ATM: My Hero! (^_^)

12:48:00 pm Yana Yani 0 Comments

Pencerobohan ke atas Lahad Datu oleh Tentera Diraja Sultan Sulu memang menimbulkan pelbagai persoalan. Lebih-lebih lagi apabila ia telah mengorbankan 8 PERWIRA NEGARA.

Pun begitu jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara memang tidak boleh dipertikaikan. Tanpa mereka, kita tidak mungkin boleh mengecapi KEAMANAN yang kita kecapi sekarang.

TERIMA KASIH di atas segala PENGORBANAN kalian. Hanya ALLAH yang boleh membalasnya!

Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin kita tak tahu mengenai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Believe it or not?
  1. Malaysia pernah menghantar pasukan ATM semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila puak gerila.
  2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat gagal
  3. ATM diperakui sebagai PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia. Malah satu-satunya pasukan yang berjaya mengekang komunis. 
  4. VAT69 dijulang sebagai pasukan komando terbaik di dunia. Malah pasukan ini pernah didokumentarikan oleh Asia Channel
  5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan pasukan perisikan terbaik di dunia! Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama. Malah pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse telah ditangkap ketika melakukan risikan ke atas Malaysia.  
  6. Apabila bersara, perisik dan anggota elit PDRM dan ATM dikehendaki melaporkan diri di balai polis pada waktu dan masa yang telah ditetapkan. Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar negara.
  7. Panggilan "cikgu" digunakan oleh anggota PDRM bagi merujuk anggota ATM
  8. ATM pernah menjadi rebutan antara Amerika dan Britain. Namun atas dasar ikatan persahabatan yang telah sekian lama terjalin, ATM memilih Britain.
  9. ATM juga telah menubuhkan sekolah ketenteraan dikenali sebagai FORT BENNINGS. Di sini diperkatakan bahawa tentera terhebat adalah SAS (Britain) diikuti ATM (Malaysia) dan US ARMY (Amerika)
  10. Bagi menghina Malaysia, Indonesia sengaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia dimalukan apabila ATM berjaya menceroboh kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.
  11. Pasukan elit pertama Malaysia ialah SARAWAK RANGERS dan ia merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit di rantau ini  
  12. Komando Malaysia pernah membantu US ARMY bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan Smart Bomb dari pesawat pengebom NATO 
  13. Komando-kamando Malaysia pernah diberi tugas sebagai QRR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera-tentera NATO dalam perang di Bosnia. Ia diperakui oleh kebanyakan tentera-tentera asing dan mengelar pasukan Malaysia sebagai pasukan yang datang untuk ke garisan mati. Malah ia pernah diperkatakan di dalam surat khabar di Amerika.    
  14. Suatu ketika dulu, Malaysia pernah menghantar 7 anggota komando terbaik untuk ke Manila dalam satu misi khas bagi mengambil dokumen berkaitan Sabah. Operasi itu dikenali sebagai OPS SABAH SELAMANYA. Bagaimanapun fakta ini tidak dapat disahkan
  15. Filem Black Hawk Down lakonan Josh Hartnett yang mengisahkan pemberontakan di Somalia telah menyeleweng dari fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi WIRA. Tetapi oleh kerana ia sebuah filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf. 
  16. Komando Malaysia pernah menceroboh kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk dan menampal setem Malaysia pada setiap peluru perpandu, meja officer dan menukar bendera Singapura dengan bendera Malaysia pada meja pegawai tertinggi. Tujuannya bagi membalas dendam kerana jet Singapura serih menceroboh ruang udara Johor. Mereka melakukan tugas tersebut hanya dalam tempoh 1 hari tanpa dapat dikesan. Kakitangan kompleks pertahanan Singapura yang terlibat telah dipecat kerana kejadian itu.
Sumber: Copy & Paste

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...