Persahabatan Di Alam Maya (^_^)

11:26:00 am Yana Yani 28 Comments

Semalam balik dari kerja aku terus singgah rumah Mak sebab nak fetch Afif dan Aisy. Lepas tu merancang nak ke pasar malam membeli barang basah.

Time nak keluar dari rumah Mak, aku nampak satu sampul surat berwarna brown yang bersaiz agak besar di letak di atas akuarium Abah.

Jenguk sekejab kot itu surat aku, eh betullah! "Siapa pula dok bagi aku surat besar kedabak ni" bisik hati aku sambil tangan ligat mengoyak sampul surat untuk mengetahui isi kandungan.

Aku terus tersenyum bila melihat isi kandungan. Tak sangka! Afif bila nampak aku terenyum kambing teus dok tanya, "Mama tu apa? Nak tengok" 

"Nanti dekat rumah kita tengok" kata aku pada Afif.

Sampai dekat rumah, aku bagi Afif tengok sikit isi kandungan dia. Aku tak bagi dia sentuh sebab aku kata nak ambil gambar. Sempat lagi tu! Hehe!

Afif dah excited bila nampak apa yang ada. Tapi dia tetap follow instruction aku. Balik daripada pasar malam baru aku bagi dia buka dengan syarat dia kena posing. Hehe!

Aku dapat sijil, bookmark dan juga buku nota kecil yang ditujukan khas kepada Afif dan Aisy daripada blogger Kathy R'bain.

Jujur tak sangka, mungkin sebab aku belum berkesempatan ke blog beberapa rakan blogger termasuk Kak Kathy selepas pulang bercuti ke kampung hari tu.


Tak sangka juga si Afif dan Aisy akan dapat something. Diorang memang excited. Aku bila dok tengok anak-anak gitu, mula aku pun rasa happy sangat! 

"Siapa bagi ni Mama? Afif sukalah. Terima kasih!" kata Afif sambil membelek buku yang dia dapat. 

Aku tunjukkan gambar Kak Kathy yang ada pada bookmark, bila dah tahu dia jadi macam polis pula tanya pelbagai soalan, kawan Mama tingga kat manalah, kenapa dia bagilah, bla bla bla

Aku yang naik pening nak menjawab.


Ini bukan kali pertama aku dapat daripada Kak Kathy, banyak kali! Aku kagum dengan komitmen yang Kak Kathy berikan untuk memberikan something buat pengomen tegar di blog dia.

Macam dah jadi trademark, Kak Kathy dia bagi bookmark. Bayangkan hampir setiap bulan, saiz dan design pada bookmark yang berbeza. Buat sendiri pula tu!

Kagum aku!


Yang pasti persahabatan yang dibina di alam maya ni, memang aku harapkan berkekalan hingga ke akhirnya! Mengenali Kak Kathy merupakan satu rahmat bagi aku.

Dia adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada blogger lain di saat aku masih bertatih dalam dunia blog. Memang aku tak akan lupa jasa dia tu.

Mungkin sikit pada dia, but it means a lot to me

Tak pernah berjumpa, suara pun tak pernah dengar! Tapi agak kerap juga berchatting dan berbalas SMS dengan dia. Aku menyimpulkan Kak Kathy adalah seorang yang baik! (^_^)

Tak sabar nak berjumpa dengan Kak Kathy dan Alia! Ingat janji kita ye kak! Insya ALLAH kita pasti akan berjumpa suatu hari nanti (^_^)

Dikesempatan ni aku juga nak ucap ribuan terima kasih buat sahabat aku yang lain yang juga rajin meninggalkan jejak di blog aku yang tak seberapa ni.

Mereka adalah pengomen tegar bulan March di blog aku ni. Terima kasih ye korang! Rajin-rajinlah singgah lagi ye. Hehe! (^_^)

1. Mizz Aiza (Duni Kecil) - Aku pelik macamana dia boleh jadi pegomen tegar untuk kebanyakkan blog. Rajin tulis entry pula tu. Cer explain Aiza (^_^)

2. Kathy R'bain - Aku anggap dia ni macam kakak aku sendiri (^_^) 

3. hainom OKje - Korang cuba jengah blog ni, letih ketawa bila baca blog dia ni. Cara penceritaan menggambarkan dia seorang yang happy go lucky (^_^)

4. Mimi Azirah - Umi kepada dua orang puteri, Auni dan Aina! Suka tengok anak-anak dia yang comel. Mimi, nak tak jadi besan saya? Hehe! (^_^)

5. Khir Khalid - Aku suka baca cara penulisan dia ni, bersemangat aku baca! Rupanya seorang motivator. No wonderlah kan (^_^)

6. Muhammad Khairuddin Lim - Dia ni kaki jalan! Aku dah pergi banyak tempat sebab dialah. Hehe! Gambar dia snap pun cantik! Suka sangat! (^_^)

7. Zura Lee - Dia ni pun aku admire. Suka published gambar makanan yang buat aku rasa lapar. Pandai dia ambil gambar. Ada dua orang putera yang kembar tahun. Cer jengah blog ni kalau nak tahu (^_^)

8. Tetamu Istimewa - Dia ni cikgu! Orang Kedah, kalau tak silaplah sebab dia selalu dok kata balik Kedah time kali cuti sekolah. Banyak menghasilkan karya-karya hebat di beberapa suratkhabar, majalah dan terbaru di buku (^_^)

9. BM - Yang ni pun aku selalu admire. Suka published entry yang buat aku berfikir sejenak. Memang agak terkesan dengan beberapa entry dia. Gaya penulisan yang amat menarik untuk dibaca sampai ke noktah terakhir! (^_^) 

10. mama aryan - Yang ni kan duduk paling dekat dengan aku, bandar Klang juga. Tapi tak pernah jumpa! Hehe! Suka baca cerita pasal dua putera dan seorang puteri dia. Mama yang berkerjaya macam aku juga (^_^)

28 comments:

  1. wah komen tegar pun dapat sijil penghargaan.. salute blogger2 yang rajin camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya cik lekit, tak sangka!
      saya pun kagum!

      Delete
  2. Wahhhh awak pun dapat jugak yeh YY..... kira masing masing tak jeleslah ni yeh hehe,....memasing dapat hehe...Tapi jangan jeles tau Okje dapat lagi satu hari ni hehe
    Eh.....bestnya nama OKje pun adaaaaaaa....
    Seronokkan kita dapat sembang walaupun dialamaya ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...saya dapat tak sebeso okje punya
      jelous dibuatnya!
      mestilah nama okje ada! geng terbaik saya! hehe

      Delete
  3. alhamdulillah dah sampai...lega hati ini..heheheh...kathy pulangkan segala pujian itu pada Allah SWT..pujian hanya layak untuk DIA,siapalah kathy di pentas dunia ini..inshaAllah kalau kathy berkunjung ke bukit tinggi kita atur pertemua..hehehe.. aiza,khir,helmi,khairudin dan BM memang blogger yang wajib terjah di blog mereka.pengisian blog mereka berbeza so,tiap kali singgah sana kita dapat ilmu dan info berbeza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. touching dengar akak kata gitu, rasa nak nangis pula
      jab-jab, lap air mata jab =)

      sambung balik, emm memang betul pasal 5 blogger yang akak sebutkan tu
      masing-masing mempunyai gaya penceritaan yang menarik
      tak jemu singgah, yang pasti tetap akan singgah lagi =)

      Delete
  4. wahh bestnya dapat sijil dan buku ^_^

    ReplyDelete
  5. pandai blogger tu hargai pembaca blog dia, siap bg sijil... hihihhi


    waaa terharu sgt zura baca description yana ttp blog zura... serius bergenang air mata zura... tima kasey sbb slalu dtg blog zura tanpa jemu walaupun zura malas gile nk update blog..terima kasih jgk sbb slalu jdk pengomen terawal entry2 zura...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah zura, sebab saya pun tak mampu nak buat camtu =)

      tu baru cite sikit aje tu, belum cite in detail...hehe
      terima kasih zura ye...memang tetap akan berkunjung ke blog zura
      faktor utama gambar makanan =)

      Delete
  6. Weee titeww pun dpt samalah mcm itew dari Kathy hehee.. Tahniah Yana!!
    Alhamdulillah.. tersenarai juga saya ye.. T kasih Yana & tahniah juga kpd yg lain2 tu. Semoga persahabatan di alam maya berkekalan dgn keberkatan. Senmoga juga Yana sekeluarga terus berjaya... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kan? hehe...tahniah untuk en khir juga!
      terima kasih kerana jadi pengunjung setia ye =)
      terima kasih untuk doa tu! aminnnn

      Delete
  7. Orang yang rajin memang wajar dihargai! Tahniah...semoga terus bersemangat blogging dan semoga ikatan ukhwah terjalin erat walaupun tanpa jasad didepan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi initiative orang yang menghargai tu memang buat saya rasa terharu =)
      itulah harapnya BM =)

      Delete
  8. Terima kasih juga krn sudi beri backlink... :)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. terima kasih farah! ye saya akan keep it up =)

      Delete
  10. Terharu pernghargaan yang dibuat akak yana ni. Sebelum ni blogger cuma senaraikan saja pengomen di blognya, tapi ni ada coretan ringkasnya. Nampanya akak kenal benar dengan blogger yang singgah di sini. Tahniah. Ya, memang saya orang Alor Setar, Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. camne tak kenal cikgu, memang biasa jengah juga diorang termasuk cikgu
      lagipun dah macam kawan dah kita ni
      bezanya di alam maya je...hehe
      terima kasih cikgu ye =)

      Delete
  11. Bestnya... bukan mama je dapat hadiah, afif & aisy pun ade jugak... seronok lah diorang... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la pasalnya kak nurul
      memang diorang seronok sangat =)

      Delete
  12. Replies
    1. tu lah kan, ingat time sekolah aje dapat
      hehe =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...