Di Satu Malam Keliwon (^_^)

7:19:00 am Yana Yani 44 Comments

Di satu malam keliwon selepas menunaikan rukun Islam yang kedua, YY duduk bertafakur seketika sebelum YY kemudiannya teringat yang ada benda yang YY masak di atas dapur.

YY kemudiannya terus membuka telekung dan berlari ke arah dapur bimbang ada sesuatu yang tak diingini berlaku pada masakan dan juga kami anak beranak.

Maklumlah pada usia yang tak berapa nak muda ni, mudah lupa! Hehe! Lagipun time tu hanya ada YY, Afif dan Aisyah. Encik suami masih belum pulang dari kerja.

Setelah memastikan semuanya dalam keadaan selamat, YY kembali ke bilik bagi mengemas telekung dan sejadah yang ditinggalkan tadi. Dalam perjalanan ke bilik, YY terdengar suara kecil menyanyi.

"Nina bobo, Nina bobo" dalam bentuk nyanyian yang agak kurang jelas sebutannya. Tapi perkataan Nina bobo itu memang diulang beberapa kali.

Kaki YY terhenti seketika tak kala mahu masuk ke dalam bilik. YY terpandang satu susuk lembaga putih duduk tegak di atas sejadah yang YY tinggalkan sebentar tadi.


"Astaghfirullahaladzim" tutur YY ketika terpandang susuk lembaga terbabit. Jantung tiba-tiba macam terhenti dek kerana terkejut.

"Wahahaha" jerit lembaga tu apabila terdengar suara YY beristighfar. Jeritan suara itu makin kuat apabila YY melahirkan rasa takut, "Ish, takutnya!"

"Wahaha" jerit lembaga itu untuk ke sekian kalinya.

YY memberanikan diri untuk menghampiri lembaga berkenaan yang langsung tak berganjak dari kedudukan asal tapi cukup kuat ketawa mengilai. Telekung yang digunakan, YY selak.

Ketika itulah terus ternampak dengan jelas rupa lembaga tersebut.


"Wahh!" sergah dia apabila YY mula menyelak telekung yang disarung. Nampaklah kelibat Aisyah dengan senyuman meleret. Cis! Budak bertuah!

Kemudian dia bertanya, "Mama atut tak? - Mama takut tak?"


Sebenarnya sejak dari mula terdengar suara yang menyanyikan lagu Nina bobo itu YY dah tahu itu adalah Aisyah sebab dia pasti akan menyanyikan lagu tu tiap kali cuba menakutkan orang.

Bila nampak susuk tubuh tu pun YY yakin itu adalah Aisyah sebab kaki dia terkeluar dari celah telekung tu. Memang suka sangat menyakat orang dak Aisyah ni tau sampai Mama pun kena!

Tapi kalau bab nak menakutkan Mama dengan cara macam ni, salah oranglah!

Mama ni agak lambat sikit bab takut benda gini. Sorrylah ye Aisyah, itu pun sebenarnya Mama berlakon macam takut. Hehe!

Lagipun kalau betul memang ada hantu rupa gini, Mama bukan lari untuk menyelamatkan diri. Mama lagi kejar sebab Mama rasa comel sangat hantu ni. Hehe!


By the way, ramai yang bertanya atau keliru dengan nama Aisyah. Dayana Hanna Aisy adalah nama yang terdapat dalam surat beranak Aisyah. Nama Aisyah pula hanyalah nama gelaran.

Nama Aisyah itu pun sebenarnya YY aje yang gunakannya sebagai satu alternatif menangani kelincahan dia yang kadangkala bikin headache. Orang lain panggil dia Aisy.

Lagipun nama adalah salah satu bentuk doa kan? Disebabkan itu kita sebagai seorang Muslim disarankan memberi nama anak dengan maksud atau makna yang elok.

Ada ustaz pernah kata, jangan nama dah mempunyai maksud yang elok tapi kita memanggil atau menggunakan pula nama yang langsung tak mempunyai maksud. Ingat, nama adalah doa.

Manalah tahu kan dengan nama Aisyah itu dia juga boleh mempunyai pekerti yang mulia sepertimana Saidatina Aisyah RA. Sebagai seorang Mama, memang itulah harapan YY (^_^)

Dekat bawah ni YY belanja pula korang gambar sekitar sambutan birthday Aisyah yang hanya YY buat secara kecilan. Janji ada kek dahlah sebagai tanda (^_^)


Kenapa time Afif buat besar, time Aisyah buat kecilan? Oops, bukan pilih kasih tau! No! No! Nak buat besaran pada usia sekarang, Aisyah tak akan ingat.

Bila dia dah seusia Afif, barulah buat besaran sikit.

Anyway bila dah jadi Mama kepada dua cahaya mata ni, YY mula menyedari bahawa agak sukar memahamkan anak-anak bahawa kasih sayang kita sama aje pada mereka.

Mereka tetap rasa kita pilih kasih walau berapa sukar kita membuktikan sebaliknya. Betul tak mak, mummy, mama, ibu, bunda dan apa sahaja gelaran korang? (^_^)
  

44 comments:

  1. ni mesti terpengaruh filem 'nina bobo' yang selalu tayang kat astro tu kan..hehe.,comelnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak tengok pun cerita tu
      tapi dia terikut lagu yang saya sendiri dok nyanyi =)

      Delete
  2. Kak YY, nama Aisy tu nama timangan Saidatina Aisyah r.a. Oleh sebab Saidatina Aisyah ialah isteri Rasulullah yang masih perawan semasa dinikahi baginda dan isteri Rasulullah yang paling muda dalam kalangan isteri-isteri yang lain, Aiyah dimanjai oleh baginda. Menurut kisah yang Nur pernah baca, kalau Rasulullah s.a.w bermain-main atau bermanja dengan Saidatina Aisyah, baginda akan memanggilnya dengan nama 'Aisy atau Humairaa (pipi kemerah-merahan)..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye nur, akak tahu mengenai hal tu
      akak dah pernah ulas sebelum ni, tapi explain lagi sebab
      masih ramai yang bertanya
      apapun terima kasih ye =)

      Delete
  3. pengaruh nina bobo la aisyah ni..hehe..
    ala saya biasa beli satu slice je sudah..bukan anak saya makan beria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suka dengar lagu tu aje mar
      anak saya dua orang mar, satu slice tak cukup
      lagipun diorang gemar makan kek =)

      Delete
  4. camna agaknya klu betul nampak lembaga ya ... mlm jumaat tu ... heh heh . selain nama yg bermaksud baik , org tua juga pesan jgn bagi nama panjang2 . nanti berat budak tu nak bawak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustaz kazim kata, jangan takut, cucuk aje mata dia...hehe
      nama tu sebenarnya suami saya yang beri
      suara saya tak cukup kuat melarang =)

      Delete
  5. hehe..comel je dia, pandai nyakat mama nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah
      memang pandai sangat menyakat =)

      Delete
  6. Alahai Aisyah, kalau setakat macam tu rupa hantu, memang takda makna aunty ni nak pura-pura pengsan takut tau! Ada juga kena geletek itu hantu, baru tahu siapa yang lagi berhantu mengusik nanti!

    Oh, nama betulnya Aisy ajelah. Ingatkan hari tu tertinggal huruf 'a' dan 'h' maklumlah excited buat warkah untuk anak *_* Tapi bila fikir balik, tak mungkin juga ya reporter macam YY boleh terlupa eja nama penuh anak sendiri :)

    Oh, saya faham! Bila dah ada dua anak memang kita cuba tak pilih kasih tetapi orang sekeliling selalu je salah tafsir. Saya pernah meluah rasa dalam blog bila Mami dan HD kata saya lebih sayang Abang daripada Adik. Luluhnya rasa bila suami sendiri kata saya tak happy sangat pun masa Adik lahir, tak macam masa Abang lahir. Weyh, sakit kena operatekan takkan nak terkinja atas katil baru dapat baby! Lagipun dulu Adik kecil, tak banyak masuk blog. Asyik cerita keletah Abang je tapi sekarang ni Adik dah keletah comel giler, maka Abang kena beri laluan pulak.

    Anak saya Abang tu selalu juga komplen katanya semua tak sayang dirinya lagi. Semua cuma sayang Adik sahaja. Puas tau saya dok peluk, explain, hugging menghugging supaya dia faham yang both pun anak Mommy. Kalau salah seorang takda, gelapnya dunia Mommy ni!

    Aisy kecil lagi tak payah birthday party ya. Nanti dah besar sikit kita buat party kat tadika yek macam Abang Afif ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, konon nak menyakat
      tak ada maknanya mama dia ni pun nak takut
      begitulah cerita sebenarnya, tak akan nama anak saya sendiri tak ingat...hehe

      kan MD, susah betul nak berlaku adil
      lebih-lebih lagi bila yang memerhati mengatakan kita pilih kasih
      saya paham apa yang MD rasa sebab saya pun pernah melaluinya
      macam kek tu, cadang nak tulis nama aisy aje
      tapi teringat afif yang mudah jealous dan selalu kata saya tak sayang dia
      in the end saya letak dua nama...harap2 dua2 puas hati =)

      Delete
  7. Alahai...bijak Aish cuba menyakat Mama nya... Kalau Afif yang nampak macam mana agaknya?
    Budak2 masa kecil macam tu lah... masih belum mampu berfikiran jauh dan matang, walaupun kita telah berikan yang terbaik dan sama rata... xde apa yg nak dirisaukan, kita dulu macam tu juge...

    ReplyDelete
    Replies
    1. afif time tu tenagh leka bermain
      biasanya dia tak peduli apa yang berlaku dikeliling bila dia tengah main =)
      mungkin juga BM, tapi ada juga yang saya kenal dah besar panjang
      masih berprasangka buruk pada parents sendiri

      Delete
  8. Comel betul Nina Bobo nih..eheheh

    ReplyDelete
  9. Bukan main aisyah ye? Pandai nak takutkan mama dia. Pasal nama aisyah kathy dah lama tahu sebab kathy dari dulu lagi dah baca entri sis. Hehehe..aisyah atau aisy,dua² nama yg cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak, saya pun tak sangka terkena =)
      hehe...akak pembaca setia mesti tahu
      tapi ada yang baru sampai, nak tak nak kena juga explain...hehe

      Delete
  10. Haha....alah mama tak atut pun Aisyah...
    Ni mesti bahana tengok Nina Bobo yeh....Eh berani ke dak kecik tu tengok YY?

    Okje dulu zaman budak ni kecik mmg beli kek sebijik tp la ni dah tak beli dah.....makan kek jer kat luar....sapa nak menghabiskan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, takat dia duduk gitu, sorilah tak takut pun...hehe
      dia tak tengok OKje, tapi dia selalu dengar saya menyanyi lagu tu bila nak sakat dia =)

      hehe...saya bab kek ni kecik ke besar, mesti kena ada =)

      Delete
  11. Anak sekecik anak anak YY pun dah tahu kata mak ayah pilih kasih, yg besar mcm anak okje lagilah......pening kekadang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besar lagilah payah nak explain
      nanti diorang bila dah berkeluarga sendiri mungkin akan paham

      Delete
  12. pandai aisyah ni...sel-sel otak sedang berhubunglah tu..mujur mamanya xde sakit jantungkan..huhuhu..nakal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sel-sel otak berhubung ye =)
      idaklah terkejut sampai gitu siti

      Delete
  13. Bijak aisyah nih tau..geram aje..

    Betul tuh yana..kdg2 kita rasa dh bg kasih syg secukupnya pd anak anak..dh berlaku adil tp anak anak tetap akan rse mcm pilih kasih..adoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suka menyakat, sebab tu dok panggil dia penghibur =)
      kan mimi, pening juga padahal mereka kecil lagi
      tak tahu macamana mereka boleh mempunyai kefahaman gitu =)

      Delete
  14. Mashaallah saya si hantu kek geram sangat bila tengok kegebuan kek tu.
    Cantik pulak tu.
    Siap save gambar senang bagi cth kat kedai lain kali.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...doktor suka makan kek ye
      saya ni sejak umur makin bertambah ni, kurang dah makan kek
      tapi suka melayan anak-anak bab kek ni =)

      Delete
  15. hahah..
    cerdiknya budak aisyah ni..
    pandai usik mama dia.. lps tu buat muka cute gitu plok.. hihi

    ye la YY.. bukan kata pilih kasih. nanti bila aisyah dh sekolah semestinya YY akan celebrate kat sekolah sama mcm abg dia jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang gitu lya
      suka sangat menyakat orang, karakter dia gitu
      penghibur buat kami sekeluarga

      yang jealous dekat sini bukan si adik, tapi si abang
      padahal dah buat sikit punya besar tuk dia, still kata tak sayang kat dia, pening =)

      Delete
  16. Hehee... nasib baik mamanya tak lemah semangat.. klu tak silap2 boleh fengsannn pulak hehee... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tapi betul
      saya memang bukan jenis cepat terkejut
      lambat sikit nak rasa takut ni lebih-lebih lagi bila ada orang yang perlu dilindungi

      Delete
  17. hahaha..pandai aisyah sakat mama ye..memang anak kedua ni banyak akalnya kot,samanya je perangai aisyah ni dgn adrien,kalau adrien suka jd hantu pocong..hehehe

    betul tu..kasinh sayang kita pada anak2 sama je,cuma mereka je rasa kita ni pilih kasih kadang2 tu, sebagai mama kita cuba buat apa yg terbaik utk anak2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya lah kan kak, saya perasan karakter dia lebih kurang sama dengan adrien
      bila baca cite adrien saya teringat aisyah...hehe
      beza dari segi jantina aje

      tulah kan, tapi malangnya anak-anak berpendapat sebaliknya
      payah juga nak bagi paham

      Delete
  18. hihi.pandai ngusik org ye aisyah.
    aamiin.
    semiga aisyah membesar sbgai anak solehah

    mmm, saya bru nak merasa mendidik ank.
    in shaa Allah smga dipermudahkan.
    kalau masuk 2,3 org nnti mungkin jga akan rasa sepeti apa yg yy rasa skrg ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlebih pandai sangat bab mengusik orang si aisyah ni QR
      dia jenis manusia happy go lucky =)
      tak apa, slow-slow
      kalau anak satu aje memang tak nampak, tunggu lebih dari tu =)

      Delete
  19. Haha.. dah agak tadi mesti anak2 YY punya angkara. Tapi sedikit terkejut dengan Aisyah je yang terlibat. Wah, ligat juga dia.. pandai nak usik mamanya.. memang comel.

    Samalah, saya pun rasa sebab umo adik lecil lagi, buat sambutan hari jadi secara kecil kecilan dulu.. bukan niat nak bezakan antara anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. afif tak pandai buat macam ni dekat saya
      kalau setakat sergah tu dia biasa buat
      tapi kalau jadi antu ni, memang aisyah aje =)

      tulah kan, bukan sebab nak membezakan

      Delete
  20. ahhaah..mama atut tak? mesti lah atut heeeee

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...