Part 2: Port Dickson Here I Come! (^_^)

1:09:00 am Yana Yani 32 Comments

Cerita ni dah lama terperab dekat dalam draft sebab gambar untuk cerita ni ada dalam laptop aku yang rosak. Sebab masalah tu lah terpaksa postpone cerita ni.

Walaupun lambat nak ceritakan, aku tetap akan cerita dekat sini sebagai kenangan untuk anak cucu cicit. Hehe! Manalah tahu umur tak panjang nak cerita pengalaman ni kan

Time nak ambik laptop, abang yang repair laptop tu bagi nasihat dekat aku. "Dik, ni kalau rosak lagi, beli baru ajelah. Bazir duit aje dok repair" kata abang tu.

Hehe! Jujur sungguh statement abang tu.

---------------------------------------

Alright, tak payah bazir masa dengan bebelan tak berfaedah. Meh kita sambung cerita kami di Port Dickson! By the way, untuk cerita sebelum ni, boleh klik di sini.

Tapi sebenarnya aku dah tak berapa ingat camne cerita dia. Maklumlah umur pun dah tak berapa nak muda. Hehe! Lagipun dah dekat setahun cerita ni. Mana nak ingat!

Yang aku ingat cuaca tak berapa elok hari tu. Kami tak dapat mandi-manda di pantai disebabkan keadaan pantai yang bergelora. Melepas!

Tapi dapat juga mandi kolam. Jadilah! Air jugakan? Janji dapat juga melepaskan gian. Hehe! Bebudaklah yang paling seronok! Especially Afif! Siap standby dengan pelampung Ultraman dia!

Mak budak tak usah cakaplah. Lebih excited daripada budak! Hehe!

 
 

Sebelum balik tu kami sempat naik boat yang memang dah dibooking. Dapat juga merasa tengok pantai Port Dickson dan Teluk Kemang dari atas bot yang laju bergerak.

Naik bot merupakan aktiviti paling best kami di Port Dickson! Kami diberikan extra hour sebab kebetulan bot tu nak ambik bekalan minyak. Seronok plus takut pun ada! Hehe!

Jurumudi bot sempat dok tunjuk dari jauh Melaka yang hanya 10 minit perjalanan dengan bot. Begitu juga sempadan Indonesia yang lebih kurang 40 minit perjalanan.

Manusia paling seronok sekali Afif sebab baru first time naik bot. Aisy yang ketakutan! Dia pegang aku kuat time tu. Aku tak boleh lupa Encik suami pun pegang aku kuat time tu.

Takut bini dia jatuh! Hehe! Sayang juga rupanya!

 
 

Pada hari yang sama kami gerak balik ke Klang. Memang seronok bila buat aktiviti bersama keluarga yang jarang-jarang dapat kami lakukan disebabkan urusan peribadi masing-masing.

Yang pasti Afif dan Aisy seronok! Tu yang priceless! (^_^)

32 comments:

  1. wah...PD best.....kena pergi pantai cahaya negeri dan pulau burung.

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya.... mandi kolam... naik bot bagai... (eh lama tak pi port dickson!)
    yana, betul la org tu ckp... laptop kalau rosak mmg beli baru je la jawabnya... sebab kalau repair pun membazir je... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tu lah first time ke sana =)
      hehe...memang tak repair dah lepas ni

      Delete
  3. Mesti la seronokkn,lama x ke pd ni sejak ank no 2,kira da 8 thn jugk la.

    ReplyDelete
  4. bila anak2 seronok kita pun rasa seronokkan...dok klang ke? akak pun dok klang juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak...dioranglah kebahagian kita
      ha'a, klang katne kak

      Delete
  5. uih kalo laut bergelora takut kan yana...mandi pool pun pool la..yg penting selamat...lagi2 utk anak2 kan....seram kalo ombak tinggi2 nieh....

    nampak excited muke aisy ngan afif tu naik bot heheeheh... mau tak takut, almaklum laa gerak laju kan...kalo lieya mau pegang kuat heheheeh..seronok dpt bawak anak2 cube bende baru kan yana.... at least dpt jadikan pengalaman tuk dieorg....afif kang kalo pi sekolah mau riuh die bercerita ngan kawan die yg die dah penah naik bot heheeheheheh...

    lieya ingat yana naik banana boat....kalo naik tu lagi laaa....mau tekujat hahahaha lieya takut naik tu.....lagi2 kalo amik yg die terbalikan bot tu...tercungap2 aku kang hahaahahah lieya ni yana takut tempat tinggi dgn takut air yg dalam...fobia gitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takut lieya, siap time tu keluar amaran dilarang berada dekat dengan pantai
      saya memang tak berapa suka tempat public yang ada air
      rasa cam tak selesa sikit, tapi hari tu entah apa angin, enjoy juga...hehe

      tulah, yang pasti diorang seronok! tu yang buat kita seronok
      ish, tak ada berani nak naik banana boat
      lagi bawa budak kecik, jadi lain pula kang
      naik bot biasa pun dah takut, lagi nak naik banana boat
      kim salam lieya oooi! hehe =)

      Delete
  6. kathy tak pernah sampai PD lagi sis..teringin juga nak pergi tapi kereta encik hubby ni dah uzur,pergi melaka jer dah berasap lagi nak ke n9...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH kak, adalah rezekinya tu nanti
      saya pun baru tulah first time pergi

      hehe...cam kelakar pula baca cerita akak ni
      dah berasap tu, tanda nak baru...hehe

      Delete
  7. kalau PD mesti nak mandi kat pantai..kan?/tak de pantai kolam pun jadi la..hehehlain kali pi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah diana, tak ada rezeki nak mandi pantai hari tu
      cuaca tak mengizinkan
      nasib baik juga dapat mandi pool..hehe

      Delete
  8. PD walaupun dah pergi byk kali tp tetap gian nak pergi lagikan...YY.Tak pernh lagi naik bot laju....okje dpt merasakan keseramannya tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru first time ke sana
      seram okje, laju giler!

      Delete
  9. seronoknya tengok budak-budak mandi.. aiza pernah sampai PD pun masa hantar adik pergi kursus.. tapi tak berpeluag untuk mandi pun sebab masa tu air tengah pasang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, budak-budak dengan air memang tak dapat dipisahkan =)
      saya pun sama aiza, air laut bergelora
      siap ada amaran jangan dekat kawasan pantai lagi
      tapi dapat juga mandi pool...hehe

      Delete
  10. yana..seriously akak cakap jealous tau tengok yana dapat pi PD..kenapa ?

    sebab plan akak nak pi masa CNY yg lepas ni..tapiii dek kerana sesuatu yg terjadi dalam family akak..so, tangguhkan dulu lerr jawabnyer..okaylah..

    tu hari tengok OKje pi PD ..now ! yana pulak.. uiss.. takleh jadini gasenyer nak percepat je pi sana tak sabar nak tejun pool heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya ni pun dah lama perginya kak
      baru sekarang dapat update =)

      insya ALLAH, adalah rezekinya tu nanti =)

      Delete
  11. Assalam.. PD mmg best.. lama dah saya tak ke sana.. seronok..
    saya follow sini ye & salam ukhwah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...saya baru tulah pertama kali ke sana
      terima kasih follow ye =)

      Delete
  12. wah gembiranya mereka.. berendaman di dalam air...

    ReplyDelete
  13. waa afif ada pelampung ultraman la..kalau anak zura tgk tu kompom menggelupor nak jugak..

    ReplyDelete
  14. sy yg duduk PD pun xpernah merasa naik bot tuh hah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...hehe
      saya pun baru first time naik menatang tu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...