Afif Dah Rongak! (^_^)

6:42:00 am Yana Yani 32 Comments

Dah beberapa minggu Afif dok bercerita pasal gigi dia yang bergoyang. Mula dapat tahu tu, YY rasa terkejut juga sebab terasa macam awal sangat gigi susu dia nak tercabut.

Seingat YY, gigi susu YY mula tercabut ketika YY dah berada di dalam Darjah Satu. Kira Afif ni awal setahun dari YY untuk menjadi ronggak.

"Yelah, dah bergoyang ni. Cepat gigi Afif ni nak tercabut" kata YY sambil merasa gigi susu bahagian hadapan yang dikatakan bergoyang oleh Afif.

"Habis tu macamana ni Mama? Nanti Afif dah tak ada gigi macamana Afif nak kunyah" kata Afif pula yang mula resah bila mengetahui gigi dia bakal tercabut.

Tergelak YY bila dia kata gitu. "Dak lah. Nanti dia tumbuh lagi. Kalau orang tua macam Mama ni patah gigi, barulah dia tak tumbuh lagi" jelas YY.

"Dah, Afif biar aje dia macam tu. Nanti dia tercabut sendiri" sambung YY lagi.

Untuk beberapa hari selepas itu, Afif memang tak lagi bercerita tentang gigi dia yang bergoyang. Tapi boleh dikatakan hampir setiap hari dia dok belek depan cermin sebelum ke sekolah (^_^)

Minggu ni, hari Selasa, gigi susu yang telah beberapa ketika bergoyang tu akhirnya tercabut!


Bangga dia bercerita tentang gigi dia yang dah tercabut. Siap suruh ambil gambar, cerita dalam blog lagi! Bertuah anak bujang sorang ni! Hehe!

Ni besok mahu ada pengganti Mama jadi blogger (^_^)

Cerita pula dekat Papa dia yang gigi dia dah tercabut. "Eh dah tercabut? Ee, Afif dah rongak! Sakit ke? Berdarah banyak ke?" tanya Encik suami bertubi-tubi mengalahkan wartawan hiburan.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah tu, asyik dok bercerita pasal gigi aje!


Sampai aje dekat rumah, Afif tanya, "Mana gigi Afif tadi Mama? Afif nak tengok"

"Nanti bila ada masa lapang kita tanam dia" jawab YY ringkas sambil menghulurkan gigi tu pada Afif untuk dia dan Adik dia tengok.

"Nanti kalau kita tanam, dia jadi pokok besar sampai awan ye?" tanya dia bersungguh-sungguh siap dengan gaya lagi!

"Ish, sape yang kata gitu?" tanya YY pula yang dok pelik dengan soalan dia.

"Afif saje aje tanya macam tu" jawab dia selamba sambil disusuli dengan gelak ketawa. Sabar ajelah budak bertuah ni tau! (^_^)


Lepas tu dia bercerita pula pada Adik dia pula tentang betapa hebatnya dia bila gigi tu tercabut tanpa berdarah dan rasa sakit yang terlampau.

"Cian Abang. Atik ye?" tanya Aisyah dengan wajah simpati sambil dok perhati mulut Abang dia yang dah rongak. Entah berapa kali dia suruh Abang dia buka mulut sebab dia nak tengok.

"Tak sakitlah! Macam terhantuk dekat meja aje" jawab Afif dengan riak wajah bangga. YY yang dengar rasa nak gelak guling-guling. Alahai anak! Bukan sakit ke terhantuk meja? Hehe!

Lepas dia cakap macam tu, Afif tanya dekat YY, "Mama, bila kita nak kebumi gigi ni?"

Dengar perkataan "kebumi" tu buat YY nak gelak lagi. Ni memang confirm bakal menjadi wartawan Utusan bak kata +Hainom OKje tapi generasi seterusnya. Hehe!

"Kan Mama kata tadi, kita tunggu bila ada masa lapang. Bila hari dah siang. Ni malam kan?" jawab YY sambil dok cuba menahan ketawa sebab teringat simptom desease rekaan +Mummy Dearie

So begitulah ceritanya tentang gigi Afif yang ronggak!

----------------------------------------------------

Sebelum YY nak tutup cerita untuk hari ni, YY nak ucapkan SELAMAT HARI JADI buat Abah YY yang tersayang. Hari ni hari jadi Abah yang ke 58 tahun. Syukur Alhamdulillah (^_^)

Semoga Abah dipanjangkan umur dan berterusan diberikan yang baik, sentiasa ceria seperti selalu dan paling penting Abah tetap hero di hati Along! SELAMAT HARI JADI ABAH!

Sayang Abah sangat-sangat! (^_^)

Hari ni juga enam tahun yang lalu YY sedang sakit setelah di induced pada pukul 6:30 pagi dan berterusan sehingga 12 tengah malam untuk membawa seorang insan ke muka bumi ALLAH ni.

Kalau tanya pada YY sama ada sakit bersalin tu sakit atau tak? YY akan jawab tak. Kalau sakit pun hanya ketika nak keluarkan kepala bayi. Selepas tu segalanya dah dipermudahkan.

Tapi sakit paling sakit adalah contraction! Teringat pun rasa ngilu walau tak boleh ingat dengan tepat rasa sakit tu. Yang pasti, memang sakit!

Entah kenapa tiap kali menjelang sambutan hari lahir anak-anak, YY asyik teringat sakit yang pernah dilalui. Walaupun sakit, tetap ada rasa nak bagi lagi adik pada Afif dan Aisyah (^_^)

32 comments:

  1. Untung mama, dah ada Afif tukang beri idea nak buat entry...
    Kecil2 lagi dah pandai beri sokongan pada minat mama....
    Bertuah mama ada anak macam Afif...
    Tu yg saya seronok tiap kali baca kisah Afif...
    Pelbagai telatah dia yang mencuit hati....
    Boleh pula dia imagine gigi tu tumbuh sampai ke awan....

    Kalau Irfan hari tu, nak simpan bawah bantal...
    sbb nak dapat duit esok pagi...
    Gara2 terpengaruh dengan tooth fairy lah tu...
    Tapi en hubby tak beri letak sbb tak elok ajar anak percaya perkara tahyul katanya....
    hahaha, betul jugak apa kata hubby tu....

    Orang kata, kalau anak2 cepat tumbuh gigi masa bayi, cepat lah juga gigi tu tanggal....
    Macam anak2 saya, umur setahun tu belum ada bayang gigi nak tumbuh....
    Tiga2 jenis lambat tumbuh gigi...
    Jadi lambat jugalah gigi mereka nak luruh....
    Aisyah yg dah tujuh tahun ni belum tunjuk tanda gigi dia nak gugur...

    Happy birthday buat ayah YY...
    Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia sebenarnya kurang pasti blog tu apa
      tapi tiap kali saya tulis entry, dia dengan adik dia ada
      lepas tu dia tanyalah pasal apa ada gambar dia
      saya just cerita, sejak tu dia tahu dan ada aje benda, semua suruh cite deka blog =)

      simpan bawah bantal tu budaya orang sana
      kat malaysia ni ada macam-macam, saya yang kata tanam
      tak ada pula fikir sebab apa pun...hehe
      mesti diroang pun pandai jaga gigi
      afif ni ada masa bergosok gigi, ada masa idak...kan dah rongak! hehe

      terima kasih kak ye, aminnn

      Delete
  2. Eh, bukan ke kalau ikut orang Melayu kena baling atas bumbung rumah gigi yang tercabut tu? Hahaha...

    Abang pun dah banyak yang tanggal gigi susunya tahun ni. Asyik dok kunyah benda manislah tu... Saya simpan je tak kebumikan pun, YY. Kadang tu dia nak tengok giginya sambil muka nampak penuh excited macam baru menempuh alam baru je saya tengok!

    Nasib baik bawah yang tanggal, Afif. Tak luak dek gambar. Hari ni ada birthday celebrationkan. Moga semua berjalan lancar dan saya pasti, Afif tentu teruja dan gembira dengan surprise party yang dibuat oleh mama tersayang. Sampai tua tak lupa rasanya....

    Saya nak tengok gelagat Aisyah sebenarnya. Ada ke dia yang terlebih over masa birthday abang kesayangannya....

    And, ucapan selamat hari lahir buat abah tersayang YY. Semoga pakcik dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa hidup bahagia bersama keluarga.

    YY, boleh tak email no. telefon ke email saya -hppyrynne2906@gmail.com. Ada somethinglah saya nak minta tolong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tahu pasal tulah MD, saya cuba kata aje, ikut naluri saya
      lagipun tu kan sebahagian dari badan, saya rasa elok tanam...hehe

      tak jadi rahsia sangat pun, terbongkar juga last minute
      tapi alhamdulillah dia seronok, tu yang penting =)
      aisyah belum paham sangat lagi, dia tahu sonok dapat makan kek je

      terima kasih ye MD, aminnnn =)

      Delete
  3. hilang dah gigi afif..ok lagi tu

    ReplyDelete
  4. Bukan main si abang tu ye? Siap bercerita pada si adik pasal giginya yg tercabut tu. Hehehe. Selamat hari lahir juga untuk abah sis. Ehem..ada plan nk tambah org baru ye? Semoga di permudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, macam teruja betul gigi tercabut..hehe
      terima kasih kak ye
      planning memang ada, tapi kena postpone shingga saya betul-betul sihat =)

      Delete
  5. Lepas nie dah tumbuh gigi betul kena la jaga betul2.. jangan sampai rongak lagi dah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan
      rongak lagi gigi baru, dah tak handsome dah =)

      Delete
  6. kalau anak saya tak berani nak cabut senidir..mesti nak pi klinik..nak jugak labur duit kat klinik tu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak perempuan kot
      lain sikit level keberanian
      yang ni dia cabut selamba aje =)

      Delete
  7. Macam kisah upin ipin lak.. gigi susu tercabut..

    Slmt hari lhr tuk bbh akak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ada ye cite tu
      tak ingat dah tengok ke idak
      apapun mekacih ye

      Delete
  8. Saya simpan beberapa gigi anak2 kat dalam kotak yg tertulis nama masing2. Saya tak percaya sesetengah petua2 ni klu tak jelas.. saya simpan je buat kenangan dia org nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? saya ni bukan sebab petua ke apa
      main buat aje...hehe

      Delete
  9. Eh... Muda lagi babah YY ya...
    Tahniah afif dah besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, moga dia terus sihat
      terima kasih ye cikgu =)

      Delete
  10. He he he...kelakar la aliff ni he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dia memang gitu
      dan of course ada masa-masa dia =)

      Delete
  11. baru tanggal gigi sus dah rasa best tu . ni bila sunat lagi dia seronok yy ... selamat hari lahir pada ayah yy . semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yg berpanjangan ... ayah yy sama umur dgn my angah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH, harap dia begitulah bila tiba masanya nanti =)

      terima kasih vee ye, aminnnn
      yeke? sebayalah mereka

      Delete
  12. Dah kebumikan ke belum gigi susu Afif tu? hihi....
    Kalau dah maknya wartawan utusan mmg confirmlah satu hari nanti anak pun ikut jejak haha....
    Ceh eksyen Afif..... mentang mentang le dah tercabut. Gigi belakang dah tumbuh ke YY?

    Hepy Bezday buat ayah acik mama Afif yer.....untung tau pakcik ada anak yg menyanyangi pakcik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lagi, tak berkesempatan lagilah OKje
      hehe...mana tak tumpah kuah kalau idak ke nasi ye dak
      dah ada tumbuh dah gigi baru tu
      saya rasa nanti gigi dia cam berlapis sikit lah

      terima kasih OKje, kalaulah abah saya baca komen ni =)

      Delete
  13. wah..dah tercabut gigi afif ye,tak sakit ye macam terhantuk kat meja je, bagus lah afif ni,tak takut pun dia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah
      boleh kata tak sakit terhantuk meja
      dia ada masa-masa tau sebenarnya =)

      Delete
  14. Fasa nak kebumi gigi pun ada ya? Hihi, saya belum lagi rasa pengalaman ni. Risau juga macam mana Naim masa gigi susu nak tercabut nanti. Jenia payah makan, ais krim je yang memang dia payah nak tolak. Risau giginya tu..mujur jenis suka gosok gigi setakat ni..

    Taklupa nk ucapkan selamat hari jadi buat abah YY. Bolehla sambut hari jadi Afif dan tok sekali ya.. seronok macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fasa kebumi gigi belum terlaksana lagi, nantilah =)
      anak-anak saya pun kurang makan snacks sebenarnya
      tapi gigi jatuh awal juga =)

      terima kasih AN ye, tak sempat nak buat kali ni
      masing-masing ada urusan nak buat

      Delete
  15. Segala catatan kehidupan Afif boleh dilihat semula di blog ini. Saya dah tak ingat bagaimana gigi susu dulu boleh cabut... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah tujuan asal blog ni dibina
      moga boleh jadi rujukan mereka =)

      Delete
  16. Hihi..sama mcm asya jgk.. bila ambk pic dia je..msti kata.. nanti mama buat 'buku' cerita utk adik ye.. buku tu mrujuk pd blog la.. sbb dia slalu jgk tgk lya buka blog n menaip..masukkan pic dia skali cerita.. tu dia kata buat buku cerita..

    Nanti tumbuh gigi baru afif jg betul2. Asya pom dh rongak gg bhgian bawah.. klo y bhgian ats tu mmg dh lma rongak.. dia jd reput
    . Tgl gg dlm gusi.. igt nk g cabut y bhgian ats tkut tumbuh btindih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...yang ni dia tahu blog sebab saya selalu sebut
      ambil gambar suh masuk blog
      cerita yang dia rasa best suh masuk blog, pendek kata semua masuk blog! hehe

      afif ni baru 1st time ni, tu yang dia excited semacam =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...