Pakatan 3A! (^_^)
Hujung minggu memang merupakan rutin kami ke rumah parent Encik suami yang terletak di Batu 13 Kapar, Selangor.Afif adalah orang paling seronok tiap kali dikahbarkan yang kami akan ke rumah grandparent dia. Kadang tak bagitahu pun dia boleh tahu berdasarkan jalan yang digunakan.
Afif mempunyai kebolehan mampu mengingati jalan yang dilalui. Kalau jalan yang dilalui tu dia tak familiar, dia akan berterusan bertanya kemana kami akan pergi sehingga jawapan diperolehi.
Anyway sebab utama kenapa Afif cukup suka balik kampung adalah kebebasan! Dekat kampung aje yang aku akan benarkan dia keluar dari kepompong.
Malahan dia mampu bermain walau tanpa kawan. Tapi kalau ada kawan, memang added advantage! Biasa bila hujung minggu, sepupu dia akan juga ada sama.
Siapa lagi kalau bukan Rayyan yang membahasakan diri, Ayie!
Bila diorang bertiga berkumpul, memang akan jadi pakatan 3A! Pening kepala Atuk dan Nenek sebab diorang bertiga! Hehe!
Minggu baru ni time tengah dok leka berborak dengan Mak mentua, aku perasaan budak bertiga tu tak ada berdekatan. So aku menjejaki mereka sehingga ke depan rumah.
Time tu diorang dok main pistol air.
Macam biasa aku suruh masing-masing posing. Time nak letak watermark tadi, aku baru perasan si Rayyan tengah melakukan aktiviti cari gali. Cis!
Kebiasaannya apa sahaja yang Afif lakukan, Rayyan dan Aisy pasti mengikut tanpa banyak soal. Tapi kalau ada Khalis yang merupakan cucu sulong, Afif pula jadi Pak Turut!
So nampak tak kuasa mereka yang lebih tua di situ? Hehe!
Lagilah hari tu dia dok pakai t-shirt yang ada watak Superman. Perasan hebat dan kuat tu! T-shirt tu pula kebetulan baru di beli di Uptown.
Awal-awal dia dok kata nak show off dengan Rayyan. Show off lah sangat Afif oi, RM5 aje pun t-shirt tu! Sabar ajelah! (^_^)
Gambar dekat atas ni diorang tengah dok main berlawan dengan patung mainan yang setiap sorang ada satu. Aisy pun join sama. Nak buat macamana? Geng perempuan semua kecil-kecil lagi.
Lepas gambar dekat atas, entah ke mana-mana aje diorang main. Aku jenguk kejab, time dok jenguk tu aku perasaan hidung Afif berdarah sampai kena baju. Panik aku dibuatnya!
Lemah kepala lutut dok tengok darah mengalir walau mempunyai sedikit knowledge dalam bantuan kecemasan. Lupa terus bila dok tengok darah!
Nasib baik Encik suami ada. Dia yang pergi dok cari tisu. Aku suruh anak dia tunduk, dia suruh baring. Yang sepatutnya, tunduk sedikit sambil dok picit bahagian rawan hidung.
Tapi yelah, aku panik! Lupa semua tu! Hehe! Afif pula kata, "Tak apa, Afif kuatlah!"
Lepas tu dia main macam biasa. Sabar ajelah!
------------------------------------------
Cerita ni dah lama, tapi aku tetap nak cerita dekat sini. Hehe! Time ni aku ikut Angah pergi meronda di Aeon Bukit Tinggi. Encik suami tak ada sebab bekerja shift petang.
Sebenarnya aku tak jangka nak berjalan sampai ke situ sebab perangcangan asal nak hantar Annur ke stesen komuter aje. Tapi lain pula jadinya bila dah rama-ramai.
Aku nak cerita pasal baju yang dipakai oleh Afif dan Aisy time tu yang tak mengikut kriteria yang ditetapkan Encik suami.
Kalaulah Encik suami tahu yang aku pakaikan baju biasa aje pada budak-budak tu, mesti kena bebel! Encik suami cukup particular dengan penampilan kitorang.
Sengaja cari nahas kalau pakai pakaian yang tak berkenan di mata dia. Tapi hari tu, nasiblah! Hehe!
Walaupun pakai pakaian yang mungkin tak sesuai pada pandangan Encik suami, Afif dan Aisy tetap posing macam biasa! Hehe!
So itulah ajelah nak cerita. Chow!
P/S - Besok kelas untuk mendapatkan lesen D baru bermula, doakan perjuangan aku ni berjaya ye (^_^)
P/S - Minta maaf tak dapat membalas kunjungan korang dan membalas setiap komen yang ditinggalkan buat masa ni. Agak sibuk dengan tugasan lain (^_^)
best kan kampung dekat... anak saya ni kalau dapat keluar rumah macam baru bebas dari penjara jadinya. yelah.. hari2 24 jam dalam rumah. sekali sekala keluar rumah excited la...
ReplyDeleteerkk.. afif garu apa tu gambar last.hahahahahaha
tulah cik lekit, mungkin satu kelebihan juga
Deletebudak-budak memang suka sangat sebab bebas
kalau rumah sendiri, macam dalam penjara, terkurung aje
gambar tu dah remove cik lekit, takut mengundang kontroversi di kemudian hari
terima kasih atas teguran tu =)
Semoga dipermudahkan semua & salam hujung minggu buat Yana sekeluarga... :)
ReplyDeleteterima kasih saudara khir
Deletesalam hujung minggu juga =)
Sebok belajar keta rupanya......patut pun tak brrjalan hehe...anak bujang okje dah dapat Lesen P dah jumaat hari tu...
ReplyDeletebudak budak mmg syok main ramai ramai ....bebas pulak yu jat Kg...hehe.Patut pun demam afif tu...panas dlm tu...sama je ngan anak yg bongsu tu rajin hidung keluar darah
tak adalah sibuk sangat
Deletebaru sekali aje p kelas...hehe
tapi seronoklah drive, excited betul bila keta tu bergerak...hehe
tulah, dia seronok sangat dapat main sampai berdarah hidung
seronoknya budak2 tu bermain...kita terhibur di buatnya..doakan yang terbaik untuk sis..
ReplyDeletemana tak seronok kak, bebas!
Deletehehe...diorang happy kita pun happy =)
terima kasih kak ye
semoga semuanya berjalan lancar ye .. :)
ReplyDeleteterima kasih mama =)
DeleteBila 3A bergabung
ReplyDeletetu lah pasalnya =)
DeleteSeronok bebudak ni main kat kg... bebas... kalau anak2 k nrl, tiap2 minggu pun balik kg jugak... kg mertua kat PJ... Kampung Medan... hehe... ^__^
ReplyDeleteSemoga berjaya dapat lesen D ye... pasni senang nak meronda jauh... ^__*
hehe...kira kampung jugalah tu kak nurul
Deletesaya ni pun nasiblah dekat, itu pun dah dikategorikan pekan =)
hehe...itulah harapannya kak
Rupanya dah lama saya tak singgah di sini ya. Maaflah, sibuk sikit. Sudah semestinya momen pulang ke kampung menjadi keceriaan buat anak-anak kecil apatah lagi orang dewasa.
ReplyDeletetak mengapalah cikgu
Deletejanji sudi menjejakkan kaki ke teratak saya ni =)
kan cikgu kan, tapi rasa kalau dah jauh kot baru perasaan excited
kalau dekat kurang sikit...hehe