Afif di Kampung! (^_^)
Seperti readers sedia maklum especially pembaca setia blog ni, memang setiap minggu kami akan pulang ke kampung Encik suami yang terletak di Kampung Sungai Serdang, Selangor.Disebabkan jarak yang tak jauh tulah yang membolehkan kami menziarah kedua orang tua Encik suami. Malahan ia adalah rutin hujung minngu kami.
Anak-anak yang paling seronok kalau balik kampung. Terutama sekali Afif. Ada sahaja aktiviti yang dia lakukan. Macam tak kenal erti penat langsung bila dapat balik kampung!
Lebih-lebih lagi kalau semua sepupu dia berkumpul, memang huru-haralah rumah Atuk dan Nenek! Tapi sebenarnya seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai.
Dekat bawah ni ada beberepa keping gambar Afif dengan pelbagai aksi yang aku sempat rakamkan bila kami pulang ke kampung baru-baru ni.
Punyalah minat dengan dinosour sampai atas tanah pun dia suruh Mama lukis. Nasib baiklah Mama ada sikit kebolehan melukis. Hehe! |
Dekat bandar tak pernah jumpa orang bakar sampah secara terbuka. Sempat juga dia "menakal" |
Muka "tak boleh blah" bila kena bebel sebab main dekat dengan api |
Favourite port Afif dekat kolam ikan talapia ni lah! |
Air tak ada pun dia nak lap juga. Ada udang disebalik batulah tu! |
Tu lah gelagat Afif yang sempat aku rakamkan. Aisy belum boleh jalan lagi, kalau tak lagi ligat agaknya.
Adeh, perut dah berkeroncong ni! Encik suami lambat lagi ke nak balik ni. Dah tak sabar nak makan masak lemak pucuk meranti. Erk, masak lemak lagi?
Tapi lama dah tak makan pucuk meranti ni. Hehe! Alasan! Macam manalah badan tak besar. Angan-angan aje lah nak badan slim macam Erra Fazira. Hehe!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿