Aisy Dah Pandai Selfie (^_^)

11:36:00 pm Yana Yani 30 Comments

Selama ni aku tak pernah tahu aksi merakam gambar sendiri tu adalah selfie. Sebab tu bila pertama kali dengar perkataan tu aku jadi pelik. Ketinggalan sungguh! Hehe!

So bila dah tahu, mula nak menyebut aje perkataan yang aku baru belajar tu. Hehe!

Dalam dunia serba canggih ni, selfie bukan satu perkara asing di mana ianya sering kali dikaitkan dengan social networking. Hampir semua orang tak terkecuali melakukan selfie.

Tipulah kalau siapa tak pernah buat. Hehe! Anak dara aku pun tak terkecuali terjebak dalam selfie ni. Ye! Aisy pun dah pandai selfie! Hari-hari dok selfie tu!


Tengoklah tu, siap dengan tersengih! Bajet comellah tu! Anak siapalah ni ye? Hehe! Sekali tengok macam Mama dia pula dok selfie gitu.

Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi, ye dak? Hehe! Dah siap posing, dia suruh aku tengok telefon mainan yang dia dapat time hari jadi dia hari tu.

"Mama, nok! Mel! - Mama tengok! Comel!" kata dia sambil dok tarik muka aku suruh pandang telefon mainan dia.

Bila aku kata comel, dia sibuk tanya mana Papa dia. Nak tunjuk dekat Papa dia juga kononnya gambar yang dia snap tadi.

Aku jawablah yang Papa dia kerja. Tahu dia buat apa? Dia tekan keypad kononnya macam dail nombor. Lepas tu dengar dia cakap, "Alo Papa! - Hello Papa!"     


Tengok dia buat gitu, terasa kelakar. At the same time, muhasabah diri sendiri. Membayangkan setiap apa yang aku dan Encik suami lakukan, ada yang memerhati untuk dijadikan contoh.

Tak kena cara atau contoh yang diberikan, lingkup! Sebab tu kita selalu dengar, anak seumpama kain putih dan ibubapa yang mencorakkannya. So lepas ni kena beringat! (^_^) 

30 comments:

  1. Hehee.mcm comel jer.semua org pernah kot termasuk akak.hahahaa.malu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kelakar pun ye jugak
      dengan telefon mainan pun dia boleh selfie

      saya pun sama kak =)

      Delete
  2. Budak2 mmg belajar apa yg kita buat.. sbb tue kena hati2 kan.. moga2 jadi cth yg baik utk anak2 kita.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...mengikut aje diorang ni
      tu yang bahaya! hehe
      kena cuba bagi contoh yan baik

      Delete
  3. Alahai...comelnya aish dgn telefon pinknya. "Hello aish...tengah buat apa sekarang ni?"

    Melihat keletah anak2 memang menghiburkan, tapi perhatikan...setiap perlakuan mereka sebenarnya adalah meniru apa yang mereka lihat disekitar mereka. Oleh itu setiap perlakuan insan2 disekelingnya mencorak perlakuan mereka termasuklah apa yg dia lihat di tv.
    Kita tidak mampu menghalang segalanya tapi sewajarnya kita cuba terangkan agar mereka tahu yang mana baik dan yg mana buruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu BM, tu yang saya muhasabah diri sendiri
      sebab apa sahaja yang saya dan suami lakukan
      akan ada yang mengikut
      masih cuba memperbaiki diri =)

      Delete
  4. selfie.. akak x suka.. kalau anak anak selfie mmg comel.. kalau yg dah dewasa..rasa cam syok sendiri je.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu juga buat kak
      syok sendiri rupanya...hehe =)

      Delete
  5. alooo !! papa..eah ! pempuan lah mama bukan papa..uiss tekejut mama aisya hehe..
    auntie Roha lah aisya..nak bagi tahu... comey lerr aisya bila selfie hehe..

    akak mmg takdernyer nak selfie ni yana..selalunya anak2 akak jew yg curi2 tangkap gambo akak hehe..malu lerr..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu juga buat kak
      sebab tak ada orang nak ambik gambar kami 4 beranak
      tu yang secara tak langsung, jadi selfie =)

      Delete
  6. amboi aisy...kemain lagi hah...ni tiru sape agak2 nieh...lieya yakin ni tiru mamanye nie kekeekekek...mcmlieya gak le yana..mia mija dulu pun tgk lieya tu die pun terikut same... betul kate yana ape yg kite buat semua anak2 tgk dan belajar...mmg kene hati2 kan yana dlm perlakuan....kene berikan contoh yg baik...kalo tak, kita gak yg susah bile tgk anak buat tak senonoh kan....

    keletah betul anak dara yana nie...mmg sonok layan perangai die kan...dgn pelat2 die...jadi penghibur di rumah lah org kate.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia meniru saya sebab saya yang selalu buat gitu
      mula rasa terpukul bila anak mengikut
      tak sangka sebenarnya =)

      dekat rumah dia memang paling banyak berbunyi
      padahal pelat bercakap =)

      Delete
  7. mata macam abang dia.. amboi cantik henfon, pink kaler..anak pompuan semua nak di pink kan.. hahaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama adik beradik, ye ada sama here and there...hehe
      ha'a kan, kenapa ye...hehe

      Delete
  8. budak ni tiru apa yang selalu depa tengok.. so kalau mak dia suka selfie anak dia pun mesti ikut. saya dah jarang selfie ni.. rasa muka comot. hahahaha
    Op's boleh komen balik tak entri tadi. saya dah buang commentluv so terdelete sekali komen awak. tak selesa pulak rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang muhasabah diri, tak perasan si kecil memerhati..hehe

      pasal tu lah dok pelik tengok tadi, orait kalau rajin
      saya singgah...hehe =)

      Delete
  9. nampak comel je aisy berselfie.. betul tu, setiap apa yang ibu bapa buat pasti menjadi contoh untuk mereka ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kadang tak perasan aiza
      bila dah jadi barulah...ooo dia ikut rupanya

      Delete
  10. Alahai...sweet nya aisy berselfie...dah pandai da anak dara sorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak wei...pandai sangat!
      bajet comel lah tu =)

      Delete
    2. memang comel pun..suka tengok muka aisy..tapi afif pun hensem jugak...

      Delete
    3. hehe...kalau yang ni mama dia
      yang senyum bangga...hehe

      Delete
  11. ye la..kecik2 pun dah pandai tiru.dah besar nanti apa kita buat lagi la dia pandai dan bijak nak mengikut.

    ReplyDelete
  12. Hihihi..comelnya..anak-anak sekarang ni memang bijak-bijak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni time dia kecik ni
      dah beso lagilah...pantang nampak kamera...huhu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...