Topeng Muka Kain Yang Selesa

7:48:00 am Yana Yani 53 Comments

Topeng Muka Kain Yang Selesa | Cuaca berjerebu sudah lama berakhir tapi baru sekarang YY berkesempatan nak bercerita mengenai topeng muka kain yang YY belikan untuk Afif dan Aisyah pada bulan lepas. YY memang dah lama cari topeng muka jenis kain. Lama juga YY survey sebab agak sukar mencari topeng muka jenis kain. Even kalau ada, harga dia agak mahal dan ianya berdasarkan jenis kualiti kain yang digunakan. Cari punya cari, YY terjumpa Facemask Baila. YY sangat suka servis yang ditawarkan.

Ketika YY hubungi empunya perniagaan, dia kehabisan stok topeng muka kain yang YY inginkan. Atas sebab itu, dia minta YY menghubungi dia semula seminggu dari tarikh YY mula hubungi dia. Disebabkan YY ni jenis pelupa, YY meminta dia yang menghubungi YY sekiranya stok sudah ada.

YY secara jujurnya tidak menjangka untuk dia menghubungi YY semula. Based pada pengalaman YY dengan perniagaan online lain sebelum ini, kebiasaannya mereka memang tidak akan menghubungi semula even seribu janji sudar ditaburkan. Tapi berbeza dengan Facemask Balia.

Dia menghubungi YY dan meminta YY melihat rekabentuk atau design yang YY inginkan. Dia juga menyarankan apa yang sesuai berdasarkan bentuk muka Afif dan Aisyah. Seriously YY sangat impress dengan servis yang ditawarkan.

Ini memang cara yang bagus untuk jaga hati pelanggan (^_^)

Topeng Muka Kain Yang Selesa
Topeng muka kain untuk Afif dan Aisyah

Setelah membuat pilihan, YY terus membuat pembayaran berdasarkan harga yang dipersetujui. Hati YY terus berbunga apabila YY diberikan tracking number pada hari yang sama. Efficient betul!

Selang beberapa hari kemudian, topeng muka kain tersebut selamat YY terima. Afif dan Aisyah sangat teruja apabila YY meminta mereka mencuba topeng muka kain tersebut. Masing-masing nak kata diorang comel bila memakai topeng muka tersebut.

Topeng Muka Kain Yang Selesa
Afif dan Aisyah berposing (^_^)

Pada YY, topeng jenis ini selain daripada ianya selesa dipakai, ia juga lebih menjimatkan dari segi kewangan sebab ianya tahan lama. Ia juga bagus untuk environment sebab ianya boleh dibasuh dan dipakai semula pada bila-bila masa. Contoh paling mudah kalau anak-anak kita terkena sakit yang diakibatkan oleh virus. So topeng muka mampu mengurangkan peratus untuk virus tersebut terus tersebar.

Topeng Muka Kain Yang Selesa
Afif dengan trademark dia, PEACE!

Selain daripada itu, topeng muka jenis kain ini ianya mempunyai corak yang menarik. YY geram dok tengok macam-macam attractive design yang dijual oleh Facemask Balia. Kalau ikutkan perasaan tamak haloba, memang semua jenis design YY nak borong! Mujur YY time nak beli tu terbayang muka MyChintaHati. Insaf sekejab! Hehe!

Topeng Muka Kain Yang Selesa
Nak buat PEACE juga, tapi tak jadi! Hehe!

Kalau korang berminat untuk membeli topeng muka jenis kain, YY sangat recommend korang beli melalui Facemask Balia. Mereka boleh dihubungi melalui fanpage yang YY share di bawah. Servis yang bagus seperti ini harus disebarkan (^_^)

Cara Tempahan=============Guideline pemilihan facemask untuk kanak-kanak:(a) Umur 7 bulan ke 4...
Posted by Facemask Baila on Sunday, 25 October 2015

YY rasa sampai di sini sahaja bebelan YY untuk hari ini. Semoga bertemu lagi di lain masa. Assalamulaikum (^_^)

53 comments:

  1. cantiknya. ada banyak design. thanks for sharing sis :)

    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Saya pun ada satu topeng muka kain ni, YY. Kawan beri dari Jepun. Comel aje kalau saya pakai tau tapi saya jarang pakailah sebab saya perasan saya ni kebal dari jangkitan penyakit ^_^

    Kalau suruh saya pilih dah tentulah saya bias sikitkan, memanglah Aisyah yang comel pakai face mask siap tocang dua macam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk diri sendiri tak ada..hehe
      saya belikan tuk budak berdua tu
      bimbang juga dengan keadaan cuaca tak menentu kan

      mama dia pula yang kembang lebih walau yang dipuji tu si anak...hehe

      Delete
  3. memang kreatif lah yg cipta mask ni sis.. nampak menarik kan...senang nak pkaikan kat anak2... cute ja... boleh simpan kot2 nti jerebu dtg lagi... sini susah nk dpt mask dr jenis kain ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...dia ada banyak design lain tuk bebudak
      kena rajin belek FB dia tu
      eh atie order lah daripada dia..dia boleh post terus ke rumah

      Delete
  4. Cantek...berwarna warni... nampak pun lebih selesa...terutama bagi kanak2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik bunda
      harga dia pun lebih murah berbanding yang sama jenis

      Delete
  5. Salam, anda terpilih untuk blog review Ayuni!
    http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/11/november-blog-review.html

    ReplyDelete
  6. comelnya topeng muka tu.. jahitan pun nampak kemas je..

    ReplyDelete
  7. bagus mask lagu ni..takyah la kejap2 nak beli kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah salah satu tujuan saya beli hak jenis kain ni

      Delete
  8. wow. terbaik ni YY.
    aida pun nak ler utk anak2.
    boleh basuh, kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh basuh aida
      kos dia mungkin sikit mahal daripada harga mask biasa
      tapi worth it sebab boleh pakai banyak kali =)

      Delete
  9. cantik..boleh pakai dalam jangka masa yang panjang...

    ReplyDelete
  10. comelnyer dua beradik ni pakai mask...hehehhe...mask dia cute laaa....sy suka mask mcm tu...selesa bila nk pakai....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mama dia yang kembang semacam ni deanna =)
      tu yang saya pun suka tau
      sebab selesa selain daripada cute =)

      Delete
  11. tulah kan diana
    memang perlu ada benda ni

    ReplyDelete
  12. cantiknya topeng muka nampak mcm selesa sangt, kalau gini gaya nya mesti nk pakai selalu jdikan fesyen tkyh tunggu jerebu lgi haaha kannYY

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..boleh juga jadi fesyen kan kak noor...hehe
      tapi bagus ada benda ni sebenarnya

      Delete
  13. Cantik dan kemas face mask tu. Akak pun teringin nak ada satu macam ni. Comel budak2 tu bergaya dgn mask masing2. Si bujang suka memang suka doraemon ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun puas hati bila dapat
      sebab ngam sangat dengan muka diorang
      dia suka ultraman..tapi ultraman tak ada
      so bila tanya, dia tunjuk doreamon
      belikan ajelah =)

      Delete
  14. hahahahha.....mak dia kembang lg cute....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kembang tu yang menambah ke"cute"an kan =)

      Delete
  15. Memang terbaik design dan servisnya. Harga mcm ne sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dia masa saya beli tu RM7/pc
      postage lain harga

      Delete
  16. cantik..ada jgk cari x jumpa..nnti leh silau2 gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba beli kat sini lya
      boleh tahan juga harga dan design dia =)

      Delete
  17. selain jerebu.. kalo pakai time nak vacuum rumah pun hokay ni.. kalo dak asyik sok sek sok sek sesema lepas tu hewhwh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu CT
      bebila boleh pakai mask ni
      sebab tu akak beli jenis gini

      Delete
  18. eh eh eh..topeng muka Aisyah warna pink lah...auntie JM nk boleh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pegang pun kena marah JM wei
      lagilah nak bagi orang, memang tak lah jawabnya

      Delete
  19. untung tau YY beli topeng muka kain ni sbb leh basuh.kalau beli yg biasa tu pakai buang tu...rugi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tu pasal saya beli yang ni
      sekali beli mungkin terasa mahal
      tapi sebenarnya ia lebih menjimatkan

      Delete
  20. cantik topeng muka ni, akak ada cari juga, tapi tak jumpa, mungkin nanti bolehlah akak beli.

    baguslah peniaga tu, moga perniagaan dia bertambah maju dan terus dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak cuba beli yang saya syorkan tu kak
      memang sangat puas hati dengan servis dia
      saya sangat recommend akak beli dengan dia

      Delete
  21. Alahai comelnya budak dua org ni pakai mask.... Mahal tak YY.... Kalau org tua sesuai gambo apa? Takkan frozen pulak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah survey, dia jual murah sikit dari yang seller lain
      yang jual benda yang serupa, masa saya beli rm7 satu
      orang tua ada banyak design kosong...
      kalau pakai frozen pun apa ada hal...comel apa...hehe

      Delete
  22. Haha.. saya pun berkenan ni.. tapi lepas musim jerebu tak jadi beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya beli dah nk habis musim jerebu juga
      mujur boleh basuh, simpan
      idak sakit juga jiwa dan raga...hehe

      Delete
  23. Wah! Ade gak topeng muka macam ni ye... Xde budak2, maka tak tahu le... Mesti senang nak suruh diaorang pakai sebab nampak menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada! untuk orang besar pun ada
      cumanya kalau budak pakai lebih nampak kecomelan tu =)

      Delete
  24. Wahhhhh, dah lama mekja cari topeng muka jenis kain ni. Terima kasih sis sudi berkongsi :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde masalah
      memang selesa jenis kain ni kan

      Delete
  25. Hihihi, betol tu sis. Tapi Jah dok cari dkt fb. Apesal lah tak jumpa2 ni. rupanya jah search balia, bukan baila. adoi la. hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually boleh terus klik link kat atas
      lagi senang. tapi dah jumpa takpelah..hehe

      Delete
  26. Gembira betul saya jumpa entri ni..! thanks share story..sbb saya memang tercari-cari mask jenis macam ni,senang boleh pakai berkali-kali bukan macam pakai buang..
    dulu mencari,tapi saya beli dekat GM klang aja la.. dia ada corak,RM5..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul. tak rugi beli walau harga dia mungkin agak mahal
      tapi worth it sebab tak payah beli banyak kali kan
      akak ni banyak beli online yunk
      tak nyempat beli kat luar =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...