Afif Dah Seronok Bersekolah (^_^)
Tahun lepas adalah tahun di mana aku diuji dengan pelbagai karenah Afif yang tak mahu ke sekolah. Jenuh nak melayan karenah dia yang kadang kala buat aku geram.Paling tension bila tiap kali bangun pagi dia akan menangis sebab tak mahu ke sekolah. Kadang aku seret aje dia masuk bilik air especially kalau Encik suami kerja di shift pagi.
Dia naik lemak kalau dengan aku aje, dengan Papa dia tak berani angkat muka.
Tapi as time goes by, dia dah mula boleh menyesuaikan diri. Aku pula yang kena marah kalau lambat bersiap untuk hantar dia ke sekolah.
Kalau tahun lepas dalam seminggu mesti ada sekali dia absent. Tapi tahun ni tak pernah sekali pun dia tak ke sekolah kecuali time jerebu teruk hari tu.
Afif dah mula ada perasaan seronok ke sekolah.
Dia pun Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik untuk suku pertama tahun ni. Cuma dia masih lagi seorang yang susah untuk bangun pagi. Kalau tak seratus kali kejut, memang bukan dia.
Kalau dah masuk bilik air pula tak reti nak keluar. Kalau dibiar memang dia boleh stay berjam lamanya dalam bilik air tu. So pagi-pagi dia dah dengar Mama dia nagging. Hehe!
Walau dah kena nagging, dia tak pernah ke sekolah dalam keadaan masam mencuka. Sekarang ni dia sentiasa mengukir senyuman setiap kali ke sekolah.
Lega aku rasa.
Minggu sebelum cuti sekolah hari tu, dia tak bagi aku hantar dia ke sekolah. Dia kata dia dah besar, boleh pergi sendiri. Tapi sebab paling utama dia kata aku lambat bersiap.
Macamana tak lambat? Tiga orang aku nak kena siapkan termasuk diri aku sendiri. Boleh dia kata aku lambat, sabar ajelah!
Walau dia tak bagi aku hantar, aku tetap mengikut dari jauh. Bimbang juga kalau ada benda buruk berlaku. Dah pasti dia masuk ke kawasan bekolah baru aku masuk ke dalam rumah.
Minggu pertama sekolah selepas seminggu bercuti ni, belum dengar lagi dia kata nak pergi sendiri. Tapi kalau dia nak buat juga, jenuh pula aku nak bersoal jawab dengan Aisy.
Aisy memang akan bertanya tiap kali dia tak nampak Abang dia. "Abam ne?" - Abang mana?
Bila aku kata Abang dia dah ke sekolah dia akan kata, "Aiya, nak tut" - Ala, nak ikut.
So moralnya, biar aku hantar walau lambat! Hehe!
Cuma perasaan bahagia bila dok tengak dua permata hati ni mengukir senyuman memang susah untuk aku desribe dalam bentuk perkataan.
Yang pasti ianya memberi aku semangat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai seorang isteri, Mama dan pekerja. (^_^)
35 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿