Merekalah Perwira! (^_^)

10:53:00 pm Yana Yani 0 Comments

Dua tiga hari ni tak sempat nak post entry. Tiba-tiba mood malas nak post entry menjelma, tu yang menyepi aje. Hehe! Alasan!

----------------------------------------
 
Penghujung bulan Februari yang lalu, kita dikejutkan dengan berita pencerobohan oleh pihak yang mendakwa mempunyai HAK ke atas Sabah.
 
Kemuncak cerita ni adalah apabila ia meragut nyawa 8 orang perwira negara (pada waktu entry ni ditulis)
 
Aku terasa sedih sangat kerana mereka-mereka yang di atas ni adalah anak kepada seseorang, suami kepada seseorang, bapa kepada seseorang dan juga mungkin abang atau adik kepada seseorang.
 
Bayangkan perasan ahli keluarga perwira negara yang terkorban ketika mendapat berita yang cukup menyedihkan tu. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu mereka memikul bebanan kesedihan.
 
Aku belum tentu mampu meletakkan diri aku ditempat mereka. Bagi aku mereka adalah insan yang tabah kerana merelakan anak, suami, bapa, abang atau adik berjuang demi keamanan negara 
 
Melihat anak aku bermain dengan Encik suami, aku terasa sedih sebab ada anak orang lain tak dapat lagi melalui saat seperti yang anak aku lalui.
 
Pun begitu, ada sahaja mereka yang bermulut jahat sibuk mempolitikkan isu ni yang pada aku patut ditangani bersama-sama. Bukan tuduh-menuduh, salah-menyalah!
 
Mungkin mereka yang bermulut jahat atau hero di alam maya ni tidak sedar bahawa keamanan yang dikecapi ketika kita melalui kehidupan seharian ini, ada HARGANYA!
 
 
Ketika kita sibuk dengan urusan kita, ada orang lain berjuang di perbatasan dengan menjadikan nyawa mereka sendiri sebagai taruhan semata-mata untuk MELINDUNGI kita!
 
Cerminlah diri sendiri yang hanya pandai bercakap, itu pun di alam maya! 
 
Sepatutnya kita berterima kasih kepada mereka, terutama ahli keluarga mereka yang merelakan orang yang mereka cintai dan sayangi berjuang untuk negara. 
 
Adalah lebih baik kita mendoakan kejayaan mereka, keselamatan mereka dan semoga mereka sentiasa di dalam perlindungan-Nya. Tanpa mereka kita tak akan mampu mengecapi KEAMANAN seperti yang kita kecapi sekarang!
 
Entry kali ini aku tujukan khas buat semua PEJUANG NEGARA. Jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh kamu tidak mampu kami balas. Kamu adalah WIRA sebenar!
 
TERIMA KASIH WAHAI PERWIRA NEGARA!


0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...