Kenapa Aku, Bukan Saya? (^_^)

7:16:00 pm Yana Yani 0 Comments

Persoalan di atas di tanya oleh seseorang kepada bila dia buat julung kalinya menerjah ke blog aku yang tak seberapa ni.

Melopong juga aku bila dia tanya macam tu. Hehe!

Dia yang sememangnya aku kenal dalam dunia nyata agak terkejut dengan penggunaan kata ganti diri yang aku gunakan dalam blog ni.

Biasanya aku menggunakan kata ganti diri "saya" bila berinteraksi dengan dia dalam dunia nyata.

Emm, kenapa ye? Susah juga nak jawab persoalan tu. Terpaksa pulak dok buat research. Hehe! Tapi sebenarnya penggunaan kata ganti diri "aku" memang paling aku kerap gunakan. Itu fakta!

Malahan dalam adik-beradik pun aku memang menggunakan kata ganti diri "aku". Walaupun Mak cukup tak berkenan aku menggunakan perkataan "aku" tu. Bagi dia, bahasa tu agak kasar.

Kalau masa kecil dulu Mak akan kata, "Cakaplah aku-aku, nanti hantu paku datang baru tau!"

Bila Mak dah cakap macam tu, lama jugalah tak gunakan kata ganti diri "aku". Yelah budak-budak time tu, percaya ajelah bila orang cakap.

Tapi tak lama, lepas tu buat lagi! Bila kena marah, berhenti lagi. Macam tulah situasi tu berulang sampai ke tahap Mak dah terlarat nak bercakap! Hehe! Punyalah jahat aku ni!

Bagi aku penggunaan kata ganti diri "aku" adalah lebih mesra berbanding saya.

Zaman bercinta dengan Encik suami pun aku menggunakan kata ganti diri "aku" sebelum ia ditukarkan kepada Sayang dan Ayang sampailah ke hari ini. Hehe!

Aku hanya menggunakan kata ganti diri "saya" dalam dua situasi. Iaitu sama ada orang yang aku berinteraksi tu aku baru kenal, so agak kekok sikitlah kan bila nak bercakap tu!

Ataupun orang yang aku berinteraksi tu lebih berusia dari aku. Biasanya yang ni lebih kepada tanda hormat kerana dia lebih tua dari aku. Tak akan nak kata "kau" "aku" pulakan, nanti dia kata kita kurang ajar!

Tapi most of the time aku memang gunakan kata ganti diri "aku"! Itulah juga antara sebab kenapa aku menggunakan kata ganti diri "aku" dalam blog ni. Lebih selesa dan mesra!

So harap ia dapat menjawab persoalan yang diajukan!

Sekian, terima kasih (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...