Kita Berada Di Bulan Terakhir 2014 (^_^)

7:39:00 am Yana Yani 36 Comments

Ketika entry ni diterbitkan, kita sudah pun berada di dalam hari ketiga di bulan terakhir 2014, Disember. Pantas sungguh waktu berlalu meninggalkan kita.

YY sendiri pada beberapa minggu terakhir November agak sibuk dengan tugasan di pejabat yang entah dari mana munculnya. Perlu dahulukan benda yang berkepentingan.

Disebabkan kesibukkan itu, waktu untuk blog walking terpaksa dihadkan. Entry yang korang baca ni pun YY auto-publish aje sebab tu korang nampak ada aje entry setiap hari.

Giveaway atau segmen pun YY baru berjinak-jinak sertai dalam bulan ni. Itupun hanya mengisi kekosongan slot pada Sabtu dan Ahad. Auto-published juga tu, janji ada entry keluar (^_^)

YY memang target satu hari satu entry. Setakat ini, sudah dua bulan berturut-turut YY berjaya menerbitkan entry setiap hari. YY berbangga dengan kejayaan diri sendiri (^_^)

So tak usah pelik dok nampak blog ni berupdate aje, tapi empunya blog tak blog walking. Memang tak sempat nak melakukan aktiviti blog walking.

Ada juga menyinggah dibeberapa blog tapi hanya membaca tanpa meninggalkan sebarang jejak. YY kalau nak membaca memerlukan sepenuh jiwa apatah lagi apabila menulis komen (^_^)

YY pohon maaf kepada semua rakan blogger kerana belum berkesempatan ke teratak kalian pada masa terdekat ini. YY akan pasti singgah cuma bila sahaja yang belum pasti.

Pun begitu YY nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang singgah di Diari Seorang Mama sepanjang November yang lalu sama ada yang meninggalkan komen atau sebaliknya.

TERIMA KASIH tak terhingga di atas kunjungan kalian dan masa yang diluangkan untuk membaca dan menulis diruangan komen. YY amat hargai.

Di sini YY senaraikan sepuluh pengomen terbanyak sepanjang November 2014. Korang boleh singgah blog diorang menggunakan "Gorgeous Blog List" di bahagian side bar.


YY senaraikan juga Top 20 dan sekiranya pengomen ini berjaya mengekalkan kedudukan mereka di dalam senarai Top 20 bermula 1 Ogos 2014 sehingaa 30 Julai 2015, akan ada ganjaran menanti.

Blog mereka ini boleh dilihat di bahagian side bar under "Awesome Blog List"


-------------------------------------------------

Di dalam kesibukkan itu YY berjaya lunaskan janji yang telah dimeterai bagi memanjangkan kisah dan perjuangan seorang insan kecil bernama Muhammad Izzsraq Azraq.

Sukar untuk melakukan kerja ini secara bersendirian, so YY harap agar sesiapa sahaja yang membaca entry pada kali ini dapat memanjangkan perjuangan insan kecil itu.

Bantuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara dengan kemampuan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita. Janganlah hanya membaca, SEBARKANLAH!

Moga dengan cara ini dapat menyedarkan masyarakat tentang kesengsaraan pejuang kecil itu dan siapa tahu dengan sumbangan kecil kita, dia kembali sihat? Insya ALLAH.

36 comments:

  1. Betul YY kita sekadar berusaha mana tahu yg kecil itu bila disatukan mampu memberi kesembuhan - masya-allah mesti bukan keluarga anakanda Izz itu aje yg gembira bahkan kita semua juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      semua kecil tu kalau terkumpul, jadi besar juga
      moga dia sihat hendaknya

      Delete
  2. assalamualaikum
    singgah pagi
    hari ini anum baru masuk keja setelah 2 hari bercuti
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam anum
      masa saya reply komen anum ni, saya pula cuti =)

      Delete
  3. Singgah sekejap diwaktu cuti...
    Tak sempat nk bw dan baca semua entry buat masa ni... Masih bercuti...

    Terima kasih... Alhamdulillah.. Masih tersenarai...

    Kisah mujahid kecil itu hnya smpat baca..belum smpt nk pnjangkan dan disebarkan dlm entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mengapalah cikgu, saya pun belum sempat ke teratak cikgu =)
      ada masa nanti panjangkanlah cerita dia tu
      manalah tahu berkat doa kita semua, dia sihat kan =)

      Delete
  4. ada juga dalam senarai..
    saya pon taksempat sangat nak bw..mana yang dapat jelah..
    alexa dah jauh lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ada tersenarai sebab mar rajin singgah =)
      sekarang dah malas nak check alexa
      lantaklah dia nak jadi lagu apa pun...hehe

      Delete
  5. Tahu dah ni mesti YY sibuk. Kalau tidak memang rajin membalas jejak dan komen. Takpalah YY, kita semua pun faham. Bila ada perkara penting haruslah dilaksanakan dulu terutama tentang kerja yang dibayar gajikan.

    Tersenarai lagi saya ni rupanya. Takdalah hairan mana sebenarnya. Kalau tak tersenarai, itu yang jadi hairan bin ajaib ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan MD...hehe, mekacih lah paham ye
      betul sangatlah tu, kalau tak senarai besan to be ni
      memang sungguh pelik =)

      Delete
  6. Puan YY,

    Pejam celik, pejam celik masa berlalu begitu pantas. Kita dah berada di bulan terakhir kalendar masihi. Bulan hadapan akan tiba tahun baru in syaa Allah. Usia juga semakin bertambah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pak mail
      pantas masa berlalu, entah ketemu atau tidak tahun baru

      Delete
  7. bagus Yana..hari sabtu ahad buat entry GA dan segmen..sebenarnya join GA dan segmen ni satu cara untuk dedahkan blog kita pada pembaca yang tak pernah singgah blog kita.saya dulu pun malas nak join GA tapi sebab nampak kesan yang baik tu,sya join jugak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah diana
      tapi lepas dah beberapa kali join GA ni
      saya rasa, lebih molek kalau jadi sponsor dari jadi participant...hehe

      Delete
  8. Ada juga diri ini tersenarai ye? Alhamdulillah..:) inshaAllah akan buat entri izz nanti..

    ReplyDelete
  9. Sekejap jer lagi 2014 akan berakhir... memang berlalu begitu pantas sekali.
    Tahniah diatas komitmen blogging...saya pun payah nak capai walaupun hanya target satu entri satu hari. Semoga sukses dalam segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan BM, pantas masa berlalu meninggalkan kita
      saya rasa sekarang dah tak terkejar
      ada banyak komitmen lain yang menanti

      Delete
  10. sis cuma blh join ga yg dah follow jer sbb google sis problem . x leh nak follow ... semoga adik Izz dipermudahkan ALlah untuk melalui ujian Nya ... aaamin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke, saya punbaru berjinak
      tapi sekarang saya nampak dah kebaikan dan keburukan GA ni

      Delete
  11. Patut lsmavtak nampak berkeliaran di blog mak bizi rupanya....
    Ok tak pe dimaafkan....
    Ohhh nama mak tersenarai jugak rupanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bukan sengaja tau
      kesibukan melampau, mungkin sebab hujung tahun
      mesti tersenarai punya OKje kita ni

      Delete
  12. Terselit juga di tangga ke-13 rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mestilah
      doktor rajin komen dan singgah sini =)

      Delete
  13. i feel u YY..
    lya pon kebetulan msuk bulan Dec ni mmg sibuk giler..so haruslah utamakan kerja dulukan.
    lya pon sama, 1 hari 1 entri. cuma sabtu & ahad je jrg ada entri.kasi rehat. haha.. lya pon draft siap2 entri untuk seminggu & semuanya autopublish. so jgn peliks jugak klo tgk entri selalu b'update, tp BW-nya tak lagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kira samalah lya
      hujung tahun ni biasa sibuk sikit
      sekarang ni dah sangkut dah lya, disebabkan kesibukkan
      maka satu hari stau entry terkubur!

      Delete
  14. Alhamdulillah tersenarai juga saya.. T kasih YY & tahniah juga kpd kengkawan yg lain2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuk KK juga
      siapalah saya tanpa sokongan KK dan rakan-rakan lain

      Delete
  15. ada jugak akak dalam senarai tu ye..hehehe, betul tu..sekejap je masa berlalu pejam celik nanti dah tahun baru kan,moga2 apa yg dihajati pada tahun ini sudah tertunai dan moga tahun baru nanti akan membawa bersamanya kejayaan dan kebahagiaan buat yana sekeluarga..inshaAllah

    sudah baca pasal perjuangan si kecil yg comel itu,bersama2 lah kita membantu apa yg termampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akak mesti tersenarai punya
      antara tulang belakang jatuh bangunnya blog ni =)
      secara jujurnya tahun lepas saya tak mensasarkan apa-apa
      pelik dak? tahun depan ni nak berazam penuhkan solat

      Delete
  16. alhamdulillah.yahniah buat kesemua ang tersenarai di atas
    sy sejak ada baby ni dh jarang nak update blog. byk bw je komen yg ditinggalkan.

    ppsstt: ala, yy cuba buat roti tu pasti menjadi.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya paham, saya masa ada blog ada besar juga
      tak apa, enjoy aje moment dengan baby sekarang ni
      percayalah, mereka cepat membesar! tak perasan nanti =)

      p/s-belum ada keberanian nak buat roti sendiri =)

      Delete
  17. Orang macam YY sibuk kerja hujung tahun jadi kurang buat entry. Saya lak kurang entry sebab kalut jaga anak.. haha.. bikin kecoh jaga dua ahmad ni semdiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...biasalah kan cikgu AN
      profession kita berbeza =)

      enjoy aje masa dengan anak-anak tu =)

      Delete
  18. Dr Shikin tu mmg rajin tinggalkan komen..beliau juga salah seorang top commentar di blog sis JM

    ehh..sis JM pun termasuk dalam list Awesome Blog List...yeaayy!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, tak sangka orang sibuk seperti dia mampu tinggalkan komen
      untuk hampir kesemua blog yang dia kenal =)
      kagum juga saya

      mestilah JM

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...