Part I: Pengembaraan Dan Makan-Makan (^_^)

6:56:00 am Yana Yani 40 Comments

Sabtu baru ni YY ada appointment di HTAR Klang. Ada ujian darah yang perlu dilakukan di sana. Untuk pesakit hyperthyroid seperti YY, ujian darah adalah perkara biasa.

Cuma yang luar biasa pada hari tu adalah pengembaraan yang kami tempuh.

Kebetulan hari tu Encik suami tak ada. Kami ke hospital dengan Angah. Tapi pada masa yang sama Angah ada temujanji dengan Pusat Servis Proton. So Angah hanya drop kami di hospital.

Afif sebenarnya keberatan untuk membenarkan YY ke hospital sebab dia bimbang YY akan masuk ward lagi seperti sebelum ni. Tapi selepas diterangkan, dia pula terlebih excited.


Kebiasaannya bila ada temujanji dengan Klinik Pakar di hospital ni, manusia ramai. Tapi hari tu tak ramai sangat, mungkin disebabkan hari Sabtu.

YY juga tak menjangka dalam tempoh setengah jam settled urusan pengambilan darah. Disebabkan habis awal dari yang dijangka, YY decided untuk naik bas.

Rasanya tak rela menunggu Angah yang entah bila akan settle dengan urusan dia di Pusat Servis tu. Afif punya respond memang YY dah jangkakan.

Bila YY khabarkan tentang planned YY untuk menaiki bas, dia adalah manusia paling seronok! Di sinilah bermulanya pengembaraan kami tiga beranak.

Tahun lepas dia begitu teruja menempuh perjalanan dari Klang ke Berjaya Times Square menaiki Komuter dan Monorail yang begitu adventurous bagi dia. Klik sini kalau nak baca.

Kali ni dia teruja menaiki bas!

Anyway, perjalanan keluar dari Klinik Pakar ke perhentian bas pun terasa sekejab dengan pelbagai soalan dari dia. Padahal jauh juga kami berjalan kaki.


Untuk sampai ke Pusat Servis yang Angah kunjungi memerlukan kami menaiki dua bas.

Satu dari HTAR ke stesen bas Klang. Satu lagi dari stesen bas Klang menuju ke Pusat Servis Proton Pantai Bharu yang terletak di Jalan Meru Klang.

Afif memang terlalu teruja bila dia dapat peluang yang jarang dapat dilakukan. Dalam bas tu asyik tersengih sepanjang perjalanan. Cuma Aisyah yang macam orang cuak.


Hanya dalam bas yang kedua barulah Aisyah mula dapat menyesuaikan diri.

Masa dalam bas kedua ni dia mula nak bercerita dan tersenyum. Kalau tak dia hanya nak duduk atas riba YY aje. Tak mahu langsung berganjak walau Abang dia ajak dia main.


Sebenarnya jarak antara Pusat Servis Proton dan HTAR tak lah terlalu jauh. Tapi disebabkan menaiki public transport, ianya terasa begitu jauh!

YY rasa YY lagi laju berjalan kaki dari bas yang kami naiki. Tapi tak apalah dak, merasalah juga Afif dan Aisyah mengembara.

Lagipun rasanya lebih elok dari menunggu Angah di HTAR (^_^)

Lebih kurang satu jam lebih barulah kami sampai di tempat yang kami ingin tuju. Ini adalah kali kedua kami di Pusat Servis ni. Kali pertama YY dah pernah ceritakan di sini.


Dekat sini Afif dan Aisyah mula rasa selesa dengan suasana sekitar Pusat Servis ditambah dengan kawan baru yang mereka temui di sana.

Budak yang bertudung tu cukup peramah. Malahan celoteh dia buat mereka yang terdengar perbualan antara dia dan Afif turut tergelak.

YY tak boleh lupa cara dia bertanya pada Afif, "Awak, nama awak sape?"

Bila dia tak dapat respond dari Afif, dia cakap, "Awak malu ye? Awak tulis nama awak dekat sini"


Afif sebab ditemuramah oleh seorang awek, dia agak malu untuk menjawab. Even Aisyah yang biasanya peramah juga menjadi pendiam apabila disoal oleh budak tu.

Tak tahulah apa yang menyebabkan mereka diam tiba-tiba. Tapi seriously suka dengan perwatakan budak tu. Sweet sangat cara pakaian dan of course pertuturan dia.

Anyway selepas settled urusan Angah di sana, kami ada tempat lain yang ingin di tuju. Nak tahu ke mana kami menyambung pengembaraan dan apakah menu makanan?

Kena tunggu next entry. Hehe!

YY boleh aje nak tulis sampai habis, cuma YY kesian dekat korang kena baca sampai naik lenguh tangan dok scroll sampai ke ayat terakhir. Untuk kesenangan semua, kita sambung next entry ye.

Till we meet again korang. Assalamualaikum! (^_^)

40 comments:

  1. seronok nek bas kan... tgh plan nk bawa anak2 naik bas dan lrt juga nih... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok cikgu maria
      bukan selalu pun kan dapat peluang gitu
      selalu naik keta aje =)

      Delete
  2. Kak YY, sekarang ni stesen monorail di KL Sentral dah cantik, siap ada sky bridge untuk ke NU Sentral (shopping mall dalam KL Sentral)..Nur dah 2 kali masuk ke shopping mall tu, best...nanti Kak YY bawa la Angah dan Anis ke sana..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? akak memang dah lama tak ke sana lagi
      last pergi tahun lepas tu ajelah
      nantilah kalau ada peluang, akak ajak diorang
      thanks for the info ye nur =)

      Delete
  3. seronok kan bawa anak2 naik bas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok mar, benda baru bagi diorang

      Delete
  4. teringin rasanya nak jalan2 bawak anak tanpa asben.. camna la gamaknya. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni adik-adik dekat
      tu yang suami bagi kelulusan
      kalau tak, tak merasa juga

      Delete
  5. wah excited benor tu ... dah lama sis x naik bas sejak habis belajar dulu ... pandai mak bapaknya didik budak tu . nice jer kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang excited benor, lagipun bebudak kan
      saya pun dah lama tak naik bas, baru ni dapat peluang =)
      betul, memang pandai. respect! =)

      Delete
  6. Bestlah anak2 dapat naik bas. Dah lama tak naik bas.

    ReplyDelete
  7. merasa jugak anak2 naik bas gini..anak saya langsung tak merasa lagi..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba sekali sekala bawa
      mesti diorang pun teruja =)

      Delete
  8. Mesti anak² teruja. Selalu naik keta je bila dapat naik kenderaan awam mesti suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruja sangat kak
      betullah tu, selalu naik keta aje
      sesekali naik kenderaan awam, excited diorang

      Delete
  9. Salam...boleh hantar alamat rumah anda ke email saya . Khairuddinlim@yahoo.com. Tqvm.

    ReplyDelete
  10. Seronok la anak2 yer dpt explore benda baru..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farah
      memang seronok diorang dok explore benda baru =)

      Delete
  11. Budak-budak kalau buat sesuatu di luar kebiasaan mereka, memang mereka rasa seronok. Setakat ni saya pernah juga bawa anak naik bas dan LRT ni setakat suka-suka. Abang tu pernah sekalilah naik bas (Adoi, malu pulak! Sekali je belajar naik bas dengan anak) tapi si Adik belum pernah lagi. Mommy mereka pun dah lupalah YY sistem bas ni. Kang terkial-kial nak masuk duit bayar tambang dengan superheroes yang ligat berpusing keliling badan nih ^_^

    Wah, dominan betul sikap budak perempuan tu ya! Saya bayangkan cara dia panggil Afif tanya nama. Rasa cam nak gelak pulak bila berimaginasi. Afif, jangan jadi macam Bubbly Abang ye bila dah sekolah nanti. Dengan awek pun kena buli!

    Saya ada hati nak bawa superheroes naik train tapi hakikat yang saya sendiri tak pernah naik train adalah sungguh memalukan. Macamana si 'ketam' ni nak mengajar anak-anaknya ya? Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah MD, diorang rasa something yang baru
      bagus juga sebenarnya untuk pembelajaran diorang
      sebenarnya dok bawa budak yang dah besar lagi susah dari bawa baby kan MD
      saya faham sangat kerisauan MD tu sebab saya pun alami
      kalau budak kecil bagi makan aje senyap
      ni dah besar, alahai. pening dengan pelbagai ragam

      afif dengan budak perempuan memang pemalulah
      tapi budak perempuan suka sangat tegur dia =)

      Delete
  12. lamanya CT tak merasa naik bus. ade naik bus pun masa bawak anak murid pergi keluar ada aktiviti. maksudnya yg jenis naik bus loncat ni mencabar. baru2 ni ada CT ke klang kawan kawen.. huuurm jem yang amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu bas ni merupakan pengankutan utama ke opis
      sekarang aje dah lama
      baru-baru ni aje dengan anak-anak, mujur semuanya masih sama =)

      klang ada masa-masa dia jem
      tapi kalau dah jem satu tempat, memang completely jem seluruh klang
      tu yang uniknya bandar klang ni...hehe

      Delete
  13. Seronoknya... comel pulak tengok anak2 mcm tu kan.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sebab benda baru pada diorang kan
      kita pun jadi seonok =)

      Delete
  14. Seronok betul afif dapat naik bas. Anak sulung saay pulak seronok naik komuter.
    Bas belum pernah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kalau dia naik bas, mesti seronok juga tu
      biasanya budak camtulah kan bila jumpa benda baru =)

      Delete
  15. seronok dapat naik bas,anak2 akk ni belum berkesempatan nak bawa naik bas lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebudak kak! pengalaman baru pastinya sesuatu
      yang mengujakan diorang =)

      Delete
  16. seronokkan skali skala bawa anak anak naik bas.
    sy nk try bawa baby naik lrt pulak.
    besar mcm anak saya naik apa ape pon x ksh.tido je. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sebab diorang biasa naik kereta aje
      naik lrt dengan komuter diorang dah
      betullah cik su, usia gitu belum pandai lagi tunjuk ragam =)

      Delete
  17. Hyperthyroid ni macam mana kak?
    sama macam thyroid biasa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hyperthyroid ni keadaan apabila kalenjar thyroid tu leb ih aktif dari biasa
      dia overproduce, tu yang buat laju heartbeat etc =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...