Weekend: Berjalan + Shopping = Happy! (^_^)

12:13:00 am Yana Yani 16 Comments

Malam semalam seperti yang dirancang, kami ke Uptown Shah Alam. Mujur cuaca elok aje. Tu yang kami rasa seronok sangat! Annur dengan Anis pun join aktiviti malam kami di sini.

Kalau sesiapa yang tak pernah ke sini, jangan tersesat pula sebab signboard sepanjang perjalanan nak ke sini tak ada tulis Uptown Shah Alam. Diorang tulis Kompleks Muhibah.

Dekat sini segala macam benda ada dijual. Memang siapa jenis kaki shopping boleh jadi kelabu biji mata dok tengok barangan yang ada dekat sini. Apa yang pasti, semua peniaga di sini adalah bumiputera!

Anyway aku dah pernah cerita pasal Uptown ni, dekat sini.


Siang tadi kami pergi shopping barang dapur pula. Lepas tu kami ke Tesco Setia Alam, kononnya nak cari hadiah hari jadi untuk Aisy.

Tapi satu Tesco kami pusing, tak jumpa yang berkenan di hati


Lepas tu kami ke Aeon Bukit Raja. Meneruskan misi mencari hadiah untuk Aisy. Dan kami berjumpa yang berkenan di hati dan paling penting affordable! Hehe!

Tapi paling kelakar yang buat semua shopper dok pandang Aisy sambil ketawa adalah disebabkan dia dok seret bungkusan hadiah dia! Tak bagi langsung orang lain pegang!

Dah tu nak buat camne, biar ajelah! Seretllah sayang oi! Memang hadiah kau pun!


Petang pula kami ke Pantai Remis. Bukan hak yang dekat Perak nun! Ni dekat Jeram Selangor aje! Tak berapa jauh dari rumah keluarga mentua aku.

Dekat sini bukan setakat pantai aje ada, korang boleh shopping juga dekat sini. Biasanya dekat sini memang penuh dengan orang!

Biasalah nak luangkan cuti hujung minggu diorang dengan family! Macam semua kitalahkan! Hujung minggu buat aktiviti dengan family memang seronok!

Anyway aku dah cerita beberapa kali pasal Pantai Remis ni, boleh klik sini dengan sini.


Kalau dah nama pantai, memang tak sahlah kalau tak dekat dengan air! Tu lah yang budak berdua ni cuba lakukan. Tapi aku dah awal-awal bagi warning, basah tinggal! Kejam tak? Hehe!

Nama pun budak-budak, peduli apa diorang dengan amaran aku! Lagi aku marah, lagi diorang dekat! Penat bising, aku biar aje! Hehe!


Apa yang pasti kami seronok sangat hari! Another hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti!


Dua tahun sebelum ni, pada ketika dan saat ni aku tengah mengerahkan segala kudrat dan tenaga untuk membawa puteri aku ke dunia ni.

Kesakitan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang pernah melaluinya sahaja pasti memahami apa yang aku rasa. Bukan setakat rasa macam nak terberak aje ye! Harap maklum!


2 Disember 2011, Dayana Hanna Aisy selamat dilahirkan pada pukul 1:17 pagi.

SELAMAT HARI JADI SAYANG! (^_^)

16 comments:

  1. 1 happy family..tahniah.. meluangkn masa yg berkualiti mcm ni lah bgs utk anak2 anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      memang itu yang selalu kami praktikkan =)

      Delete
  2. wahh seronok nye jalan2....lepas satu tempat ke satu tempat berjalan....anak2 seronok kite pun tumpang seronok kan.....part heret adiah tu comel heheeheh...kemain tak mo kasi org tolong yeak.....excited la tu dpt adiah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang seronok sangat
      tu la pasalnya, dia tak bagi orang lain pegang
      apapun terima kasih singgah sini ye =)

      Delete
  3. pantai jeram ni dekat ikan bakar tu ye?/ana selalu lepak kat uptown danau kota cuci mata...salam ukhwah yana yani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantai jeram dengan pantai remis bersebelahan
      yang saya pergi ni pantai remis
      terima kasih singgah ye =)

      Delete
  4. Wah..jalan sakan ye..comel je aisy rmbut pendek..hepi birthday utk aisy.
    lama x g Pantai Remis tu,selalu dtg makan kerang bakar je..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...first time ni sejak potong rambut
      ada orang kata aisy comel
      lain semua kata buruk...hehe
      terima kasih ye kak =)

      Delete
  5. Selamat Ulangtahun Kelahiran Dayana Hanna Aisy. Semoga menjadi anak yang cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak
      itulah yang diharapkan semua ibubapa
      di muka bumi ni =)

      Delete
  6. cantiknya n lentiknya bulu mata aisy..
    hapy bezday aisy
    g pantai remis..xleh mandi asyik terpijak kerang je..bahaya btol

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak!
      air dia kotor, memang tak bagi diorang mandi
      setakat basah kaki dengan tangan
      boleh diterima lagi...hehe

      Delete
  7. seronoknyer sis...memang best bawa anak2 berjalan,sebab pakej dengan keletah diorang lagi..hehehehe..kelakar pulak psl sis cakap nak terberak tu...teringat kenangan bersalin dulu..alhamdulillah,kekuatan wanita berjaya membawa satu nyawa baru kedunia..tepuk tangan untuk diri sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...time ni macam perangai keluar
      hehe...bukan apa kak, ada hari tu orang kata kat saya
      nak bersalin ni macam rasa nak terberak aje
      padahal dia tak akan mungkin melaluinya
      pandai-pandai aje buat statement

      Delete
  8. budak2 klu nmpk air kompom menggelupor nk berendam...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...