Penantian Berakhir! (^_^)

11:27:00 pm Yana Yani 27 Comments

Hari ni aku begitu teruja berbanding kebiasaannya. Entah kenapa terasa excited bila dikhabarkan tentang penyerahan kunci oleh pihak pemaju.

So tengahari tadi kami sekeluarga ke pejabat pemaju yang terletak di Bandar Puteri, Klang. Sesampai kami di sana, kami disambut oleh Ms Jenny sebagai wakil pemaju.

Kami juga diterangkan beberapa perkara termasuk tuntuan kepada pemaju kerana gagal menyerahkan pemilikan kosong kepada kami seperti yang terkandung dalam perjanjian jualbeli (S&P)

Sepatutnya kami perlu membayar sejumlah wang, tapi kami dikecualikan kerana kelewatan penyerahan kunci kepada kami. Nanti akan aku terangkan hal ni di lain entry.

Yang pasti, penantian kami berakhir!


Kami diberikan beberapa cenderahati oleh pemaju, tapi aku paling suka kotak yang mengandungi kunci berbanding yang lain. Rasa macam unik sangat. (^_^)


Lepas dah settle urusan dengan pemaju, kami terus ke rumah kami untuk melihat rumah dan meneliti sama ada ia menepati spesifikasi sepertimana yang terkandung dalam S&P.

Afif dan Aisy seronok aje bila aku ceritakan yang ini adalah rumah yang bakal mereka duduki tak lama lagi. Afif yang paling seronok sebab mungkin dia dah faham berbanding Aisy.


Ada beberapa keadaan yang kurang memuaskan. Paling ketara adalah kebocoran pada siling rumah yang perlu kami laporkan pada pemaju.


Kami diberi masa tujuh hari untuk pengesahan spefikasi rumah dan tiga benda lain iaitu tombol pintu, tangki tandas dan nombor rumah.

Untuk sebarang masalah lain, kami diberi masa dua tahun untuk melaporkan sebarang kerosakan atau kecacatan fizikal.

Kami dah tick apa yang perlu diperbetulkan. Tinggal laporkan pada pemaju aje. Semua details tentang ni akan aku terangkan dalam lain entry sebagai guidelines.

Yang penting pada saat dan ketika ni, kami HAPPY di atas pemilikan ni! (^_^)

Syukur ALHAMDULLILAH.

27 comments:

  1. Wah.. alhamdulillah.. tahniah buat Yana sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur, alhamdulillah
      terima kasih en khir, rezeki anak-anakl =)

      Delete
  2. Wah tahniah2.. mesti best kan dpt dok umh baru dah..=D

    nnti jgn lupa claim tau sbb pemaju lmbt serah kunci so depa kena bayar la kat kita.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada perasaan yang susah nak digambarkan
      rasa nak melompat pun ada juga...hehe

      tu dah tau, itupun sebab terbaca dekat blog farah aritu
      kalau tak memang tak tahu langsung
      terima kasih farah ye =)

      Delete
  3. syiok nyer dh nk masuk umah sendiri dh.. tumpang gembira utk yana sekeluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah zura
      rezeki anak-anak ni =)

      Delete
  4. Wahhh, tak lama lagi dah duduk rumah sendiri... Kat area mana tu, Yana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. budget raya dekat rumah baru...hehe
      dekat rantau panjang kak
      tak berapa jauh pun dengan rumah saya sewa sekarang

      Delete
  5. alhamdulillah...dah dpt kunci...tu laa saat yg ditunggu2 kalo kite beli rumah...

    jgnlupe cek betul defect yg ade... buat tuntutan walaupun kecik jek masalahnye...sbb nanti dah abis due die takleh dah nak buat tuntutan...kene lak bayar kalo nak baiki....

    ape2pun tahniah dear....mesti tak sabar nak deco2 umah kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bersyukur sangat lieya, tak sangka pun ada juga
      pejam celik dah melewati 24 bulan macam yang terkandung dalam S&P
      tu nak kena tuntut juga ni, bolehlah buat top up duit deco rumah...hehe

      tak habis check lagi pun sebenarnya
      pergi dengan afif dan aisy, jenuh nak menjaga diorang pula
      apapun terima kasih mengingatkan =)

      Delete
  6. Pastikan check dengan teliti luar dan dalam. Kalau boleh masuk atas syiling sekali! Biar cerewet tetapi puas hati...Dah lah mahal, lambat dapat...mesti nak kan yg terbaik kan... :)
    Apa pun, bersyukur kerana penantian kini akan berakhir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BM, semua tu belum habis check lagi
      tapi memang akan check betul-betul
      memang bersyukur sangat, rezeki anak-anak =)

      Delete
    2. Bawah lantai kena masuk juga ke BM? hehehe.. gurau je ya, jangan marah.

      Delete
    3. hehe..apalah cikgu ni
      kalau boleh masuk, masuk dah! hehe

      Delete
  7. Alhamdulillah ye sis..akhirnya ..

    ReplyDelete
  8. terima kasih
    betul tu, mana tak gembira
    dapat rumah hasil titik peluh sendiri =)

    ReplyDelete
  9. Sure seronokkan YY...Teringat masa OKje dapat kunci rumah dulu dulu...Macam macam dlm kepala difikirkannya nak mendeko hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah okje, seronok sangat rasanya
      sebab semua tu hasil titik peluh sendiri
      bangga pun ye juga =)

      Delete
  10. Alhamdulillah akhirnya penantian berakhir...tak sabarkan nak duduk rumah sendiri...walaupun tak besar mana cukup jd tpt perlindungan kita sekeluarga kan...xkisahlah rumah setingkat ke dua tingjat ke kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sabar nak duduk
      nak kena settle kan masalah berbangkit aje
      tu memang betul, janji kita dah berjaya memliliki rumah sendiri
      bukan kerja senang tu =)

      Delete
  11. alhamdulillah . cek betul2 jgn ada yg terlepas pandang . itu hak pembeli . bila nak decorate nanti buat entry tau . suka tgk org hias rumah .

    ReplyDelete
  12. Seronoknya dad ada rumah sendiri. Rumah sekarang ni makin lama makin mahal.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...