Anak Mama Ni! (^_^)

11:53:00 pm Yana Yani 0 Comments

Hari Sabtu hari tu, Aisy dah genap 16 bulan! Perkembangan dia masih macam sebelum ni. Belum lagi ada tanda-tanda nak berjalan. Tapi entah kenapa aku tak begitu risau sebab dia agak aktif.

Lagipun doktor pernah kata setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza. So adalah tidak wajar kalau kita nak buat comparison dengan anak orang lain. Genetik pun berbeza!

Cuma dia agak kerap demam kebelakangan ni. Orang-orang tua kata, budak kalau demam ada benda baru dia nak buat. Tak tahu sejauh mana kesahihan cerita tu.

Tapi memang tu lah cerita yang sering kali aku dengar dia kali aku beritahu tentang kesihatan Aisy. Aisy pula kalau nak tahu dia tak sihat senang aje, dia mesti bising! 

Anak Mama yang seorang ni memang tak tahan sakit. Sikit aje dia sakit mulalah satu kampung boleh dengar tangisan atau rengekkan dia.


Tapi kalau dia sihat, memang ligat aje! Ada aje benda dia nak buat dan nak diteroka. Malahan dia tak kenal langsung erti SERIK!

Agak susah nak kata JANGAN dengan dia sebab dia tetap akan ulangi benda yang sama. Paling aku pelik, dia suka betul pergi tempat yang ada suis.

Gerun betul membayangkan cerita yang pernah aku baca di dada akhbar tak berapa lama dulu. Sebab tu Aisy tak boleh langsung ditinggal seorang diri!

Lagipun malang kan datang tak berbau! So mesti ada orang monitor setiap perbuatan dia. Sebab tu kalau Papa dia tak ada, memang aku susah sikit.

Tapi kalau kita tegur dia time dia tengah buat AKTIVITI dia, mesti dia buat muka macam dekat gambar bawah ni. Buat muka tak salah aje!

Apapun, anak-anaklah penghibur aku di saat suka dan duka! They are my strength!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...