Lenggang Lenggang Kangkung (^_^)
Anak dara aku, Dayana Hanna Aisy mempunyai perwatakan yang berbeza daripada Abang dia. Dia seorang cukup suka explorer benda baru.Pada usia 2 tahun 3 bulan dan 1 hari ni, dia masih belum memahami perkataan JANGAN. Sebab tu agak sukar mendidik dia in term of bahaya dan sebagainya.
Malahan dia juga tak kenal erti serik! Dia tetap akan mengulang benda yang sama. In the end aku dah penat bising, aku hanya memerhati dari jauh.
Cuma kalau dah namanya perempuan, dia tetap mempunyai sifat kelembutan walau agak sukar dilihat. Tiap kali aku kelam kabut dekat dapur, dia adalah orang paling setia meneman.
Bila dia dok tengok kopek kulit bawang atau potong sayur, dia mesti kata, "Nak yong!" - Nak tolong.
Dalam kes macam ni aku tak pernah kata tak boleh. Aku tak nak tiba masa diorang kena tolong, diorang tak mahu tolong. So most of the times aku biar.
Aku tunjuk mana yang boleh dipotong dan mana yang tak. Dia pula hanya setia mendengar time ni!
Macam baru ni ketika aku sibuk memotong sayur kangkung untuk hidangan makan malam, dia sibuk nak menolong. Aku berikan bahagian yang aku tak mahu pada dia.
Excited dia bila aku bagi dia menolong. Untuk menarik minat dia, aku menyanyi lagu lenggang kangkung dan dia mengikut dalam versi dia.
Janji dia tak kacau bahagian aku!
Nampak tak kesungguhan dia memotong sayur kangkung tu? Dia kata dia tengah, "acak mak" - masak lemak. Hehe! Ada-ada aje kau ni Aisy!
Dan ianya berakhir dengan aku berjaya menghidangkan makan malam yang lazat dan Aisy berjaya menyepahkan dapur! Yeah!
It is a win-win situation kan? Hehe!
Aku rasa besok besar Aisy bakal jadi tukang masak terhebat macam Mama dia! Hehe!
---------------------------------------
Besok lepas sembahyang Jumaat aku sekeluarga termasuk Mak dan Abah aku akan bergerak ke Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
Perjalanan dari bandar Klang ke Kampung Temperah mengambil masa sekurang-kurangnya empat jam perjalanan! Kami akan balik ke Klang pada keesokkan harinya, Sabtu.
Doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat, ye.
Ini juga adalah kali pertama kami menggunakan si Putih setelah pemergian si Merah untuk perjalanan jauh ni. So be nice ye Putih!
Panjang umur kita berjumpa lagi di lain entry. At the meantime, rasa tak sabar nak jumpa Atuk! Atuk, tunggu Kak Long Yana and the gang balik! (^_^)
P/S - Tadi ada client dari Perancis telefon office aku, bos kecil tak dapat nak pronounce nama dia. Nama mamat Perancis tu Tanguy Le Baud. Tapi bos kecil aku sebut, donkey lembu!
Adeh, letih aku ketawa!
Wahhh seronok je Aisy hehee... semoga dilancarkan perjalanan & selamat semuanya... aamiin.. :)
ReplyDeletememang seronoklah en khir, seronok menyempahkan dapur =)
Deleteterima kasih, alhamdulillah selamt pergi dan balik =)
Lenggang sungguh ye
ReplyDeletehehe..memang lenggang =)
DeleteBagus....pendekatan kat Aisy tu dah bagus dah tu...senang, sok darjah 1 dah pandai masak hehe....
ReplyDeleteKeta baru dah sampai yeh...wah best le mcm ni....laju le mcm kuda kepang atenya hehe
hehe, tulah pasalnya okje sebab saya belajar dari pengalaman orang lain
Deletetak pernah dia bagi anak ke dapur, anak nak menolong pun tak bagi
bila dah tua, anak dah tak mahu menolong
mati-mati sibuk sorang-sorang dekat dapur
hehe...okje sorang aje perasan bab ni
memang laju dan kembang hidung jab! hehe
rajin nye dia temankan ibu nya... ..pstt: klik2 sikit ads lenovo utk sis.. ^_^
ReplyDeletehehe...anak dara kan, memang sikit sebanyak gitulah =)
Deleteyeke, alhamdulillah terima kasih ye =)
pandai dia tolong mak dia masak yer... anak saya bab2 dapur kurang minat dia nak ganggu.. sekali sekala tu ada la. dia lebih suka menyepah rumah & melasak ikut suka
ReplyDeletelain budak lain perangai cik lekit
Deletetapi anak-anak saya memang suka kacau barang dapur saya
tak tahulah pasal apa
Bukan sekadar kanak-kanak, orang dewasa pun kadang-kadang tak akur dengan perkataan JANGAN.
ReplyDeletebetul juga cikgu ye
Deleteemm, menarik juga ni boleh jadi idea untuk entru seterusnya =)
hehehehe..serupa macam alia..kathy kadang² bengang juga dengan alia sebab hobi 'nak tolong' dia tu..semoag selamat pergi dan balik sis..jumpa lagi di next entri..
ReplyDeletebudak perempuan kan kak, sikit sebanyak memang ke dapur juga..hehe
Deletetak apa, senang besok dia dah besar
alhamdulillah kami selamat pergi dan balik =)
Anak anak pun kalau sy kt dapur sibuk tny ummi watpe tuh...pastu siap suh dudukkan diorg atas kabinet dapur nak tgk apa sy buat...mse tuh mulut mengomel tny itu apa ini apa...bila anak anak nk menolong better bg sebab diorg offer diri kan..at least bila dh bsar nti xdelah diorg malas
ReplyDeletebudak perempuan kan mimi, memang sikit sebanyak ada naluri
Deletenak menolong ibu dia dekat dapur
tak mengapa, besok dah besar dah senang kita sebab ada yang boleh diharap =)
Salam ziarah dan follow.
ReplyDeleteterima kasih! terharu akak ni =)
Deleteanak zura yg sulong sama ngn aisy.. nyibuk je nk masak jgk.. zura pun wt cm yani jgk..bg bahan kat dia sikit, pastu lantak la dia nk tumbuk ke, nk potong2 ker, janji tk kacau zura masak.. akhirnya kita jdk double penat, penat masak + penat nk kemas brg yg dia sepahkan.. hahahah
ReplyDeletehehe, nasib kita serupa lah zura! hehe
Deletetapi memang saya tak melarang juga, lantaklah kau kan
tapi lepas tu kitalah dapat kerja lebih...hehe
Hehehe.. kecik2 dh pndai ke dapur yer.. =D Lepas
ReplyDeletehehe, kena juga bagi galakkan =)
Deletebagus betul aisy tolong mamanya masak, dah nampak minat dia tu..
ReplyDeletepelik benar namanya.. memang kalau sebut bunyi donkey lembu.. hehe..
hehe...budak perempuan aiza, ke dapur juga
Deletetulah pasalnya aiza, kami memang dok gelak dengan nama tu =)
Sedapp nama Aisy... Dayana Hanna Aisy... rajin Aisy tolong mama masak... ^__*
ReplyDeletePapa dia yang bagi nama tu =)
Deletehehe, anak dara memang gitu kan kak nurul =)