Teristimewa Buat Aisyah (^_^)

7:21:00 am Yana Yani 36 Comments

Yang teristimewa anakku Dayana Hanna Aisy,

Pejam celik hari ni dah genap tiga tahun Aisyah menjadi teman penghibur buat Mama, Papa dan Abang. Tak sangka cepat betul masa berlalu.

Rasanya macam baru semalam Mama mabuk teruk ketika mengandungkan Aisyah. Aisyah tahu tak yang Mama masuk wad lebih dari enam kali kerana kekurangan air? Teruk betul rasanya.

Mama langsung tak mampu menguruskan diri sendiri. Mujur Papa adalah insan yang paling memahami ketika Mama dalam situasi yang cukup susah Mama nak gambarkan.

Mungkin satu hari nanti Aisyah akan mengalami sendiri. Cuma Mama berdoa agar Aisyah tidak mengalami kesukaran sepertimana Mama ketika mengandungkan kamu.


Anakku Aisyah,

Mama kembali sihat seperti sediakala ketika melepasi fasa pertama kehamilan. Mama tak reti nak duduk diam malahan ligat seperti bukan wanita mengandung. Papa selalu bising (^_^)

Segalanya berubah ketika kamu berusia lapan bulan di dalam perut apabila doktor mengesahkan yang Mama mengalami Placenta Previa type 3 yang memerlukan Mama berada di bawah jagaan doktor.

Masa ni doktor kata Mama berkemungkinan memerlukan pembedahan bagi menyelematkan dua nyawa iaitu Mama dan juga kamu. Tapi kuasa ALLAH tiada siapa dapat menghalang.

Uri yang dikatakan menutupi sepenuhnya laluan untuk kamu keluar beralih dan kamu boleh dilahirkan secara normal. Syukur sebab Mama terlalu takutkan pada pembedahan (^_^)

Kamu selamat dilahirkan pada Hari Jumaat, 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433 pada pukul 1:17 pagi. Kamu berat sikit dari Abang ketika lahir, 2.9kg


Anakku Aisyah,

Kelahiran kamu telah melengkapkan keluarga kita. Mama adalah insan yang paling bahagia dengan kehadiran kamu tak terkecuali Papa dan juga Abang.

Abang walau pada permulaan agak menolak kehadiran kamu tapi dia lama kelamaan menerima dan amat menyanyangi kamu. Mungkin pada peringkat permulaan sukar bagi diri dia.

Tapi selepas beberapa ketika dia sudah boleh menerima dan amat protective apabila melibatkan kamu Bayangkan tak ada sesiapapun dibenarkan menyentuh kamu tanpa keizinan dia.

Bila teringat bagaimana Abang yang ketika itu berusia tiga tahu mampu menjaga kamu, Mama rasa amat terharu. Tangan kecil itu begitu berjasa sepanjang kehadiran kamu.

Hormatilah Abang kamu tu walau Mama dan Papa mungkin tiada lagi untuk menemani perjalanan kamu berdua. Dia tetap berjasa dengan cara dia yang tersendiri.


Anakku Aisyah,

Papa pula ada insan yang paling bangga dengan kehadiran kamu. Mana tidaknya, kamu adalah "bunga" pertama dalam keluarga di sebelah Papa.

Papa terlalu banyak berkorban demi membesarkan kamu dan Abang. Mungkin dia orang yang paling kamu geruni tapi jangan lupa bahawa dia juga adalah orang yang sering kamu cari.

Kamu dengan Papa sanggap akrab. Semua benda yang baru kamu buat atau dapat, mesti nak tunjuk pada Papa. Bangun pagi pun cari Papa kecuali kalau nak susu, baru kamu cari Mama (^_^)

Sayangi dan hormatilah Papa sehingga akhir hayat dia. Tanpa dia, tiadalah Abang dan juga kamu. Tanpa pengorbanan dan kasih sayang dari dia, tiadalah kegembiraan Abang dan juga kamu.

Janganlah sia-siakan manusia yang kamu gelar Papa ni.


Anakku Aisyah,

Bersempena ulang tahun kelahiran kamu yang ketiga ni, Mama nak ucapakan SELAMAT HARI JADI. Percayalah bahawa Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu dan juga Abang.

Mama mengharapkan supaya Aisyah menjadi anak yang solehah dan seorang yang taat kepada setiap suruhan DIA yang SATU. Mama sentiasa mendoakan kebahagian kamu dan juga Abang.

Mama nak juga kamu tahu bahawa di mana pun kamu berada, kasih sayang Mama tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pun di dunia ni.

MAMA sayang kamu mahupun Abang sama sahaja. Malahan kasih sayang pada kamu berdua melebihi kasih dan sayang Mama pada diri sendiri.

Kalau diri ni perlu dikorban sebagai bukti kasih sayang, Mama sanggup lakukannya tanpa sebarang rasa ragu-ragu. Ini kerana Mama sememangnya SAYANG pada kamu.


Anakku Aisyah,

Mama mewakili Papa dan Abang mendoakan semoga Aisyah sentiasa bahagia dan ceria sepertimana Aisyah yang kami kenali sejak tiga tahu yang dulu.

Teruskanlah menjadi penghibur hati kami dan semoga kamu sentiasa di dalam rahmat DIA yang SATU. Sekali lagi SELAMAT HARI JADI diucapkan SAYANG!(^_^)

Yang teramat menyanyangi kamu
Mama


36 comments:

  1. Selamat hari lahir yg ketiga buat Aisyah....
    Semoga membesar sebagai anak solehah yang membahagiakan mama dan papa...
    Ingat pesan mama ni tau :)
    Aunty pun touching jer rasa baca nukilan ni walau ianya ditujukan utk Aisyah... Baca sambil duk ingat yg ni mama aunty yng tulis... Betapa tulusnya kasih seorang insan bergelar IBU :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yang menjadi ibu pasti mampu
      melahirkan nukilan seperti ni sebab kita ibu =)
      apapun terima kasih ye

      Delete
  2. Happy birthday Aisy.. oo..dekat tarikh birtday Aisyah dengan Afif ya.. seronokla sambut hari jadi, boleh buat sekali.. moga Aisyah membesar jadi insan hebat yang berjasa kepada keluarga dan negara ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan memang lain, tapi kalau hari memang dekat sangat =)
      memang boleh celebrate sekali, tapi payah juga sebab ada yang dah pandai jealous
      apapun terima kasih AN
      aminnnn

      Delete
  3. Selamat ulang tahun kelahiran, Aisyah. Moga membesar menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye

      Delete
  4. Happy 3rd Birthday buat si Cute Aisyah. Sedapnya nama penuh, tak susah ni nak sebut senafas. Hahaha!

    Terkejut tengok gambar Yana yang pertama. Ingatkan nak bagi 'hadiah' buat Aisyah. Manalah tahu ada adik baru. Hihihi... Lebatnya rambut Aisyah masa lahir sama macam superheroes saya berdua. Berat masa lahir sama dengan si Abang ler, lebih sikit 2.96kg tapi Abang keluar sebulan cepat.

    Tak banyak beza si Aisyah masa baby dengan sekarang ni. Mukanya sama je tak banyak berubah ye. Yang penting, comel memanjang. Susah si Afif nak jaga bila dah besar ni. Tapi takpa, catwoman ni dah cop nak buat menantukan! Hahaha....

    Be a good girl, Aisyah. Be a good daughter. Be a good Muslimah yerk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susahkan, tapi kalau sebut dengan nama papa dia, sikit tergeliat juga kot..hehe
      hak tu masa mengandungkan aisyah, saja aje letak
      kot nanti dia dah besar baca blog ni, dia tahulah kan =)
      bab adik lama lagi kot, saya kena berpantang lepas rawatan iodine aritu

      hehe...comel memanjang ye. apapun terima kasih ye MD
      sweet komen ni, i like =)

      Delete
  5. nama dia Dayana Hanna Aisy ke? nama panggilan Aisyah la ye? kompius kejap masa memula baca.
    Selamat Hari Ulang Tahun Aisyah..semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi muslimah solehah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a mar, saya aje yang gelar dia aisyah tu =)
      apapun terima kasih ye
      aminnn

      Delete
  6. Selamat haro lahir aisyah. Smoga membesar sebagai anak yg solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye =)

      Delete
  7. Selamat hari ulang tahun ke 3 Aisyah! Si gadis comel yang lincah. Semoga sihat membesar sebagai Johan! Mungkin sudah tiba masanya untuk Aisyah dapat adik kot... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. si gadis comel yang lincah, suka ayat ni =)
      aminnn, saya memang mengharapkan begitu
      tapi bab adik perlu diketepikan dahulu walau berkeinginan
      saya perlu selesaikan rawatan dahulu

      Delete
  8. Selamat hari jadi Aisyah.. Moga kamu membesar menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye
      aminnnn

      Delete
  9. Dear aisyah...selamat hari lahir yer? Moga Allah sentiasa melindungi mu selalu. Aunty kathy berdoab agar aisyah sentiasa sihat dan membesar menjadi anak yang solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih kak
      mudahannya, aminnnn =)

      Delete
  10. Salamat ulang tahun Aisyah...comel selalu tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih
      hehe...comel selalu pastinya =)

      Delete
  11. selamat harii lahir aisyah ... semoga membesar menjadi anak seperti yg mama kamu harapkan ... aaamin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih vee
      aminnnn

      Delete
  12. Hepy Bezday Aisyah....sedap nama Aisyah....
    Ingat dan ikut kata kata nasihat dari mama dan papa. Moga makbul doa seorang ibu.
    Anak okje paling besar 2.56 YY....si bongsu hihi....anak kecik kecik mak bukan main besau

    ReplyDelete
    Replies
    1. on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye OKje
      kecil aje anak OKje, saya ni aisyah paling besar
      tu pun susah juga nak neran =)

      Delete
  13. Happy birthday, Aisyah.
    Dah besar sekarang.
    Moga menjadi anak solehah.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah...
    aisyah sgt comel dari baby..
    tang bulu kening lebat tu cantik.

    selamat ulangtahun kelahiran yang ke-3 buat asiyah.
    semoga terus membesar mbenjadi ank y berjaya duniakhirat.
    semoga aisyah membesar menjadi ank gadis y cantik paras rupa & baik budi pekertinya..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...semua budak comel kan lya =)
      apapun terima kasih ye
      sweet sangat ucapan tu...aminn

      Delete
  15. Alhamdulillah... happy belated birthday buat Aisyah... semoga sentiasa sihat & ceria sekeluarga... aamiin aamiin ya Rabbal alaamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih KK
      aminnn, begitulah harapannya =)

      Delete
  16. selamat hari lahir aisyah..sama umur dan sama bulan kelahiran dengan adrien rupanya ya..adrien hari ni 9 disember..semoga aisyah terus membesar menjadi anak yg solehah,hormat kedua ibu bapa..cemerlang didunia dan di akhirat ye sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? happy belated birthday untuk adrien ye =)
      aminnnn kak
      terima kasih sesangat, rasa nak menangis pula

      Delete
  17. hapy belated besday aisyah.
    sayu je baca nukilan yy ni smga aishah mbedar sbgai anak solehah.aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye QR
      seorang ibu QR, pasti QR juga akan buat benda yang serupa =)

      Delete
  18. happy belated besay Aisyah dari auntie JM..semoga menjadi anak yg taat dan patut cakap mama ye aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. on behalf of aisyah, saya ucapkan terima kasih ye JM
      aminn

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...