Petua Untuk Kurangkan Batuk Berkahak
Lepas Aisyah disahkan menghidap pneumonia atau jangkitan pada paru-paru, aku agak risau setiap kali dia batuk berkahak. Baru-baru ni dia batuk berkahak lagi. Susah hati tak boleh cakap!Takut terpaksa melalui episod keluar masuk hospital lagi. Tak sanggup tengok dia "dikerjakan" oleh doktor-doktor. Membayangkannya pun buat aku rasa takut!
Doktor pernah kata penyakit tu memang akan berulang sebab pada usia Aisy ni, antibodi sedang dibina. Dan dia tak cukup kuat nak lawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus atau bakteria.
Berbekalkan stok ubat yang masih ada, aku berikan pada Aisy. Ubat dah nak habis, tapi Aisy masih lagi batuk! Dan ia berterusan selama hampir dua minggu!
Kebetulan masa nak hantar Aisy ke rumah Mak Jumaat lepas, Mak tengah tengok Nasi Lemak Kopi O dekat TV9.
Aku dengar Farah Diana Anuar (dulu dikenali sebagai Farah AF) kata, "Anak saya selalu batuk berkahak kebelakangan ni, saya akan kongsikan petua bagaimana nak kurangkan batuk tu lepas ni."
Dengar aje dia cakap macam tu, aku terus pesan pada Mak suruh dengar petua apa yang dia nak bagi. Aku nak tengok tak sempat sebab dah lambat nak pergi kerja! Hehe!
Balik aje kerja aku terus tanya Mak petua yang Farah bagi. Mak kata dia suruh goreng bawang putih dengan minyak yang sedikit.
Lepas minyak dah sejuk, sapukan pada bahagian dada dan belakang baby. Tapi hanya sapu pada waktu malam sahaja! Kata Mak lagi, tu petua turun temurun Farah.
Aku rasa tak ada salahnya cuba, lagipun Aisy dah dua minggu batuk berkahak.
Malam tu Encik suami ajak pergi klinik ambil antibiotik. Doktor nasihatkan ambil gas sebab Aisy agak susah nak bernafas.
Hari Sabtu baru aku berkesempatan sediakan benda seperti yang diberitahu oleh Mak pada aku. Malamnya aku sapu pada Aisy. Malam kedua pun aku buat benda yang sama.
Hari Isnin bila nak pergi kerja, aku perasan malam tadi Aisy tak batuk lagi.
Pagi bangun pun dia ceria aje. Mujarat betul petua Farah Anuar ni! Tak tahulah disebabkan antibiotik atau gas. Tapi aku rasa seronok!
Tengahari aku tanya Mak perkembangan Aisy, dia cakap Aisy elok aje dan tak batuk lagi. Alhamdulillah! Lega dengar! Sampai hari ini Aisy nampak okay berbanding sebelumnya!
So pada parents lain yang mungkin mengalami masalah yang sama, mungkin boleh cuba petua ni! All the best!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿