Dah Terlambat! (^_^)
Kebelakangan ni aku asyik mengikuti perkembangan semasa berikutan isu pencerobohan daripada mereka yang mengakui mepunyai hak ke atas Sabah.Berita lain tak menarik minat aku walaupun hari ni aku dikejutkan dengan kemunculan manusia yang paling aku benci dalam dunia ni! Dah ludah, lepas tu jilat balik!
Kau ingat senang-senang aku nak lupa perbuatan kau pada keluarga aku! Dasar manusia tak tahu MALU! Baru sekarang nak terhegeh-hegeh! Dah TERLAMBAT!
Malas aku nak layan manusia yang cakap tak serupa bikin macam tu!
----------------------------------------------
Tadi ketika melayari laman sosial Facebook, aku terpandang status seorang kawan yang merupakan isteri kepada salah seorang angkatan tentera Malaysia.
Dia risau kerana suami beliau dikerahkan ke Lahad Datu malam ni. Aku tak tahu macam mana nak kurangkan kegusaran dia, apa yang boleh diberikan hanyalah kata-kata semangat.
Kalau aku ditempat dia mungkin aku juga tak dapat melalui kehidupan seharian dengan sempurna kerana risaukan keselamatan insan yang tersayang!
Aku BENCI dengan PENCEROBOH di Lahad Datu! Mereka sememangnya PENGGANAS! WIRA kita telah dibunuh dengan serangan secara hendap! Dasar PENGECUT!
Kita nak selesaikan secara AMAN dan atas dasar SEAGAMA pun mereka tolak! Bila kita membalas serangan, ironinya mereka menuntut Malaysia menyelesaikan secara AMAN!
Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan terutama setelah apa yang mereka lakukan terhadap WIRA NEGARA! Mereka harus DIHAPUSKAN!
Aku BERSETUJU dengan keputusan pihak pemerintah untuk membalas serangan PENGGANAS!
Buat ATM dan PDRM, kami rakyat MALAYSIA sentiasa berdiri TEGUH dibelakang kalian yang berjuang demi keamanan BUMI BERDAULAT ni!
Doa kami mengiringi PERJUANGAN kalian!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿