Alahai Jiran: Berdosakah Aku? (^_^)

9:22:00 pm Yana Yani 27 Comments

Alahai Jiran: Berdosakah Aku? | Penat balik dari kerja tadi, hati tersentap dengan suasana rumah Mak dan Abah. Bumbung rumah Mak dan Abah sedikit terbuka dan sekiranya hujan, confirm habis basah! Lantai laman pula penuh dengan segala macam habuk. Itu tak termasuk dengan segala serpihan kayu dan paku. Sekali pandang, nampak seperti rumah yang tak berpenghuni.

Serta-merta rasa marah dengan keadaan tu.

Aku memang sedia maklum jiran sebelah kiri dan kanan Mak dan Abah sedang mengubah suai rumah, tapi tak menjangka keadaan akan jadi macam ni. Mak Abah melarang aku menegur jiran setelah aku menyuarakan perasaan tak puas hati dengan apa yang berlaku. Mereka berdua kata biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

Dalam diam aku protes pendapat mereka berdua. Sampai bila nak berdiam? Lagipun bukan sekali dua benda macam ni terjadi. Banyak kali! Aku nak senaraikan semua yang mereka lakukan pun tak larat. Lagipun nanti nampak sangat aku sengaja mencari kesalahan jiran.

Aku cuba memujuk hati yang mungkin mereka yang bernama jiran ni tak sedar kesalahan yang mereka lakukan. Ikutkan hati aku nak saman aje! Bunyi guruh di langit menggerunkan aku. Rasa tak sanggup membayangkan kesengsaraan Mak Abah sekiranya hari memang hujan. Macamana kudrat yang tak begitu kuat nak mengemas rumah?

Atas kerisauan tu disamping yakin aku melakukan perkara yang betul, aku tetap pergi mengutuk pintu rumah jiran yang dimaksudkan walau tanpa keredhaan Mak dan Abah. Aku menyuruh si jiran mencari apa sahaja benda yang boleh digunakan untuk menutup bumbung rumah Mak dan Abah yang sedikit terbuka dan menyuarakan kebimbingan sekiranya hujan.

Si jiran hanya mengiakan. Besok tak ada perubahan, aku akan bersuara lagi. I believe I have done a right thing. Tapi, berdosa ke aku?

---------------------------------------

Itu cerita jiran Mak, jiran aku pun tak kurang hebatnya. Aku pernah bercerita tentang jiran aku ni tak lama dahulu. Boleh klik sini kalau nak baca. Baru-baru ni time aku nak keluar sidai kain, aku ternampak ada motor yang di letak di dalam kawasan rumah aku. Hati tiba-tiba terasa panas.

Aku tak marah kalau dia minta izin. Ni mentang-mentanglah kawasan rumah aku tak berpagar, suka-suka hati dia menceroboh! Buat macam rumah dia pula tu!

Mau tak hangin!

Alahai Jiran: Berdosakah Aku?

Aku sebenarnya berniat nak tolak motor tu dalam longkang depan rumah. Tapi aku cuba banyak kali, entah kenapa motor tu cukup berat dan aku tak mampu nak menggerakkan. Lepas dah beberapa kali gagal melakukan percubaan, aku menyedari bahawa itu mungkin petanda yang ALLAH tidak mahu aku meneruskan niat jahat aku.

Berdosa ke aku?

Sepatutnya aku bersabar sebab Islam menggalakkan kita supaya sentiasa sabar dengan karenah atau gangguan jiran kerana ia termasuk dalam golongan orang yang berbuat baik kepada jiran. Tapi tu lah, aku manusia biasa yang tak lari dari silap dan salah.


-------------------------------------

Di kesempatan ni aku nak nasihatkan sesiapa sahaja yang menbaca blog aku especially entry ni supaya menghormati hak jiran. Bah kan Islam meletakkan jiran pada tempat yang tinggi. Sia-sialah amalan kita sekiranya kita menyakiti jiran. Rasullullah SAW telah diberitahu tentang adanya perempuan yang berpuasa di siang hari dan bersembahyang ditengah malam, tetapi dia sering menyakiti jirannya.

Maka Rasulullah SAW bersabda, "Bahawa sesungguhnya dia akan masuk neraka"

Rasullullah SAW juga bersabda, "Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, maka janganlah ianya menyakiti jirannya"

Rasullullah SAW juga menyatakan dalam hadisnya mengenai hak-hak jiran:

"Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?"

  1. Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya
  2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya
  3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya
  4. Jika ia sakit, engkau akan menziarahinya
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya
  6. Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya
  7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya
  8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai ke rumahnya kecuali dengan izinnya
  9. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu
  10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya. Jika engkau tidak mahu memberikannya, maka hendaklah engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.

Sumber: Blog Ustaz Asri dan Jabatan Agama Islam Selangor

27 comments:

  1. kita manusia.. Iman pun setipis kulit bawang memang trajedi2 macam ni mengundang marah jugak. Sabar pun ada batas ye tak?? Kalau berbincang pun tak boleh selesai so terpaksa guna ketegasan jugak la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah cik lekit, kadang tak faham juga perangai diorang ni
      saya manusia biasa aje, tak boleh elak perasaan marah tu
      tak tahu nak kata apa dah

      Delete
  2. Perasaan..apapun bersabar ye sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar tu satu ungkapan kak
      mudah menyebut, tapi payah melaksanakannya
      percayalah, saya dah cuba
      20 tahun bukan masa yang singkat

      Delete
  3. Perancangan yg buruk selagi tak jadi.. tak dicatat lagi dosanya. Semoga kita semua juga terhindar dari dosa2 yg tak kita sedari... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk sikit hati dengar pencerahan saudara khir ni
      saya sedang berusaha saudara khir, percayalah =)

      Delete
  4. mungkin dia khilaf dan tak perasaan atau berlaku bencana padanya.. bersangka baik saje kak.. kalau dah luar batasan mungkin akan geram jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik, akak dah tengok kesengsaraan parent akak disebabkan jiran
      semenjak usia akak 11 tahun
      mak dan abah tak pernah kata apa-apa
      tapi akak ni sebagai anak, rasa ralat bila orang buat gitu pada parent akak
      kalau acik macamana?

      Delete
  5. Replies
    1. terlalu lama sangat bersabar hingga kurang sabar
      saya manusia biasa...

      Delete
  6. klu menegur kerana kebaikan , kita bkn berada dlm situasi menyakiti jiran ... saya copy hak2 jiran bersama urlnya sekali kat fb page ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      sebarkanlah untuk kebaikan bersama =)

      Delete
  7. Orang yang menyakiti jiran bg saya sebenarnya tidak menghayati hak-hak jiran. Bagi saya yg tinggal di kawasan perumahan, mmg kena byk bersabar. Mcm2 kerenah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kan, masalah ni kebiasaannya jadi dekat
      kawasan perumahan sebab jarak rumah hanya dipisahkan dengan dinding
      cuma bagi saya, terlalu banyak pilihan untuk kebaikan
      kenapa pilih kejahatan atau keburukan?

      Delete
  8. Hmm...pnh juga hdpi jiran yg memahami hidup berjiran.. Sbr aje lah...

    ReplyDelete
  9. wah2 sedapnye dia parking moto tanpa rasa bersalah..kalu zura pun bengang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau zura tengok gambar dah panas
      apatah lagi saya yang menghadapi
      bukan susah untuk meminta kebenaran

      Delete
  10. Banyak2 bersabar yer.. adat kita hidup berjiran cmni la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yang disebutkan dalam entry saya adalah
      mereka yang tak memahami adat berjiran
      saya cukup yakin itu

      Delete
  11. sama je mcm kata2 arwah mak ngan ayah akak " biar org buat kita,jgn kita buat kat org"... dulu2 pun selalu kena mcm tu jugak...bersabarlah selagi mampu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tualah kan kak
      mereka lebih dulu mengenal erti hidup berbanding kita
      saya mencuba kak, tapi itulah
      saya manusia biasa aje

      Delete
  12. Betul...bila hidup berjiran nih kena ada adab....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan takat tu aje
      kena memahami sebab sampai masuk kubur pun
      kita akan tetap berjiran

      Delete
  13. jiran aiza pula dengan masalah kucing dia yang suka membuang merata-rata rumah orang..

    ada jiran yang lain pula dicantasnya pokok di tepi rumahnya dan dibuangnya ranting kayu tu betul-betul dekat jalan.. kalau kereta kita lalu boleh terlanggar ranting tu..

    setakat ni aiza malas nak mulakan perbalahan.. sabar setakat boleh bersabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya macam aiza
      tapi mungkin saya dah terlalu lama bersabar
      dalam tempoh 20 tahun berjiran ni, baru tulah pertama kali saya menegur

      Delete
  14. tulah pasalnya diana,
    jujurnya saya tak tahu apa niat dan tujuan mereka
    tapi kalau kita dah beritahu dan mereka masih melakukannya, bukankah itu biadap?
    kalau mereka mengetahui hak jiran, atau paling tidak menghormati
    pasti semua ni tak akan terjadi

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...