Kita Merancang, ALLAH tentukan (^_^)
Biasa kalau balik berjalan jauh memang stok kain baju kotor tinggi menggunung. Pagi Ahad memang aku bertungkus lumus membersihkan kain baju.Mujur juga dah kurang sebab Encik suami dah clearkan stok sebelum ni. Hehe!
Tengahari kami ke majlis perkahwinan anak colleague Encik suami. Belum pencen dah dapat menantu. Untung kahwin awal macam ni lah kan.
Aku pun siap membayangkan diri aku pada usia 45 tahun nanti mungkin dah ada menantu sebab time tu Afif dah 20 tahun. Hehe! Sempat berangan.
Tapi yelah, semua tu kuasa ALLAH.
Anyway Afif dan Aisy memang dah permanent jadi model dekat blog aku ni. Tak payah suruh posing, nampak aje kamera diorang dah tahu nak buat apa. Hehe!
Itulah penangan kalau Mama diorang blogger! Hehe!
Aku pun memang seronok aje snap gambar budak dua beradik ni. Sepuluh tahun dulu tak pernah jangka kehadiran diorang yang akan menyinarkan kehidupan aku.
Pejam celik masa berlalu, diorang dah jadi bahan untuk aku ceritakan di blog aku ni. Dalam 20 tahun akan datang pula, siapa tahu aku akan merakamkan majlis perkahwinan diorang pula kan? Hehe!
Kita merancang, tapi semua tu kuasa ALLAH! (^_^)
Lepas dah kekenyangan, kami berangkat pulang. Afif orang paling seronok sebab dia dapat banyak ole-ole daripada pengantin yang juga merupakan colleague Papa dia.
Bunga mangar tu pula kerja aku yang memang akan bersusah payah terjongkat-jongkit nak capai bunga mangar untuk Afif dan Aisy tiap kali ke rumah pengantin.
Suka tengok diorang main bunga mangar, teringat zaman kecil-kecil. Hehe! Siapa tahu satu masa nanti, aku bagi pada cucu aku pula kan? Dapat ke aku tengok rupa cucu aku?
Emm, semua tu kuasa ALLAH!
Lepas ke rumah pengantin, destinasi seterusnya adalah rumah Mak Abah Encik suami yang terletak di kampung bersebelahan.
Afif masih lagi insan yang paling seronok sebab dia kata nak main dengan sepupu dia, Rayyan Zulkarnain yang sebaya Aisy.
Bila dah berjumpa, memang terjadilah pakatan sulit!
Si Rayyan ni dulu tak berapa nak bercakap dengan aku. Kebelakangan ni aku baru perasan betapa riuhnya mulut dia yang akan bercerita apa aje dengan aku.
Cuma tinggal aku nak faham dengan tak aje sebab dia pelat. Nak kena dengar betul-betul, sama macam Aisy. Kadang aku main, ha'a aje walau tak faham. Hehe!
Besok dia dah besar, nak tak dia bercakap dengan aku macam sekarang ni?
Anyway aku sebenarnya tak berapa faham apa motif diorang dok kumpul bunga kertas tu atas jalanraya. Aku perhati aje apa yang diorang buat.
Lagipun diorang main tu atas jalanraya walau jarang ada kenderaan lalu lalang. Perlu juga diperhati. Manalah tahukan sebab malang datang tak berbau.
Lepas dah seketika, barulah jelas dan terang apa yang diorang cuba lakukan.
Rupa-rupanya diorang main baling-baling bunga kertas tu. Dengarlah riuh rendah ketawa diorang bertiga main benda tu. Sampai dengan aku sekali diorang baling bunga tu.
Aku pun balas balik! Seronok juga bila join bebudak main. Hehe!
Punya seronok aku main dengan bebudak tu sampai tak perasan pokok bunga kertas jadi gondol dikerjakan budak bertiga ni.
Ayo! Siapa nak jawab tu?
Time dok main dengan diorang tu aku terfikir juga, kemesraan diorang bertiga yang mempunyai hubungan darah ni akan berkekalan tak?
Lepas tu terfikir, siapa yang akan kahwin dulu? Siapa yang bakal jadi doktor? Berapa lama mereka akan dipinjamkan pada aku? Boleh ke aku tengok senyuman yang serupa lain kali?
Macam-macam lagilah soalan yang timbul. Yang pasti aku tak temui jawapan.
Aku sedia maklum esok belum tentu ada untuk kita semua. Kita hanya merancang dan selebihnya adalah kerja ALLAH. DIA yang menentukan segalanya.
Peringatan buat diri sendiri, ALLAH MAHA MENGETAHUI!
Perancangan Allah mengatasi perancangan kita.
ReplyDeleteye betul tu, saya setuju
Deletenampak mesra je mereka bertiga bermain.. masa hadapan mereka kita tidak tahu bagaimana..
ReplyDeletekita merancang dan berusaha yang terbaik, Allah juga yang menentukan segalanya.. masa hadapan hanya Allah sahaja yang tahu..
hehe, time kecil memang semua rapat dengan sepupu
Deletesaya dulu begitu juga, sekarang terasa pelik
ye betul aiza, semua tu ditangan ALLAH
Kepada Allah jua segala ketentuan.. apa yg kita hanya perlu lakukan adalah merancang apa yg termampu & usahakan dgn DUIT.. hehee -
ReplyDeleteDoa, Usaha, Ikhtiar & Tawakkal = (D.U.I.T) hanya kpd Allah swt..
ingatkan duit apa tadi..hehe
Deleteoooo gitu ye, baru faham
cantik betul mate aisy...suke tgk....
ReplyDeletehahaahah main renjis2 dipilis plak ngan bunga kertas tu.....dulu lieya suke buat main masak2...
cantik cam mama dia kan? hehe
Deletedulu time kecik-kecik saya pun gitu =)
anak-anak makin membesar..semoga depa membesar menjadi rakyat yang berguna kepada nusa dan bangsa. Amin,insyallah.
ReplyDeleteamin MKL! itulah harapan saya sebagai seorang mama
DeleteBunda, June ni dah 55 tahun... July ini anak sulung bunda dah 32 tahun ... yang bungsu dah 22 tahun.. semuanya empat orang..sorang pun tak kahwin lagi...orang lain sebaya bunda dah lima enam orang dah cucu...
ReplyDeleteRezki, jodoh dan maut telah di tentukan Nya sejak kita di serukan roh dalam kandungan ibu kita lagi...kita merancang, Allah juga merancang...tetapi perancangan Allah itu mengatasi segalanya...cuma kita mampu berdoa dan berusaha..
wallahu'alam
betullah bunda, memang kita sebagai hamba boleh merancang
Deleteselebihnya ALLAH tentukan
anak sulung bunda tua setahun daripada saya
eh bunda, saya ada adik yang single lagi, nak tak berbiras? hehe
berdoa yang baik dan jaga kesihatan kita sis agar dapat melihat anak² membesar..inshaAllah..(kathy ni dalam usaha menurunkan berat badan ke saiz ideal dengan ketinggian..maklumlah orangnya 'rendah' ...hehehe..)
ReplyDeleteamin! saya juga mengharapkan begitu
Deleteeh yeke akak rendah, nampak cam tinggi aje
apapun semoga misi berjaya ye =)
Dari awal entry sampai ke sudah berangan nak jadi nenek hehe ....semuanya gara gara gi kerja kawen anak kawan husband.....
ReplyDeleteYelah tukan YY,.... kalau boleh kita nak apa yg kita rancang nanti dapat kita lalui....tapi semua tu kerja Allah yg tak tercapai dek akal kita yg lemah ini....
Sok sok kalau Afif ke Aisy kawen...jangan lupa jemput pulak hehe
hehe...itulah pasalnya okje!
Deleteada perasaan teringin nak tengok menantu, nak tengok cucu
kalau boleh cicit dan piut pun nak tengok!
tapi yelah kan, semua tu ketentuan ALLAH
Bersyukurlah kerana dapat merasa pemberian nikmat anugerah Allah yang paling berharga ini. Menjaga dan mendidik mereka sedari kecil dan insyaallah sehingga ke akhir usia... Semoga mereka membesar menjadi insan yang berjaya, berguna dan berilmu. Menghormati orang tua dan terus mengekalkan jalinan ikatan sesama saudara.
ReplyDeleteWalaupun Allah yang Maha Mengetahui dan menentukan tapi dengan usaha kita juga mencorakkan masa depan mereka...
syahdu baca komen BM ni, rasa nak menangis pula
Deletealhamdulillah, memang saya bersyukur sangat ada zuriat sendiri sebab
satu masa dulu ada beberapa orang doktor pernah kata saya mungkin tak akan
ada anak sendiri, tapi yelah kan kuasa ALLAH
Semoga mereka semua membesar menjadi org berguna nanti.. Insyaallah Allah sentiasa mendengar doa kita utk anak2..=D
ReplyDeleteitulah farah harapan setiap ibubapa dekat dunia ni termasuk saya
Deleteye saya yakin tu, ALLAH mendengar!
Beruntunglah kalau sesiapa kahwin muda ya. Moga-moga bila kita dah tua nanti, anak dah besar..hemmm. jadi, saya kena cepat-cepat kahwinlah ni ya.
ReplyDeletejodoh sebenarnya cikgu, semua tu rahsia ALLAH
Deletecepat jodoh cikgu, cepatlah cikgu kahwin
meh akak kenalkan dengan adik akak...hehe
Memang sebolehnya kita nak semua anak2 kita berjaya capai cita2 yang diidamkan depan mata kita, akan berkahwin & beranak, punya family bahagia satu hari nanti... tapi kita hanya mampu merancang, hanya DIA yang mengetahui...
ReplyDelete^__^
betul tu kak nurul, memang normal unruk setiap manusia
Deletemempunyai pengharapan gitu
tapi yelah, semua tu kuasa ALLAH
kita tak tahu berapa lama kehidupan ni dipinjamkan kepada kita kan
Sape lg nk jd model blig kita kan kalo bkn ank ank
ReplyDeleteitu memang betul! hehe!
Delete