Penat tapi Berbaloi! (^_^)
Niat di hati nak post entry ni semalam tapi tak sempatlah pula. Sebab dari pagi sampailah ke malam penuh aktiviti lepas tu bersambung pula sampai ke hari ni. Tapi hari ni punya cerita aku cerita besok eh!Semalam bangun aje pagi sibuk menguruskan Afif yang ada kelas tambahan. Hantar dia pergi sekolah lepas tu singgah kedai beli sarapan dengan bahan buat masak tengahari.
Settlekan Aisy, lepas dia dah tidur baru sambung aktiviti kerja rumah. Rasa nak demam bila dok tengok kain baju yang berlonggok, maklumlah stok seminggu!
Tengah aku dok sibuk tu ada orang call, volunteer nak ambil Afif dari sekolah. Rasa lega sikit, boleh aku settlekan aktiviti kerja rumah.
Masuk tengahari, sibuk pula nak memasak. Tapi ada aje yang nak menolong! Siapa lagi kalau bukan si Afif dengan si Aisy! Pakatan dua beradik ni kadang-kadang buat aku pening juga.
Tapi kebiasaannya aku biar aje diorang buat "kerja" diorang. Kalau dilarang, tak akan settle kerja aku. Biasanya aku akan kata, "Lantak koranglah!"
Janji tak ada benda-benda yang boleh mendatangkan kemudaratan pada anak-anak bertuah aku ni. Dalam kesibukan dan kelam kabut tu, siap juga makanan tengahari!
Ayam masak kurma versi Mama Afif dan Aisy |
Tekak aku kata, masak kurma kena ada acar dengan papadom. Disebabkan papadom tak ada, tempe pun bolehlah! |
Masuk aje petang, hujan lebat! Nasib baik sempat kering kain baju. Tengah nak melipat tu, ada aje yang nak menolong! Aku alihkan perhatian budak berdua ni dengan longgokkan mainan depan diorang.
Sekurang-kurangnya, kelekaan diorang tu memudahkan kerja aku!
Kotak dengan bakul mainan ni, seminggu sekali aje aku keluarkan. Kalau tak jenuh nak kemas! |
Ni kalau budak lelaki main! |
Kalau dah nama perempuan tu, anak patung juga dia cari! |
Jam dah masuk pukul 6 petang. Aku suruh budak-budak ni kemas mainan, buat tak tahu aje. Terpaksalah Mama diorang nyanyi macam cerita Wonder Pets semata-mata nak tarik perhatian diorang.
"Apa yang penting kerjasama!" aku ulang benda sampai licin mainan atas lantai! Lepas tu mandikan diorang. Tengah dok sibuk melayan budak-budak tu, Encik suami ajak keluar.
Aku memang menunggu aje dia cakap macam tu! So bila dia ajak tu, excited betul rasanya! Kita orang ke Uptown Shah Alam malam tu.
Encik suami kata dia nak cari jersi untuk Afif, tapi pusing satu Uptown pun tak ada satu yang dia berkenan. Besarlah, kain panaslah, kolar tak cantik, macam-macam lagilah. Balik tangan kosong aje! Sabar ajelah!
Rasa penat betul semalam. Tapi berbaloi sebab dapat meluangkan masa dengan insan yang tersayang! Kalau boleh nak setiap hari macam ni, boleh tak? Hehe!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿