Oh Oh Balik Kampung! (^_^)

2:06:00 pm Yana Yani 26 Comments

Seperti pembaca setia blog ni sedia maklum, aku balik ke kampung sebelah Mak aku di Kuala Lipis, Pahang sejak dari hari Jumaat baru ni.

Tapi kami tak lama pun dekat sana. Malam minggu kami dah ada dekat Klang dah. Walaupun hanya semalam, kami tetap rasa seronok especially anak-anak.

Kami sampai ke Kampung Temperah dah lewat malam, time sampai pun hujan lebat. Dengan suasana sejuk macam tu, memang bantal lebih menarik perhatian! Hehe!

Pagi besoknya baru kami ke rumah adik-beradik Mak yang tinggal tak berapa jauh dari rumah Atuk yang sekarang didiami Ucu dan isteri.

Atuk semenjak pemergian Nenek menemui Pencipta, memang tak pernah lagi ke rumah tu. Dia lebih banyak menghabiskan masa di kedai. Makan dan tidur semua di situ.


Kampung di mana aku pernah menghabiskan zaman kanak-kanak juga tidak lari dari arus pembangunan. Sekarang semua air dan elektrik dapat dinikmati tanpa kesulitan seperti dulu.

Malahan line telefon juga penuh bar. Tak macam dulu kena panjat pokok atau mana-mana tempat tinggi semata-mata nak gunakan handphone. Hehe!

Cuma hutan masih lagi penuh kiri dan kanan. Kalau siapa tak biasa dengan suasana ni mesti macam Encik suami masa dia mula-mula menjejakkan kaki ke kampung ni dulu. Cuak!

Bila teringat aku rasa kelakar, tak boleh lupa muka dia yang kalau toreh pun tak keluar darah! Hehe! Budak kampung konon! Tengok hutan dah cuak! Hehe!


Gambar dekat atas ni aku suruh diorang posing, masing-masing tahu aku ada blog. So masing-masing cuba jadi secomel boleh termasuk mak aku! Hehe!

Tapi faillah, ada taik lembu dekat situ! Time ambil gambar tak perasan, nak letak watermark tadi baru perasan. Hehe! Jangan marah ye pada sesiapa yang terlibat!


Aisy sejak kebelakangan ni pun dah pandai suruh aku snap gambar dia. Asal dia rasa dia comel aje, dia suruh snap gambar. Anak siapalah ye? Hehe!

Lepas dah habis menjelajah ke rumah adik beradik Mak, kami ke Padang Tengku mencari benda untuk mengisi perut yang mendendangkan pelbagai rentak dan irama.


Kami singgah ke pasar sekejab tapi time kitorang sampai belum ramai yang mula berniaga lagi. Dekat pasar ni banyak juga benda yang aku tak pernah nampak sebelum ni.

Kalau aku yang dah tua ni pun pelik, lagilah Afif dan Aisy! Tengok ajelah budak berdua tu yang pelik dengan siput. Lama diorang dok memerhati. Nampak sangat budak bandar! 


Mak aku anak nombor dua dalam keluarga tapi dia adalah yang mula-mula kahwin. Sebab tu dalam keluarga belah Mak, aku adalah cucu yang paling tua.

Tengok gambar dekat atas, semua tu sepupu-sepupu aku. Ada yang lebih muda dari Afif. Afif patut panggil diorang pakcik atau makcik. Tapi dia selamba membahasakan kau, aku aje!


Ni pula anak Mak Long yang paling kecil. Tua setahun daripada Afif. Anak Mak Long yang paling tua kalau masih hidup, kemungkinan sebaya Dayah.

Tapi yelah, ALLAH lebih menyayangi dia.

Lewat petang barulah kami bergerak balik ke Klang. Sempat juga mengambil beberapa keping gambar Atuk buat kenangan.

Atuk sejak kehilangan Nenek menjadi pendiam. Dulu dia suka buat pelbagai lawak yang buat kami tak kering gusi tapi sekarang dah lain. Dia pun kelihatan semakin berisi.


Afif tersenyum lebar di dalam pelukan Tok Yang. Entah bila boleh berjumpa lagi. Tapi kalau tak silap pendengaran, Encik suami cakap dengan Atuk kami balik raya nanti.

Bukan sepatutnya raya tahun ni turn dia ke? Tapi kalau betul, best sangat! Hehe!


Atuk time kali kami nak balik, mesti mengalirkan air mata. Rasa syahdu bila dia buat macam tu. Tak lalu nak pandang lama-lama. Entah apa yang bermain difikiran dia.

Walau air mata tu tak kelihatan dengan jelas, tapi aku boleh nampak yang ianya boleh tumpah pada bila-bila masa sahaja. Tak mampu nak tengok!

Tinggallah Atuk buat sekian kalinya bertemankan kedai yang menjadi periuk nasi dia. Semoga Atuk diberikan kesihatan yang baik dan kita dipertemukan lagi. Amin.

26 comments:

  1. Itulah orang tua dikampung... Dalam hatinya cukup ceria bila melihat anak cucu menjengah walaupun xterlihat tapi kita dapat rasakan. Saya nanti dah tua tak taulah bagaimana pula nasibnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, sebab bukan selalu dapat peluang berjumpa anak cucu cicit
      walau sekejab, dapat juga lepaskan rindu yang telah lama bersarang

      BM, jangan cakap gitu
      kita tak tahu apa jadi dimasa depan, semua rahsia ALLAH

      Delete
  2. kasihan atuk yana duduk seorang diri.. sesekali apabila anak dan cucu balik ke rumahnya pasti hilang sunyi dia..

    dibesarkan di kampung memang pengalaman yang cukup indah.. bermain lumpur, mandi sungai dan macam-macam aktiviti buat.. yang tak boleh lupa kena sebat dengan mak aiza sebab pergi mandi sungai.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah aiza, tapi nak buat camne
      mujur adik beradik mak ada ramai di keliling

      saya juga dibesarkan di kampung aiza
      memang seronok waktu tu, mandi sungai paling best!

      Delete
  3. wahh bestnya balik kampung ^_^ jumpa atok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok acik wei!
      bukan selalu pun kan

      Delete
  4. Mmg seronok dpt balik kampung.. anak2 mmg seronok buat aktiviti2 yg jarang2 dpt mereka buat.. best.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang memang seronok sangat
      cuma banyak juga aktiviti yang diorang tak boleh buat
      tak boleh mandi sungai sebab air keruh adalah salah satunya =)

      Delete
  5. hmm...seronok balik kampung.kalau raya mesti meriah kat situ kan sis?dengan lampu pelita lagi..sian atuk sis...sayu kathy melihatnya,teringat pula arwah ayah kathy..:'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini tak ada budaya pasang pelita time raya kak
      sebab tu dulu time raya balik kampung dengan en suami dia terkejut
      walau suasana hari raya, tapi kampung gelap!

      sabar ye kak, ALLAH lebih menyanyangi dia

      Delete
  6. kalau kg saya dah x byk hutan.. panas sangat. kedah kan memang panas. kg asben.. susah nak cakap kg dia yg mana sebab dia anak KL.. mak bapak orang perak tp dah lama bermastautin kat KL.. dah jadi warga KL.. kalau sebelah mak mertua.. Kg gajah ke hapa namanya.. hahaha x sure. seram skit kg tu.. nak masuk tu hutan kiri kanan... nak jumpa rumah tu jauh kena masuk. kalau sebelah ayah mertua pun sama kat taiping.. kg byk hutan lagi.. ada lagi air sungai jernih yg boleh mandi & buat kegunaan harian. Kalau sebelah saya.. kg jugak.. tp hutan dah x byk.. sungai pun dah x macam sungai.. makin kering, makin sempit.. cuaca panas tak hengat...
    P/S : tang taik lembu tu baru rare. nampak betul2 kampung gitu. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni pun kampung belah mak aje
      belah abah dah kira pekan dah tak jumpa hutan
      belah en suami lagilah dahsyat, cam tak ada feel balik kampung
      sebab dekat sangat...hehe

      beso bila lala dan besar orang tanya ko balik mana raya
      balik bandar dia jawab...hehe

      Delete
  7. seronoknya balik kampung boleh berkumpul sedara mara kan

    ReplyDelete
  8. Berapa tahun umur Tok Yang ni YY....nampak mcm muda lagi....
    Biasalah.....suka bila sesekali ada anak cucu yg menjengah tp sedih bila nak berpisahkan....tp sekurangnya ada anak anak dia yg lain yg tinggal kat situ YY...Kita yg nak tinggalkan dia pun tak de le rasa kesian sangat.....
    Nampaknya Aisy mmg dah contract jadi model blog mama ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. atuk dah penghujung 70-an okje
      tulah kan, jumpa sekejab aje mau tak sedih orang tua tu
      belum puas gamaknya meluahkan rasa rindu oada anak cucu dan cicit

      dia bukan kontrak lagi okje, permanent dah! =)

      Delete
  9. Wah, bestnya kalau dapat balik kampung macam ni... k nrl dah x ade kampung lagi sbb arwah tok dah lama meninggal sejak k nrl umur 11 tahun lagi... cuma tinggal paksu je yang tolong jaga kebun yang ada tu... tapi kitorang balik cuma raya je... dan keluarga belah husband lak memang orang pj ni, mana ada kampung... hehe...
    Rasa best sgt time dulu2 arwah tok ada... paling best time panjat pokok jambu, dok atas tu lama2, pastu tangkap pepatung menyusuri celah2 bendang, berkubang kat parit... hehe, k nrl dlu2 pun bleh tahan jgk... anak2 k nrl skrg je tak dapat rasa tu semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kampung saya ni tak ada bendang tapi ada juga dulu
      atuk tanam padi bukit, tapi sekejab aje
      dulu seronok boleh main sungai, panjat pokok...macam-macam lagilah
      sekaranga aje semua tu dah tak ada

      Delete
  10. Ya, saya amat merindui akan kampung saya. Setiap kali cuti mesti saya pulang ke kampung secepat mungkin. Sebab tu bila cuti saya akan post saya balik ke Kedah ya akak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa tak rindu kampung cikgu wei...hehe
      ooo...memang orang kedah rupanya.
      single ke cikgu? adik akak pun single...hehe

      Delete
  11. Replies
    1. memang seronok mimi
      bukan selalu pun kan =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...