni kan perjanjian jualbeli, bukan S&P" kata dia lagi.

"S&P tu maksud dia, sales and purchase lah. Jualbeli dalam English apa sayang?" tanya aku lagi dengan senyum kambing.

Lepas tu masing-masing dok gelak. Hehe! 


Sekiranya pihak pemaju gagal menyerahkan kunci dalam tempoh dua tahun dari tarikh perjanjian dibuat, maka kita sebagai pembeli berhak menuntut gantirugi di atas kelewatan tu.

So macamana nak buat calculation untuk kes macam ni? Senang aje.

Dalam perjanjian tu disebutkan yang pemaju akan memberi 10% setahun dari harga beli dan dari tarikh perjanjian ditandatangani.

Contohnya harga rumah adalah RM100k, dibahagikan dengan 10%, maka untuk setahun pembeli akan memperolehi RM10k. Jumlah ni lah yang akan dibahagikan mengikut bulan dan hari.

Faham?

Sediakan satu surat rasmi yang mengandungi butir diri, harga beli rumah dan juga tarikh perjanjian S&P ditandatangani. Serahkan surat tuntutan tersebut kepada pemaju.

Surat dekat bawah ni adalah contoh yang aku perolehi daripada pemaju. Boleh digunakan sebagai guidelines sekiranya ada dikalangan pembaca mempunyai masalah yang sama.


Lepas dah dapat kunci, kita kena pastikan bahawa rumah tu tiada sebarang kecacatan dan paling penting menepati spesifikasi yang terkandung dalam S&P.

Macam dalam kes aku, kecacatan paling ketara adalah kebocoran pada siling yang mencacatkan struktur dinding dapur dan bilik ke dua.


 Oh ya, jangan buat sebarang kerja ubahsuai pada waktu ni kerana pemaju tidak akan bertanggungjawab ke atas apa sahaja kerosakan pada struktur rumah walaupun masih dalam tempoh jaminan.

Jaminan penyelenggaraan biasanya diberikan selama dua tahun.

Isikan borang aduan kerosakan atau kecacatan dan hantar kepada pemaju untuk tindakan selanjutnya. Pemaju diberikan masa selama 30 hari untuk memperbetulkan sebarang kecacatan.


Tapi sekiranya pemaju gagal memperbetulkan kecacatan dalam tempoh tersebut, pembeli berhak memperbaiki dan memperbetulkan kecacatan itu sendiri.

Pembeli boleh claim atau memotong apa-apa kos tertunggak daripada pihak pemaju.

So diharapkan korang semua mendapat manfaat dari entry aku kali ni. Sekarang aku nak kena pergi sambung isi borang aduan kerosakan yang aku tinggalkan tadi.

Kang kena nagging. Hehe!

26 comments:

  1. macam-macam hal ek, sabar je lah.. report dengan segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tulah mama
      dulu tak berapa nak ambil tahu, sekarang aje
      memang nak buat report pun ni =)

      Delete
  2. OKje dalam bab bab gitu pun malas nak ambik tahu YY...Kita serahkan pada yg pakar hehe...
    Bila boleh masuk rumah baru ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tapi kena ambil tahu juga okje kan
      tak tahu lagi okje, tengah nak settle kecacatan tu dulu
      paling cepat lepas raya kot =)

      Delete
  3. tu le yana kadang2 kite lupe bahasa melayu punye term sbb dok sebut2 english punye term kan heheheeheh....

    hope urusan yana dipermudahkan yeak...cek defect tu betul2...tu yg paling penting skrang...kire square feet tu betul2...kawan lieya die kire square feet umah tak cukup, pemaju kene bayarkat die dlm 100k...percaye tak? haa tu le kisah sebenar.... kadang2 pemaju ni byk auta nye....antara kite tau dan tak tau jek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah lieya kan

      amin lieya, terima kasih untuk peringatan tu
      memang akan check betul-betul
      wah 100k tu, jadi OKB jab lah ye
      tu baru tahu tu, kena bagitahu encik suami pasal ni =)

      Delete
  4. perkara sebegini memang perlu ambil tahu agar tiada pihak yang ambil kesempatan..walhal perjanjian dengan bank pon (loan). setiap bank tak sama kan..
    jiran saya rumah kena lelong..macam2 faktor penyebabnya & tidak logik pon ada..peguam juga tidak dapat membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tapi saya rasa lebih kepada semua perjanjian dgn bank dalam bahasa inggeris
      itu mungkin penyebab ramai yang tak begitu ambil tahu
      kerana kurang faham

      Delete
  5. Hak kita sebagai pembeli...perlu tahu, jika tidak...senang2 jer pemaju ambil kesempatan. Sebab tu S&P tu kena difahami bukannya main sain jer. Sekarang dah tau...lakukan apa yg sewajarnya. Biar berpayah dan cerewet tetapi menguntungkan kita. Pemaju tu dah kaya raya pun... :)
    Masa untuk menuntut hak kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, saya baru tahu sebenarnya BM
      sebelum tak begitu nak ambil tahu kerana kurang minat
      sekarang terpaksa minat sebab ianya melibatkan hak saya
      itulah yang saya dan encik suami sedang lakukan sekarang, menjadi secerewet mungkin! =)

      Delete
  6. Mmg kana teliti dlm urusan pembelian rumah ni.. bukan boleh beli hari2 mcm roti canai. Nak duduk lama biar berbaloi, silap2 jadi harta pusaka & klu nak jual pun nnti, adalah untungnya.. klu pemaju kata kita fussy pun biar je, kita yg nak duduk lama, bukan pemaju..
    Apa pun, congratulations & all the best buat Yana sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kurang arif sebenarnya saudara khir
      beli rumah dulu ni pun main beli aje tanpa melakukan penyelidikan
      tapi ianya menjadi pengajaran berharga yang boleh diperturunkan
      terima kasih ye saudara khir =)

      Delete
  7. baru kathy tahu ni sis..so,kita sebagai pengguna kena sentiasa alert kan sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru juga tahu ka
      ianya sebagai pembeli memang kena alert
      tapi tulah kan, kadang terlepas pandang =)

      Delete
  8. Kena rajin2 bc. Kalau x mmg x tau apa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, bezanya saya dulu tak nak ambil tahu
      hehe

      Delete
  9. Hehehr...sy pun bru tahu...thanks share tp dh lama duk umah sndri...in shaa Allah lpas nih kalo beli rumah lg bileh dijadikan panduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kalau tak kerana apa yang terjadi'
      saya pun tak akan tahu..hehe
      pengetahuan am ni =)

      Delete
  10. moral of the story kena bwk wat rujukan kat internet la kan supaya blh tmbhkn pengetahuan kita..kdg2 dh tau tp asek lupa jerkk.. hahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu memang betul zura!
      tahu tapi lupa atau lebih tepat tak berapa kisah...hehe

      Delete
  11. Saya pun kena ambik tahu juga, mana tahu lepas ni nak beli rumah kan. Terima kasih kak atas perkongsian ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikgu memang kena ambil tahu
      boleh jadi guideline bila dah memiliki rumah sendiri nanti

      Delete
  12. Wah 10% banyak jugak tue.. cepat2 claim okey.. duit tue nanti boleh jugak cover benda2 lain.. nak masuk rumah baru nie banyak pakai duit tau.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, banyak dapatnya! hehe
      betullah farah, memang banyak nak kena pakai duit
      semua benda macam nak kena beli =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...