Bila Aku Meraban (^_^)

11:34:00 pm Yana Yani 0 Comments

Lama rasanya tak menjengah blog niEntry baru pun dah lebih seminggu tak post.

Kesihatan aku tak begitu mengizinkan kebelakangan ni. Tak tahulah kenapa.

Dulu ada seorang doktor pernah kata bahawa dengan segala masalah kesihatan yang aku hidapi sekarang, aku mungkin hidup tak akan lebih dari 3 dekad.

Tapi siapa dia untuk menentukan HIDUP dan MATI seseorang. Seperti juga SYURGA dan NERAKA. DOSA dan PAHALA.

Semua itu adalah rahsia DIA yang tak mungkin diketahui sesiapa. Jauh didasar hati ini aku percaya DIA amat menyanyangi aku. Sebab tu DIA bagi aku segala ujian ni.

Jujurnya aku rasa BERSYUKUR dengan ujian yang diberikan ini. Ia buat aku faham dan hargai beberapa perkara tentang KEHIDUPAN.

1. Keluarga

Bagi aku KELUARGA adalah HARTA yang tak ternilai! Lebih-lebih lagi anak-anak aku, Afif dan Aisy. Senyuman dan tawa mereka adalah KEKUATAN dan SEMANGAT aku.

Mereka sentiasa ada di setiap saat SUKA dan DUKA. Tak pernah berenggang walau dalam situasi apa sekalipun. Tanpa mereka, aku tak akan mungkin menjadi seperti aku sekarang.  
Sebab tu aku tak akan berkompromi dengan apa-apa yang melibatkan keluarga. Aku tak akan sama sesekali cagarkan mereka semata-mata untuk harta dunia!

Aku amat menghargai setiap detik dan saat bersama mereka lebih-lebih lagi bila memikirkan kematian boleh berlaku pada bila-bila masa. Aku mahu diri ini SENTIASA hidup dalam memori mereka.

2. Orang Sakit

Hospital seperti rumah kedua bagi aku. Aku mengenali hampir semua muka kakitangan di HTAR dan memahami setiap selok belok di situ. Tempat tu yang menyimpan seribu satu sejarah dalam hidup aku.

Bila ada orang sakit, aku akan seboleh upaya menziarahi mereka. Entah kenapa aku faham perasaan mereka apabila terlantar sakit. Mungkin kerana aku pernah berada di tempat mereka.

Bagi aku kedatangan orang yang dikenali adalah amat diharap dan menjadi pendorong untuk sembuh seperti sedia kala. So kalau ada orang sakit tu, jenguklah walau sekejab. Kita tak tahu bila pula masa kita.

Lagipun agama Islam menggalakkan penganutnya untuk menziarah orang yang sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.

Maksud sabda Rasullullah SAW:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur" - Riwayat Bukhari.

-------------------------

Apapun lepas ni aku berharap aku boleh menulis seperti biasa. Blog ni adalah antara harta yang aku sayangi - tempat di mana aku mencurahkan segala SUKA dan LARA.

Till we meet again! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...