Kiram, Kau Kejam! (^_^)
Aku rasa macam
tak percaya dengan apa yang aku baca sebentar tadi. Aku fikirkan ianya hanyalah satu khabar angin yang tidak berasas.
Sebelum
ni Encik suami ada juga bercerita tentang keadaan mayat Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, aku beranggapan ianya hanya satu cerita yang boleh dipertikaikan kesahihahnnya.
Allahyarham merupakan adik kepada rakan satu sekolah aku dulu. Walaupun tidak mengenali beliau secara dekat, tapi berita yang aku baca tadi amat merobek hati aku sebagai seorang manusia.
Kemanalah hilangnya peri kemanusian yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk setiap insan di muka bumi
ni? Lebih menyedihkan ia dilakukan oleh saudara SEAGAMA!
Aku
tak sanggup
nak jelaskan secara terperinci cerita yang aku baca tadi bagi menghormati ahli keluarga WIRA negara yang telah terkorban.
Baca dan nilailah sendiri.
Manusia atau BINATANG yang memperlakukan begitu kepada PERWIRA Negara? Kenapa mereka menyerang dan membunuh dengan kejam saudara seagama?
Semua kerana HAK? HAK apa? Pergi MAMPUSLAH! Sebab KAU ada orang kehilangan kasih sayang seorang anak, suami, ayah, abang dan adik!
Dasar PENGECUT dan nampak sangat GILA KUASA bukan kerana HAK!
-------------------------------------
Memang benar sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya adalah Sultan Sulu, Jamalul Kiram mungkin terlupa sesuatu.
Pada tahun 1878, nenda dia telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) untuk menyewakan Sabah (Borneo Utara ketika itu) kepada SBUB.
Akhirnya Sabah telah diserahkan kepada British (sebelum pembentukan Malaysia). Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah Jepun?
Jika benar dia mempunyai hak ke atas Sabah, kenapa dia
tak pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang?
Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu Muhammad Esmail E.Kiram 1 telah menyerahkan hak pemerintahan baginda kepada Filipina.
Filipina pada ketika itu ditadbirkan oleh Presiden Macapagal. Tindakan Muhammad Esmail E.Kiram 1 itu adalah bagi menghalang pembentukan Malaysia pada 12 September 1962.
Ia membuktikan Sultan Sulu ketika itu tidak serius dan bersikap lepas tangan. Akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah menggugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah.
Ia dilakukan bagi memperbaiki hubungan diplomatik dengan Malaysia. Malah sehingga sekarang kerajaan Malaysia masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati.
Tetapi atas dasar TAMAK, wang tersebut didakwa tidak cukup kerana dia rasa dia berhak mendapat 50% wang hasil daripada ekonomi Sabah.
Persoalannya, kenapa lelaki yang mendakwa dirinya SULTAN yang berusia 70 tahun
ni terhegeh-hegeh menuntut HAK ke atas Sabah? Kenapa baru sekarang?
Aku rasa macam
nak CINCANG
aje ORANG TUA
tak sedar diri
ni!
By the way, ada seorang
blogger menawarkan RM50 ribu untuk KEPALA Kiram
the madefaker!
Klik
sini untuk bacaan lanjut.
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿