Afif di Sukaneka (^_^)

10:18:00 pm Yana Yani 6 Comments

Hari ni adalah hari sukaneka sekolah Afif. Aku sebenarnya adalah orang paling bersemangat nak pergi. So pagi-pagi lagi aku dah bangun. Excited okay!

Sebelum pergi aku pastikan Afif dan Aisy bersarapan dahulu walau hanya sekeping roti dan sekotak susu. Lagipun sarapan tu kan penting. Bolehlah Afif berlari laju sikit nanti. Hehe!

Walau jarak antara rumah dengan padang futsal taman kami ni tak berapa jauh, jalan kaki pun tak rasa semput. Tapi seperti biasa kami tetap orang terakhir yang sampai. Hehe!

Ibubapa lain dan penuh memenuhi keliling padang futsal.


Acara tetap diteruskan walau cuaca kelihatan macam nak hujan ribut.

Acara dimulakan dengan perbarisan masuk pelajar-pelajar dan nyanyian lagu Negaraku dan Pasti. Disusuli dengan bacaan ikrar dan doa.


Sementara menunggu acara seterusnya, pelajar-pelaajar diberikan sarapan. Afif pula setia bersama kawan baik dia yang kebetulan satu rumah sukan dengan dia.

Muhamad, Amirul dan Haziq Haikal merupakan kawan baik Afif. Afif selalu ceritakan aktiviti di sekolah dengan budak bertiga ni. Aku sampai dah boleh hafal nama diorang.

Tapi paling kerap dia sebut Haziq Haikal yang duduk paling kanan sekali.



Tak lama lepas tu bermulalah acara sukaneka. Of course aku hanya ambil gambar bila Afif involve aje! Hehe! Acara masukkan air dalam botol, paling kelakar pada aku.

Orang lain perah air masuk botol. Afif perah air dekat luar! Ada seorang Mak ni agaknya tak tahan tengok air tak masuk-masuk, dia tolong pegangkan botol. Adeh! Penat aku ketawa!


Team Afif, rumah hijau menang acara ni! Yeah!

Acara seterusnya dan yang terakhir adalah bawa bola ping pong menggunakan sudu. Afif paling excited acara ni! Rumah hijau dapat tempat kedua acara ni. Bolehlah!


Sukaneka ni turut dimeriahkan dengan kehadiran Exco Selangor yang juga merupakan ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Meh kita usha beberapa lagi gambar yang sempat aku snap sebelum upacara penyampaian hadiah.


Acara yang paling ditunggu pada hari tu adalah upacara penyampaian hadiah. Rumah hijau menjadi naib johan berdasarkan mata terkumpul. Jadilahkan, dapat hadiah juga! Hehe!

Nampak tak wajah happy Afif? Priceless


Begitulah berakhirnya acara sukaneka sekolah Afif. Afif dan Aisy ceria aje sepanjang hari tu. Mama pun tumpang happy. Moment macam ni lah yang bagi aku membahagiakan!

Next week ada majlis konvokesyen pula. Aku teruja! (^_^)

6 comments:

  1. seronoknyer afif..tapi mesti penat dia...ibu dan adik afif yg paling lawa kat situ tau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia teramat seronok
      balik rumah, bantal dia cari dulu
      dia bantai tidur sampai ke petang, mama pun join sekali =)
      hehe...perli ke apa tu =)

      Delete
    2. hehehehhe..puji la sis..suka tengok muka sis..bersih jer,takda masalah kulit langsung,aisy pun cantik ikut mak dia...

      Delete
    3. hehe...macam-macamlah pn kathy ni tau
      tak adalah sampai tak ada masalah kulit langsung
      kan dia ikut hormon, tp yang penting saya suka makan sayur!
      aisy of course memang cantik...hehe =)

      Delete
  2. seronok kan tengok mcm mcm karenah n gelagat budak2 bila bersukan..kelakar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...saya sampai penat ketawa
      rasa macam nak tolong pun ader jugak =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...