Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah | Dah agak lewat untuk share benda gini terutama sekolah dah masuk penggal kedua persekolahan bagi sesi 2015. Tapi sebenarnya untuk ilmu, tiada sebarang expiry date (^_^)Kami adik-beradik dididik supaya memberikan surat rasmi tiap kali tidak hadir ke sekolah. Kata Abah cara ini akan buat orang lebih hormat pada kita. YY sejak dari zaman dari sekolah dulu merupakan tukang tulis surat sekiranya YY atau adik-adik tidak hadir ke sekolah. Abah hanya bertindak sebagai penandatangan.
Sampai ke satu peringkat, YY guna typewriter lepas tu photostat aje bebanyak sebab dah malas sangat nak menulis tangan walau Abah selalu kata tulisan tangan YY berseni. Bila zaman dah berubah, YY gunakan pula komputer untuk menulis surat rasmi. Sehingga sekarang surat tu masih lagi digunakan oleh adik YY yang paling kecil.
So bila dah anak sendiri, YY cuba untuk menerapkan benda yang sama. Bezanya size surat makin kecil dan isi kandungan dikurangkan disebabkan PENJIMATAN! (^_^)
Nampak tak? Masih lagi rasmi, cuma isi kandungan YY ringkaskan seringkas mungkin hanya untuk memastikan ianya muat kertas bersaiz A5. Lepas tu YY buat aje salinan bebanyak.
Tapi surat ni pun YY bukan main sesuka bagi aje. Kalau ada MC dari doktor, YY akan attach kan sekali sebagai bukti kenapa Afif tak hadir pada hari tersebut. Bukan main simply bagi aje. Lagipun nak mendidik Afif supaya mempunyai valid reason untuk tak ke sekolah. Dia pun tiap kali ke sekolah, mesti dok sibuk suruh YY tulis surat (^_^)
Bagus! At least dah tersemai sikit benih tanggungjawab tu dalam diri Afif (^_^)
Setakat hari ni, Afif punya kedatangan okay lagi. Kalau tak datang pun memang sebab dia benar-benar tak sihat. Bila kembali ke sekolah, YY bekalkan surat di atas. Macam exam bebaru ni. Disebabkan surat di atas, Afif dibenarkan sit semula exam. Lega juga hati. Kalau tak mesti banyak lompongnya. Hehe!
Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
Entri berkaitan
Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah
Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan
Teknik Menyusun Buku Mengikut Jadual Sekolah
Perkongsian menarik YY... boleh la saya pinjam ayat2 tu jugak nanti... Dah lama tak menyusun ayat utk surat rasmi.... hehehe
ReplyDeleteStail kat sini tak perlu surat menyurat.... kena call sekolah bila anak2 tak ke sekolah... percaya betul pihak sekolah kat parents... kalau sakit pun, tak perlu nak MC bagai... huhuhu
Bagus nie ... Leh ler terapkan ... Biasa tulis tangan jer ...
ReplyDeleteBgusnya ibu yang prihatin mcm ni.. kalau x sian anak nak kena marah dgn cikgu sb hadir tak bersebab.. dapat pulak duduki peperiksaan ni legalah.. at least boleh tahu apa prestasi Afif...
ReplyDeleteDh masuk sek men, ramai yg tak nak atau mengambil mudah hal ni..letih cikgu2 nk asyik ingatkan.. lagi satu selain surat rasmi ni, laporan juga perkara wajib tahu..oleh semua orang..
bagus tindakan mama tu..cikgu zuki sokong 100%!
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteMenariklah.. boleh dijadikan panduan..
terima kasih di atas perkongsian... Copy ye.. TQ..
singgah pagi
ReplyDeletesaya pun dulu selalu tulis surat tak datang sekolah kat kawan saya... nak kata tulisan cantik tak jugak hahaha
ReplyDeletebagus sebenarnya jika ada surat macam tu kan, cikgu pun tahu kenapa anak2 kita tidak hadir ke sekolah..bagus perkongsian yana ni
ReplyDeletewow, zaman sekolah dulu pun parents saya suruh tulis surat macam ni kalau tak dapat hadir ke sekolah..setuju dengan ayah kak YY, benda ni boleh melatih rasa hormat dalam diri.nasib baik dah kerja sekarang tak buat..heeh
ReplyDeletedulu saya pun jadi tukang tulis.. kadang2 tukang sign sekali sebab abah malas nak sign katanya.. hoho.. aci tak kak yana..? bagus jugak format surat kak yana ni.. boleh tiru nanti.. hehe..
ReplyDeletew/pun mak abah bukan org belajar tggi, mereka pun apply surat menyurat ni.. tapi tulis tangan laa.. tak dak la formal sangat cam ni.. tulis versi org kampung.. cikgu2 pun respek sebab mak bapak pentingkan semua ni.. :)
ReplyDeleteSama la sis.. Mak ayah kathy pun ajar kami buat mcm ni dan kathy pun apply kat anak² juga sekarang.
ReplyDeletebrilliant idea buat gitu.
ReplyDeleteaida kalau ada mc, bagi mc aje or time slip klinik.
if cuti sebab selain dari sakit, aida print out surat.
Saya memang penulis surat rasmi sejak zaman sekolah lagi. Idea saya jerk yang diguna pakai tau. Benci *dalamhatibanggatakingat*
ReplyDeleteLebih kuranglah isi kandungan surat rasmi YY dan saya ni. Masa tahun 1 dahulu saya selalu juga beri surat rasmi walaupun anak sakit sebab si Abang memang liat nak pergi klinik dulu. Sampai satu masa cikgu pesan, kalau sesiapa tak datang mesti beri surat MC, surat dari makbapak tak boleh terima!
Mmg wajar ada surat.. Takde surat kira ponteng..
ReplyDeleteTQ...CONTOH SURAT PUAN DIJADIKAN RUJUKAN UNTUK SAYA TULIS SURAT KEPADA SEKOLAH.
ReplyDelete