Dah Mula Dah! (^_^)

11:39:00 pm Yana Yani 0 Comments


Cer tengok gambar budak Dayana Hanna Aisy ni yang going to be 1 tahun 4 bulan next week. Innocence je kan! Dengan mata bulat dia, sambil kening dikerutkan.

Lepas tu mata dia tak berkelip langsung pandang orang! Tangan pula mesti dekat mulut aje! Tapi ni lah cara dia dok pandang orang. Macam terus sampai ke hati!

Kalau siapa tak kenal dia, boleh jadi tak senang duduk tengok cara dia pandang. Ada seorang kawan Encik suami pernah kata macam ni, "Kenapa anak kau pandang aku macam tu? Dia takut ke?"

Macam nak tergelak pun ada dengar soalan kawan Encik suami tu. Macam dia pula yang takut dengan Aisy bukan Aisy yang takut dengan dia! Hehe!

Anyway, Aisy dah ada hobi baru kebelakangan ni iaitu mengemas! Sebelum ni dia "mengemas" juga tapi tak adalah extreme macam ni.

Sekarang ni pantang aku leka sikit, habislah semua benda! Kadang-kadang aku biar aje dia buat aktiviti mengemas dia. Malas nak membebel!

Lagipun nak marah pun bukannya dia faham, apatah lagi nak dipukul! Buat sakit aje betul takMost of the time aku SABAR aje!

Cuba tengok bawang dengan kentang yang dia sumbat dalam periuk tu.
Lepas dia dah buat "onar" boleh dia buat muka tak tahu aje tu!

Despite semua ni, aku agak risau dengan kesihatan dia sebenarnya. Kerap juga dia tak sihat sejak dia keluar hospital dulu. Jarang nak tengok dia sihat.

Dia pula kalau tak sihat, berbunyi aje! Dia jenis tak tahan sakit. Aku risau betul bila dia mula merenggek time tak sihat. Tak senang duduk dibuatnya.

Sekarang ni pun dia asyik batuk aje. Bila tanya doktor, musim jawabnya! Kalau tanya orang lain pula diorang kata anak tak dijaga makan!

Padahal batuk, demam dan selesema disebabkan virus! Bukan pemakanan! Entahlah, masing-masing nak mengaku hebat bab penjagaan anak.

Apapun tiada ibubapa dekat dunia ni yang tak cuba lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Anak-anak adalah harta yang tak ternilai!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...