Aisy: Lelaki Ke? (^_^)

4:19:00 pm Yana Yani 29 Comments

Dayana Hanna Aisy dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433 di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sejak lahir ramai yang mengganggap Aisy adalah seorang bayi lelaki. Ada sekali tu seorang makcik ni tanya, "Lelaki ye?" sambil memegang jemari Aisy yang dalam pangkuan aku.

Padahal Aisy memakai gaun masa tu.

Tang mana entah yang lelakinya. Mungkin kerana bentuk muka atau nama Aisy itu sendiri yang biasanya digunakan untuk anak lelaki. Atau mungkin perwatakan?

Bertambah parah sebab kebelakangan ni pula aku banyak sarungkan dia baju lama abang dia. Nak tunggu rezeki beranak kecil lagi, entah bila.

Daripada baju tu rosak macam tu aje, baik diperturunkan.

Aisy tak suka sebab dia boleh kenal baju dia atau baju Afif. Satu rumah dia akan lari kalau aku nak sarungkan baju abang dia. Tak best kata dia. Hehe!

Tapi aku tetap sarungkan walau dia meronta tak mahu. Hehe! Kejam sungguh!


Mungkin dari segi perwatakan dia seperti lelaki, tapi Aisy tetap seperti kanak-kanak perempuan yang lain yang cukup suka mengganggu barang dapur Mama.

Malam tadi ketika dok sibuk menyediakan makan malam, aku kehilangan bakul yang mengandungi bawang. Memang dalam rumah ni, sorang aje yang dok suka bawa lari bakul tu.

Tetap sangkaan aku! Dia tengah seronok dok main masak-masak!


Jenuh memujuk dia memulangkan kembali bakul tu, aku minta satu pun dia tak bagi. Aku nak beli baru dia bagi aku beberapa biji bawang. Bertuah!

Disamping tu, Aisy mempunyai sifat keprihatainan yang tinggi sama seperti budak perempuan yang lain. Kebetulan malam tadi Afif demam panas, dia yang menjaga.

Kepala Afif dipicit bersama dengan tuala basah sehingga Afif tertidur. Sweet sangat dok tengok dia macam tu. Padahal aku tak suruh pun.

Kembang hidung dia bila aku memuji perlakuan dia. Siapa tak suka kena puji kan? Budak-budak pun suka dan ianya buat mereka rasa dihargai.


Yang pasti aku kena memujuk Encik suami supaya tidak lagi memotong pendek rambut anak dia. Kena biarkan panjang. Kalau tak, mau sampai ke besar orang confuse dengan jantina dia.

Last but not least, Dayana Hanna Aisy akan selamanya menjadi anak perempuan Mama (^_^)

P/S - Kelas pertama latihan pemanduan berjalan dengan lancar! Tak sangka aku boleh memandu kereta. Hehe! Bangga kejab (^_^)

29 comments:

  1. kena simpan rambut panjang baru org x confuse dah. asben saya pulak.. memang tak bagi potong rambut anak saya.. suruh simpan panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami saya susahlah cik lekit
      dia tak suka tengok rambut buda tu serabai
      asiy tak suka diikat rambut dia, kena bagi panjang juga ni

      Delete
  2. Hehe....alah budak pompuan kalau rambut pendik mmg nampak mcm lelaki.... tp kalau masih rajin main bawang tu tak yah risaulah YY hehe....
    Siannya abang...gitulah bang jadi budak kecik nak besar...makan ubat ikut time yeh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami saya punya citelah ni okje
      saya dah kata jangan potong pendek, dia buat juga
      dia kata rimas dok tengok rambut aisy serabai

      pagi ni nampak dah okay dah si abang
      ubat memang bagi on time

      Delete
  3. panjangkan rambut tu satu cara yg plg tepat . jadimorg tak kata aisy lelaki ... geram lak baca keletah aisy . insha Allah , mudah jer memandu kereta sendiri nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kan...
      terima kasih, tapi tadi semalam rasa seronok keta boleh bergerak...hehe

      Delete
  4. gelagat aisy saling tak tumpah alia...masa kathy sakit semalam,terkejut juga sebab dia tiba2 letak saputangan basah kat dahi kathy,terharu di buatnya.siap picit2 lagi tu..tahniah sis sebab dah berjaya di kelas latihan pertama..all the best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang agaknya dah paham berdasarkan contoh
      yang kita sendiri buat
      so sekarang dia mengulang balik aje apa yang dia Nampak

      happy sangat kak boleh drive padalah tak penah sebelum ni

      Delete
    2. Alhamdullillah..nampaknya semua berita baik utk sis kebelakangan ni..

      Delete
    3. alhamdulillah kak, rezeki ALLAH untuk saya sekeluarga =)

      Delete
  5. alahai, comelnya gambar-gambar dalam ni...

    ReplyDelete
  6. Alolo comeynya tgk aisy jaga abg dia.. lepas nie simpan rambut aisy bg panjang2 k..mesti comel nnti.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah farah kan, nampak sweet dia buat gitu
      memang kena bagi rambut panjang lepas ni

      Delete
  7. Anak anak sy kalo gntung rmbut pendek memg mcm laki2...to skang dh nmpk perempuan sbb rmbut pnjg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, saya rasa memang rambut jugalah

      Delete
  8. Comel... budak2 masa kecik mmg bnyk yg org konfius. Bila dah besar sikit, baru nmpak beza kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besar memanglah en khir, banyak sangat perubahan =)

      Delete
  9. Aisy anak k nrl yang lelaki... time tu list 3 nama, suh en suami pilih, dan yang berkenan dihatinya Muhammad Aisy Hafiy... orang sekeliling panggil dia dengan nama Aisy, kalau kat rumah gelar Acik je... Dayana Hanna Aisy... sedappp nama tu... tapi mmg kalau budak2 kecik, kadang orang tak perasan jantina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kak, saya bagi nama tu sebab
      teringat cite ustazah yang nama aisy tu adalah gelaran manja
      rasulullah pada aisyah
      tu yang saya bagi nama aisy, tapi saya panggil dia aisyah =)

      Delete
  10. mungkin kecik lagi nampak cm lelaki sikit..tunggu dh besar sikit, ada la perubahan muka dia...tp zura suka tgk mata dia, comey jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga kan zura kan
      tapi hati kuat kata sebab style rambut dia tu
      mata ye comel, cam mama dia kot...hehe

      Delete
  11. Tapi, masa kecil begini tak kisah kot. Bila dah besar sikit, simpanlah rambut panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab sebenarnya dia tak mahu diikat rambut
      papa dia tak suka tengok
      tu yang potong pendek
      ni memang dah aim nak bagi panjang rambut dia =)

      Delete
  12. Sy tgh preggy..teringin nama aisy..scan npk baby girl..ok kan maksud aisy untuk baby girl??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tahniah
      ok aje maksud dia, pada sayalah =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...