Ada Sebabnya! (^_^)
Kebelakangan
ni aku kerap
post entry tentang isu pencerobohan di Sabah. Aku rasa MARAH dan yang menambahkan kemarahan aku adalah apabila ada pihak-pihak yang BERLAGAK pandai!
Terlalu ramai yang cuba menjadi HERO dan mempersoalkan segala yang berlaku seolah-olah merekalah bijak pandai.
Kalau setakat pandai main
games (Counter Strikes contohnya)
dah ada hati
nak mengajar orang, apa kata tawarkan diri ke Lahad Datu. Jadi
front line ye!
Terbaru persoalan kenapa ATM menggunakan perkhidmatan Air Asia untuk ke Lahad Datu. Klik
sini untuk tahu jawapannya.
Sebelum
ni ada orang pernah tanya dekat aku kenapa PDRM di hantar dulu dan bukannya ATM. Aku bukanlah bijak pandai dalam bidang
ni.
Tapi hasil dari belek-membelek, berikut adalah jawapan bagi persoalan di atas
- Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.
- Ia juga bermakna kita mengikhtiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengisytiharkan perang ke atas Malaysia.
- Jika ianya berlaku, ia tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protokol antarabangsa
Jika PDRM sebagai pemerintah operasi (seperti yang berlaku sekarang)
- Kita masih menganggap mereka sebagai penjenayah dan penceroboh. Bukannya combatant perang
- Polis akan menangkap dan menahan (Polis hanya menggunakan perkataan MENAHAN dan bukannya MENAWAN. Menawan ialah perkataan yang digunakan oleh tentera sahaja)
- Untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang, mereka akan digelar sebagai tahanan penjenayah supaya tuduhan di Mahkamah Awam boleh dilakukan. Ia sama seperti lanun Somalia yang di tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap sebagai tawanan perang.
- Boleh diektradisikan dengan mudah ke Filipina. Kalau kita mengambil tindakan ketenteraan dan mengisytiharkan perang, mungkin kita akan mengalami kesukaran dari sudut perbicaraan dan di mana harus tahanan ditempatkan. Mungkin kita kena buat macam Guantonamo Bay.
Itulah sebabnya kenapa Malaysia mengambil langkah polis dahulu. Sebab jika tentera mengambil alih, ia akan jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh dikawal lagi, maka Local Area Emergency (darurat setempat) boleh diisytiharkan.
Ia sama seperti di New Orleans USA dahulu apabila darurat diisytiharkan disebabkan banjir ribut di mana US ARMY mengambil alih dan bukan lagi polis tempatan.
Dalam keadaan ini, bermakan bukan seluruh Malaysia darurat. Ia juga bukan bermakna perang di antara kerajaan Malysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan setempat sahaja.
Ia bukan bermakna seluruh Lahad Datu diisytiharkan darurat, hanya kawasan pencerobohan sahaja. Sebab tu ia digelar Local Area Emergency.
Ingat lagi kes Al-Maunah satu ketika dahulu? Mula-mula polis dan kemudian tentera ambil alih. Setelah tentera ambil alih, tuduhan ke atas Mohd Amin (ketua Al-Maunah) membawa hukuman mati.
Iaitu tuduhan mengisytiharkan perang ke atas Yang Di Pertuan Agung. Beliau tidak dituduh sebagai orang awam tetapi sebagai combatant perang.
Persoalan seterusnya, kenapa sempadan bolos? Untuk makluman, mereka masuk sedikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang amat luas.
Malahan kawasan sempadannya adalah agak kabur. Tradisi penduduk tempatan yang sering berulang alik juga menjadi antara faktor utama.
Lagipun mana ada negara di dunia yang tidak boleh ditembusi sempadannya? Mungkin yang agak sukar sedikit adalah Israel dan Vatican City.
Itupun Israel disebabkan temboknya, manakala Vatican City disebabkan dindingnya dan juga dikelilingi oleh bandar Rom. Malah sempadan USA juga sering diceroboh oleh orang Mexico.
Negara China yang terkenal dengan Great Wall juga sering diceroboh oleh bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulak-alik. Mereka ini sama seperti kes di Lahad Datu.
Semua di atas adalah contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan sesebuah negara, ianya akan bocor juga dengan kuasa Yang Maha Esa.
Untuk makluman semua, pasukan yang terlibat bukanlah pasukan biasa. Mereka ialah Unit Komando PDRM iaitu Attachment A-Unit Tindakan Khas (UTK) dan Attachment B-Very Able Trooper 69 (VAT69) di mana mereka di bawah Pasukan Gerakan Khas (PGK).
So apakah tugas UTK dan VAT69? UTK lebih menyerupai Special Weapons and Tactics (SWAT), manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila.
Komando PGA juga dikenali sebagai Tiger Plantoon dari 2 Bn PGA. Manakala komando di bawah ATM adalah Gerup Gerak Khas (GGK) iaitu 21 RGK, 22 RGK, 11 RGK dari tentera darat.
Pasukan Khas Laut (PASKAL) dari TLDM dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) pula dari TUDM. Mereka semua tertakluk dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) arahan NO. 18.
Ketahuilah bahawa pihak keselamatn negara lebih mengetahui apa yang terbaik dalam modus operandi mereka. Adalah lebih baik kita meyokong setiap tindakan mereka sebagai sebuah KELUARGA BESAR!
Jangan hanya PANDAI BERCAKAP!
Sumber: Kiub Fakta (via Facebook)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿