Kren Tumbang di Makkah: Seluruh Dunia Bersedih

1:39:00 pm Yana Yani 46 Comments

Ketika ini pastinya semua sedia maklum akan kejadian yang berlaku di Masjidil Haram, Makkah pada petang Jumaat, 11 September 2015 bersamaan 27 Zulkaedah 1436H.

Tragedi yang menyayat hati itu mengorbankan sekurang-kurangnya 107 orang termasuk 5 jemaah dari Malaysia dan mencederakan ratusan jemaah yang lain. Seluruh dunia bersedih.

YY dan adik-beradik MyChintaHati di sini berada dalam keadaan situasi yang sangat runsing ketika itu kerana tiada seorang pun antara kami dapat menghubungi parent in law YY di sana.

Even biras YY yang turut berada di sana gagal menghubungi mereka. Tuhan sahaja yang tahu betapa rungsingnya hati kami pada ketika dan saat itu. Tak tahu ke mana lagi harus dituju.

Walaupun nama mereka tiada dalam senarai yang dikeluarkan oleh Tabung Haji baik yang tercedera atau hilang, kerisauan tu tetap wujud selagi kami tidak tahu keadaan sebenar mereka.

Alhamdulillah, mereka kemudiannya berjaya dihubungi oleh biras YY. Barulah terasa lega hati bila mengetahui. Mereka berdua dikhabarkan kurang sihat pada ketika ini.

Abah mentua YY demam, batuk dan selesema. Mak mentua YY pula batuk. Mereka dah mula kerinduan pada anak menantu dan cucu. Sebak bila melihat gambar mereka.

Kren Tumbang di Makkah: Seluruh Dunia Bersedih
Kren Tumbang di Makkah: Seluruh Dunia Bersedih

YY minta tolong korang semua doakan kesejahteraan mereka ye. Doakan mereka terus diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah di tempat yang bukan semua boleh jejaki.

Apart of that, YY dan keluarga amat bersimpati kepada semua ahli keluarga jemaah yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi yang tak diduga ini.

Segala kata-kata manis belum pastinya mampu merubah lara di hati yang sedang ditanggung pada saat dan ketika ini tapi yakinlah mereka semua dalam keadaan yang sangat baik.

Mereka pergi pada penghulu hari, dalam keadaan sedang beribadah, sedang memakai ihram dan berada di tempat yang semua orang Islam mahukan kematian di sana.

Ramai yang mencemburui cara pemergian mereka sebab cara kematian mereka dalam keadaan khusnul khotimah. Mereka mati dalam keadaan yang sangat baik.

Bah kan kematian seperti ini menjadi buruan semua umat Islam.

Sebab tu kita sebagai orang yang beragama Islam tok sah sekulimat pun terjejas dengan kata-kata nista mereka yang bukan seagama sebab mereka tidak memahami.

Tok sah like, tok sah share, tok sah buat apa-apapun. Buat tak tahu aje! Lagi kita ambil tahu dengan like, share ataupun komen, lagi seronok mereka yang tak memahami ni dok provoke.

Biar lantak pi mereka nak buat apa. Kita percaya apa yang kita percaya dan juga kita akan teruskan mempercayai apa yang kita percaya sehingga ke nafas terakhir.

Insaflah wahai anak ADAM bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu

46 comments:

  1. Setiap apa pun yg terjadi hanya DIA jua yg maha mengetahui. Tragedi hari Jumaat petang itu amat menyayat hati seluruh umat Islam sedunia. Mereka yg pergi senyum cuma sedikit terkilan keluarga yg ditinggal.

    Moga semua kembali pulih menjelang 8 Zulhijjah ini YY sebab di Arafah semuanya tinggal di dlm khemah aje tau. Kakak terkenang semua tu... Allahumma taqobballminna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu kan kak
      hanya DIA yang tahu segala apa yang terjadi.
      yang sedia maklum pasal tu kak
      harap mak dan abah dah sihat masa tu

      Delete
  2. Untungnya kan mereka yang terpilih itu? Sedih sangat tragedi ini,sayu hati bila mendengar berita ini. Moga PIL sis dan semua jemaah haji di sana berada dalam lindungan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak, moga ALLAH merahmati mereka
      itulah harapan kami dan seluruh ahli keluarga jemaah haji yang lain

      Delete
  3. Semoga sejahteralah ahli2 keluarga Kak Yani... benar... ramai yang impikan cara mati dalam khusnul khotimah tapi Auni sendiri rasa tak layak.. tak mengapa... Allah tahu hidup perjalanan seorang hamba :)

    Innalillahwainnalillahirojiun ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn
      kenapa pula tak layak? kita cuba memperbaiki diri kita ye
      insya allah. lagipun bukan kita yang tentukan. ALLAH =)

      Delete
  4. sekurang-kurangnya depa meninggal di tempat yang paling mulia di muka bumi ni.

    ReplyDelete
  5. Moga famili YY selamat kerja kan haji & balik ke pangkuan famili dgn selamat juga.
    Memang arwah2 itu bertuah kan.
    Pergi dlm keadaan berihram, dlm masjid, beribadah, di tanah haram... Allahu Akbar.
    Impian kita semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin...
      tulahkan aida. siapa yang tak teringin mati dalam keadaan gitu

      Delete
    2. byk kejadian tak diingin berlaku ekk YY musim haji kali ni.
      latest is the rempuhan di mina...
      moga family YY selamat balik in shaa Allah...

      Delete
    3. kan aida...jemaah haji tahun ni tinggi betul ujiannya
      macam-macam kejadian berlaku
      banyak kita perlu muhasabah diri dalam kejadian camni
      insya allah kalau tak ada aral, sabtu ni diorang balik =)

      Delete
  6. ada nak tanya sis YY tentang parents in law sis.. Tapi tak tertanya risau emosi Sis ngan keluarga masih terganggu.. Alhamdulillah terjawab kat sini.. Semoga parents in law sis n semua jemaah haji yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik. Sungguh sedih dengan tragedi ni tak geram juga dengan telahan media asing terutamanya non-muslim.. tapi betul kata sis, mereka tidak mengetahui apa2, biarkan mereka dengan kepercayaan mereka dan kita dengan kenyakinan kita pada agama kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang time tu risau sangat shida sebab tak tahu pekembangan
      alhamdulillah bila dapat tahu tu...lega sikit
      aaminn
      tulah kan, diorang sebenarnya tak paham
      bila tak paham, diorang suka provoke. tu yang jadi perbalahan
      senang cite tak usah layan, kita pun tak sakit hati kan

      Delete
  7. takziah atas mangsa & keluarga mangsa yang terlibat.

    ReplyDelete
  8. mmg sayu hati bila dapat tahu tragedi ni... takziah buat keluarga mangsa... apa pun mereka sedang tersenyum lebar, kerana perginya mereka dalam keadaan yang sangat2 diidamkan oleh semua umat islam... innalillahi wainnailaihirojiun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, bila teringat terasa sayu
      tapi bila dikenangkan, beruntungnya mereka
      mereka mati di tempat yang menjadi idaman semua orang islam

      Delete
  9. InsyaAllah ganjaran terbaij buat mangsa kejadian. Meninggal pada hari baik, tempat baik dan tujuan yang baik pastinya. Moga2 kita pun diberikan cara kematian yang baik2 juga.. memang terharu betul kalau baca atau terdengar tentang kes ni.. sebak dada memikirkan nasib mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan cikgu AN
      hopefully kita juga dapat mati dalam keadaan yang baik

      Delete
  10. semoga mak n pak mertua yana semakin sembuh dr penyakitnya . setiap kejadian dan ujian itu ada hikmahnya . jangan ditakutkan kematian kerana itu pasti wpun di mana mrk berada . redha dan tawakkal . yg pasti , niat mrk mengerjakan haji tu dah tercapai dan ada pahala di situ ... masa my arwah abah dan bonda mengerjakan haji , berlaku banjir kilat buat pertama kalinya dan my arwah abah adalah salah seorang yang hanyut . masa itu kami di sini redha sahaja krn tu ketentuan Allah. My bonda pun tak cari . Dia hanya membaca la quran selagi mampu . alhamdulillah , selepas rakan sebiliknya melakukan solat hajat , my arwah abah di temui di hospital . cuma batuk yg mereka dapat berlanjutan sehingga pulang ke Malaysia . mungkin terkejut dgn perubahan cuaca ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn...terima kasih vee
      perasaan takut tu tak boleh nak elak, automatik muncul
      saya percaya yang kehilangan juga rasa begitu
      cuma bila mereka sudah tenang, barulah nampak betapa beruntungnya

      yelah, keadaan cuaca mungkin faktor utama
      moga PIL sihat kembali

      Delete
  11. Amat bertuah mereka yang syahid di Mekah. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah dan rahmatnya walaupun amat memilukan.
    Semoga MIL dan FIL YY sihat dan dapat mengerjakan haji dgn sempurna dan beroleh haji mabrur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan BM, kita bukan ahli keluarga pun terasa
      lagipun plak yang mempunyai hubungan darah
      aaminn...begitulah juga harapan kami sekeluarga

      Delete
  12. setiap apa yang berlaku hanya Allah yang mengetahui rahsianya...

    Alhamdilillah..lega dengar mentua Yana baik2 sahaja, moga mereka terus diberi kesihatan yang baik dan semoga perjalanan ibadah mereka dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kan, semua tu rahsia ALLAH
      aaminn...
      kami sekeluarga juga mengharapkan benda yang serupa

      Delete
  13. doakan semoga semua jemaah haji dilindungi oleh Allah swt selalu dan dipermudahkan urusan menunaikan haji..

    ReplyDelete
  14. Allahummaghfirlahum
    innalillah.
    takziah buat ahli keluarga mangsa.
    jangan ditatap pemergian arwah. kena bangga mereka meninggal di tanah suci dan dimakam kat sana. kalau boleh kita yang hidup ni pun tanam dalam diri agar kita kelak dapat juga meninggal di tanah suci. meninggal dalam beribadat kepada Allah. pemergian yang husnul khatimah. sy juga impikan husnul khatimah buat pengakhiran sy kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehilangan tu tetap akan rasa
      lama kelamaan baru boleh terima keadaan tu
      biasa naluri manusia memang camtu.
      akak juga harapkan begitu. mati dalam keadaan baik

      Delete
  15. Bila PIL YY akan balik ke Malaysia? Tentu tak sabar dah menunggu mereka kembali dari menunaikan haji. Semoga PIL dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan tatkala menunaikan haji ni. Memanglah rasa cemburu dengan pemergian mereka yang terpilih ni tapi pada masa yang sama sedih itu tetap menyelinap dalam diri bila mengenangkan keluarga yang ditinggalkan dan perasaan mereka menghadapi kehilangan yang tak diduga ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut jadual 3/10 nanti
      kebetulan hari sabtu, kira cantiklah tarikh tu
      cucu-cucu dia dah asyik dok menyebut atuk dengan nenek aje ni

      kan MD. perasaan sedih tu tak dapat elak punya
      sikit sebanyak pasti mengganggu emosi. tapi sooner or later kita akan pasrah
      mereka mati di tempat yang semua orang inginkan

      Delete
  16. Alhamdulillah dia orang selamat ... Semoga diberikan kesihatan yg baik utk menyempurnakan ibadah ...

    Innalillahiwainnailaihirojiun ...
    اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
    َ
    Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kpd ahli klganya.

    آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

    ReplyDelete
  17. saya setuju sangat kak YY! lagi kita kecoh dan viralkan tindakan-tindakan orang 'sakit' ni, lagi diorang suka provoke kita. Semoga in-law YY dan semua jemaah haji dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan mendapat haji yang mabrur. Al-fatihah buat mereka yang terkorban..memang sedih dan terkejut bila dapat berita ni, tapi ni memang dugaan untuk kita semua umat Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan sal. lagi kita layan
      lagi dia seronok provoke kita. penyudahnya senang aje, tak usah layan
      aaminn
      semoga ahli keluarga mereka tabah

      Delete
  18. Al-fatihah buat mangsa terkorban

    ReplyDelete
  19. SJM doakan kedua2 ibu dan ayah mertua YY mendapat haji mambrur dan balik msia dgn selamat nanti amin

    ReplyDelete
  20. Innalillahiwainnailaihirojiun..
    setia[ berlaku ade hikmahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu lya
      kita doakan yang terbaik buat mereka

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...