Nasi Lemak dan MH370 (^_^)

9:38:00 pm Yana Yani 34 Comments

Dari semalam aku dah merancang nak masak nasi lemak. Jujurnya ini adalah nasi lemak yang pertama aku masak sejak berkahwin.

Sebab benda ni pertama kali, perasaan excited tu tinggi melangit. Bangun pagi bersungguh nak sediakan nasi lemak. Kalau boleh nak hidangkan yang terbaik!

Bermacam-macam petua yang aku dengar tapi aku lebih yakin dengan gerak hati sendiri. Segala macam bahan especially untuk nasi memang berdasarkan sukatan sendiri.

Akhirnya terhidang juga nasi lemak aku walau agak lembik.

Tapi majoriti yang merasa kata untuk percubaan pertama, ianya marvelous! Hehe! Bangga juga walau aku tahu aku boleh lakukan lebih baik.


Paling seronok bila tengok anak-anak makan. Berselera diorang makan walau rasanya entah apa aje pun. Itu yang buat hati berbunga.

Especially Afif yang memang suka makan nasi lemak. "Mama masak ni kan macam yang orang jual tu lah. Sedap! Afif suka!" kata dia walau makanan penuh di mulut.

Mau tak rasa bangga bila anak kata gitu. Hehe!


--------------------------------------------------

Hari ni seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dari radar sejak beberapa jam yang lalu.

Ianya sesuatu yang amat menyedihkan terutama kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang pada ketika ini masih menanti dengan penuh debaran.

Dilaporkan terdapat 227 penumpang termasuk bayi dan 12 orang krew penerbangan. Kesemua penumpang dan anak kapal adalah dari 14 buah negara.

Berita tu pada aku mendebarkan kerana sehingga entry ini ditulis masih belum ada sebarang berita mengenai pesawat ni walau pelbagai spekulasi mula tersebar sejak pesawat hilang.

Kali terakhir pesawat Malaysia Airlines MH653 terhempas ialah pada 4 Disember 1977 yang mengorbankan kesemua 93 penumpang termasuk 7 orang krew penerbangan.

Pesawat itu dikhabarkan hilanag dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.

Pensyarah aku pernah menceritakan tragedi ini yang mengorbankan Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Ali Ahmad dan beberapa VVIP yang lain.

Pensyarah aku merupakan penduduk kampung tersebut dan melihat dengan mata kepala sendiri tragedi yang mendukacita dalam sejarah Malaysia dan juga Malaysia Airlines.

Diharap sejarah tidak berulang.

Marilah kita sama-sama mendoakan keselematan kesemua penumpang dan krew penerbangan. Hentikan segala spekulasi kerana ianya hanya mengeruhkan keadaan terutama kepada keluarga yang terlibat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

34 comments:

  1. uiss mood rajin nampak ! tu hari bekpek nasi goreng now! nasi lemak..afif, aisy sonok kan tengok mama rajin buat bekpes..opkos la sonok kan ! :)

    yup yana sama2 kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan keselamatan diaorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebelakangan ni memang mood gitu...hehe
      semangat nak buat benda laindari biasa tinggi melangit! hehe

      itulah harapan seluruh rakyat malaysia sekarang =)

      Delete
  2. sedapnya nasi lemak tu yana.. selera betul tengok aisy makan.. hehe..
    doakan semoga semuanya selamat dan tiada kejadian buruk yang berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak dah rasa sedap ye, belum rasa lagi tu...hehe
      ye, memang tulah harapan semua sekarang ni

      Delete
  3. waaa nasik lemak udang uolls !!!.. terbau2 plk keharuman nasi lemak kt hidung nih... sape tk bangga kan anak puji masakan kita..trus bersemangat nak masak lagi dan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, jangan tak caya!
      bangga giler berjaya buat ni tau...hehe

      mesti buat lagi punya, confirm! =)

      Delete
    2. anak2 yana blh mkn pedas ya...kalu buat nasik lemak, zura bg dorang nasi ngn ayam goreng jer..kesian plk nk bg sambal takut nangis pedas.. kalu pedas kang dorang trus stop mkn nasi

      Delete
    3. eh tak adalah, diorang tak makan pedas
      sama macam anak zura lah, sikit aje makan pedas
      terus tak mau makan =)

      tu saje tayang

      Delete
  4. Amboii..aisy cntiknya duduk mkn nasi lemak.
    Smoga selamat semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia masih sukar membiasakan diri kak
      insya allah sekejab lagi eloklah tu

      Delete
  5. 8/3/2014 tarikh yang tak akan di lupakan buat keluarga kathy sis..ayahanda kathy kembali ke rahmatullah semalam dalm pukul 3 petang. :'(

    tahun 95 juga bawa sejarah bila pesawat fokker terhempas di tawau..kathy sendiri yang berumur 17 tahun ketika itu ada melawat tempat kejadian bersama keluarga angkat.sungguh menyayat hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahziah buat kak kathy sekeluarga ye
      moga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman

      doakan yang terbaik untuk dia ye
      doa anak yang soleh adalah bekal untuk dia

      Delete
  6. Nasi lemak klu dibuat makan tengah hari hujung2 minggu ni pun sedap juga.. sungguh menyelerakan..

    Semoga dipermudahkan usaha mencari MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa yg terlibat... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tu menu sampai tengahari..hehe
      itulah harapan seluruh rakyat malaysia ketika ni

      Delete
  7. amboi! rajinnyer....bunda pun dah lama tak buat nasi lemak...main beli jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tetiba kerajinan tu muncul bunda =)

      Delete
  8. Kira dah tererlah ni buat nasi lemak yek...hehe
    Kalau mereka berdua khusyuk makan mmg confirm sedaplah tu YY.... boleh buat lagi lepas ni hehe....
    Kalau nak lagi sedap masaklah pakai beras basmathi lagi sedap!...
    Tulahkan semua kita tengah bersedih dengan kehilangan misteri pasal MH370 ni...moga mereka akan kembali dengan selamat dengan izinNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga yang suruh saya buat gitu
      tapi sebab ni percubaan pertama, saya buat se simple mungkin =)
      afif makan bertambah-tambah, buat mama excited aje =)

      yelah kan kak, moga segala jawapan ditemui

      Delete
  9. Nasi lemak buatan sendiri pastilah yg terbaik. Nasi lemak dan MAS ni satu isu sensetif! hehe
    Teruskan berdoa, semoga MH370 ini segera ditemui dan keajaiban berlaku...segalanya selamat, InsyaAllah...amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...gabungan mana yang sensitif tu BM
      ye, memang tulah yang semua lakukan sekarang
      mengharapkan perkhabaran gembira

      Delete
  10. Wahhhh buat nasi.lemak...mesti sedapkan..

    ReplyDelete
  11. kalau petang2 dapat nasi lemak sekali sekala kan sedap.... g2 iseri yg masakkan. cayalah +yana yani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya selalu juga makan nasi lemak +PakcikLie PCL
      sedap sebab dia masak dengan penuh kasih sayang =)

      Delete
  12. saya pun kalau buat nasik lemak tak de sukat2 bahan nya..main campak2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya memang biasa buat gitu
      payah dok ikut resepi =)

      Delete
  13. Nasi lemak buat sendiri lagi puaskan... k nrl paling suka ikan bilis goreng tu lebih sikit... ^__^

    Sama2 kita berdoa semoga MH370 yang hilang akan ditemui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka taruk ikan bilis banyak-banyak, baru ada feel ye dak =)

      ye kan, mana dia pergi huh? suspend

      Delete
  14. sedapnya nasi lemak...apa yg penting anak2 suka dan paling penting dapat pujian dari anak kan, kalu akak dah kembang hidung dibuatnya..hehehe

    moga semua crew dan penumpang selamat,selagi tak dapat apa2 berita,kita jgn putus harapan mendoakan yg terbaik utk mereka kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kembang hidung oun kak wei
      bukan selalu dapat pujian pun kan

      itulah harapannya kan kak, entah apa nasib mereka
      berharap dan terus berharap =)

      Delete
  15. Belum lagi makan, dah tengok pun dah terliur. Sedap nampak nasi lemak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah sedap, dimasak dengan kasih sayang tu..hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...